Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, October 11, 2012

KUMPULAN PERTAMA 40 STAF RAPID KUANTAN MULAKAN KARIER BARU @umbkl

Anak Kuantan, Shamsul Abdul Samad, yang bersama-sama 39 lain menjadi staf pertama RapidKuantan, berazam untuk menggunakan peluang yang dimilikinya sekarang untuk menabur bakti kepada para penduduk bandar berkenaan dan negeri Pahang seluruhnya di samping menyara keluarga.

"Sebagai anak Kuantan, saya faham sangat dengan masalah orang di sini yang menghadapi kesusahan dalam soal pengangkutan awam. Kedatangan RapidKuantan ke Kuantan sememangnya sesuatu yang telah lama dinantikan oleh kami," kata bekas agen tiket bas ekspress di Terminal Makmur ketika ditemui hari ini.

Katanya: "Apabila mendapat tahu bahawa perkhidmatan bas RapidKuantan akan diperkenalkan di Kuantan ini, saya terus membuat keputusan untuk memohon. Alhamdulillah, permohonan untuk bekerja saya diterima," kata Shamsul, 42, yang melaporkan diri di pejabat sementara RapidKuantan di Stadium Darul Makmur semalam.

"Sememangnya, keadaan sekarang adalah jauh lebih baik daripada zaman saya sekolah dulu. Tetapi, ianya masih tidak mencukupi kerana perkhidmatan bas di Kuantan ini bergantung kepada perkhidmatan bas yang beroperasi di luar bandar Kuantan.

"Kerana itu, jadual perjalanan bas terlalu sukar dijangka. Saya harap RapidKuantan akan dapat menyediakan kekerapan bas yang lebih konsisten," kata Shamsul, yang membesar dan bersekolah di kawasan perkampungan di Batu Lima, Kuantan.

Sehingga bas-bas baru RapidKuantan tiba pada 15 November depan, para pemandu ini akan diberi latihan dalam kelas termasuk mengikuti kursus untuk mendapat lesen memandu kenderaan awam atau PSV. RapidKuantan akan memulakan operasi pada 1 Disember depan dengan fasa pertamanya meliputi tiga laluan.

Laluan-laluan berkenaan ialah laluan antara Gambang dan Terminal Makmur, yang juga stesen bas utama untuk bandar Kuantan; Laluan antara Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak; dan laluan daripada Kompleks Mahkamah ke POLISAS di Semambu.

Menurut Pengarah Divisyen Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Encik Zohari Sulaiman, misi RapidKuantan adalah untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan bas awam yang efisien dengan menggunakan pengalaman dan pendekatan membangunkan perkhidmatan bas untuk RapidKL dan RapidPenang.

Untuk ketiga-tiga laluan di Kuantan, Zohari berkata bahawa komitmen syarikat adalah untuk menyediakan perkhidmatan dengan kekerapan pada kadar 15 minit untuk waktu puncak.

Katanya, selain pemandu bas, RapidKuantan akan turut mengambil para pekerja untuk mengisi pelbagai kekosongan lain dalam operasi unit, yang sekarang ini diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan RapidKL.

"Kecenderungan kami adalah untuk mengisi semua jawatan dengan orang-orang Kuantan. Ini adalah kerana kami juga mahu menjadikan perkhidmatan RapidKuantan ini sebagai institusi meningkatkan taraf kehidupan para penduduk Kuantan dan negeri Pahang seluruhnya.

"Selain daripada terus menyediakan pekerjaan, perkhidmatan bas RapidKuantan akan memastikan mobiliti di bandar. Ini akan meningkatkan produktiviti dan seterusnya merancakkan ekonomi negeri Pahang," tambah Zohari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana Azhar Ghazali di 019-3837865


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN