Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Tuesday, October 9, 2012

SUARAM Penipu. Bawa Agenda Jahat Zionis @umbkl

SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene. Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka.

Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.

Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu.
Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua 'hakim penyiasat' bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM. Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.

Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.

Oleh itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini.

SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia.

Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis. Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka.

Dalam usaha SUARAM 'mengenakan' kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum.

SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku.

Dan kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung.

Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing. Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros.

Secara langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi 'pertukaran rejim' di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN