Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Tuesday, August 14, 2012

SIARAN AKHBAR: PENUMPANG MONOREL TERKANDAS AFIQAH DAN KANDUNGAN SELAMAT

Puan Nur Afiqah Ghazali dan suaminya, Husni Abdul hamid  - dua penumpang dalam insiden tren monorel terkandas di Brickfields Sabtu lepas, menimba kekuatan dan semangat daripada satu sama lain dalam menangani suasana tertekan semasa terkurung dalam tren berkenaan.

"Keadaan sememangnya panas dan sesak. Dan, kami saling memberi semangat sesama kami sementara menunggu bantuan sampai. Saya bersyukur
suami saya berada di sisi saya ketika itu," kata Afiqah, yang
mengandung lima bulan.

"Alhamdulillah, segalanya selamat … doktor mengesahkan kandungan saya selamat," tambah Afiqah ketika dikunjungi hari ini oleh delegasi KL Monorel di rumahnya di Kuala Selangor bersama-sama dengan suaminya.

"Rancangan kami membeli belah pada hari Sabtu lepas terbantut kerana insiden itu. Tetapi, semua urusan membeli-belah itu telah kami selesaikan semalam," kata guru berusia 25 tahun itu, yang ditemui hari
ini selepas pulang daripada mengajar SRJK (Tamil) Ladang Kampung Baru, Kuala Selangor.

Dalam insiden yang berlaku Sabtu lepas berdekatan dengan Stesen Monorel Tun Sambanthan, Afiqah dan suaminya serta 181 penumpang lain terkandas dalam tren monorel yang berhenti tiba-tiba selepas kehilangan kuasa. Mereka kemudiannya dibawa turun dalam satu misi menyelamat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Afiqah dan dua mangsa lain termasuk Cik Rosita Aggraeni Lufti yang pengsan dalam insiden berkenaan, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur
untuk menerima lawatan.

"Di hospital, saya terus dimasukkan air kerana saya mengalami 'dehydration' …  mujur tiada perkara buruk berlaku," kata Afiqah kepada wakil kl monorel  Puan Masnizam Hisham yang mengetuai rombongan menemui beliau.

Malam tadi, Masnizam dan anak-anak buahnya juga berkunjung ke rumah
Rosita di Bukit Jelutong, Shah Alam untuk melawat beliau.
Berwajah ceria, Rosita, seorang pengguna tegar pengangkutan awam di Lembah Klang, berkata bahawa tidak banyak yang dapat beliau ceritakan
tentang insiden berkenaan.

"Saya dalam perjalanan ke Bukit Bintang untuk hantar baju yang syarikat saya sewa … tiba-tiba tren berhenti, sejurus selepas itu lampu padam dan 'air-con' mati … keadaan panas dalam tren dan orang
pula ramai.

"Saya mengalami kesesakan nafas dan saya pengsan … sedar-sedar saya sudah berada di hospital," Rosita, yang terus menerima intravena air
sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Masnizam juga memberitahu bahawa KL Monorel telah menubuhkan satu jawankuasa siasatan bebas dalaman untuk menyiasat
dengan lebih lanjut tentang kejadian berkenaan.

Menurut beliau, untuk tujuan itu, tren yang terbabit kini dikuarantin dan siasatan itu dijangka selesai awal bulan depan.

"Hasil siasatan ini akan kemudiannya dikemukakan kepada SPAD
(Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat)," tambah Masnizam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali at 019-3837865 atau Haliza Hamid di 019-2210058

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN