Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, April 16, 2012

#Demoptptn @Adamadli Yang Lesu


Demonstrasi yang dirancang oleh aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim di Dataran Merdeka hari ini untuk menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) benar-benar mengaibkan dirinya sendiri.

Dalam demonstrasi tersebut, secara terang-terang mereka keliru dengan matlamat yang ingin disampaikan apabila ada di antara mereka menggunakan kain rentang dan risalah yang menyokong PTPTN dan tidak mahu perkara itu dipolitikkan.

Pada masa yang sama, ada yang menggunakan sama kain rentang dan risalah yang menuntut pendidikan secara percuma dan mansuhkan PTPTN.

Secara tidak langsung, keadaan itu menimbulkan kekeliruan dan rasa malu bagi pengikut-pengikut yang tidak mengerti dalam demonstrasi yang dikepalai oleh Adam itu sama ada menyokong atau membantah PTPTN?

Selain itu, lokasi demonstrasi mereka juga ditukar di saat-saat akhir daripada rancangan asal iaitu ingin berarak dari Padang Merbok ke Dataran Merdeka, sebaliknya telah berubah dengan berkumpul dahulu di Masjid Jame’ Kuala Lumpur dan bergerak ke pusat membeli belah SOGO.

Sewaktu mereka berkumpul di Masjid Jame’, sekumpulan remaja India yang dianggarkan seramai 20 orang datang secara tiba-tiba di perkarangan masjid itu.

Ketika ditanya di kalangan remaja India di sana, kebanyakan dari mereka tidak mengetahui tujuan demonstrasi itu diadakan.

Yang mereka tahu, dipanggil dan diarahkan memanggil kumpulan mereka beramai-ramai dan berkumpul di lokasi tersebut.

Berada di lokasi itu, penulis sempat berbual dengan kelompok remaja tersebut.

“Mereka telefon dan arahkan memanggil ramai lagi orang. Kemudian, berkumpul di sini. Tujuannya, hanya mengikut sahaja tindakan dan pergerakan yang lain,” kata mereka.

Sedikit memalukan bukan? Meraih perhatian orang ramai untuk hadirkan diri ke demonstrasi tersebut semata-mata untuk mencukupkan jumlah pengikut sehingga 5000 orang? Hakikatnya, pengikut yang menyertai demonstrasi itu hanyalah kurang dari 300 orang sahaja.

Selain itu, jelas dilihat, Adam Adli sempat menyuruh beberapa orang lain yang berada di dalam kereta untuk turun dan menyertai pertunjukan demonstrasi mereka ketika berlakunya kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Masjid Jamek.

Adam dengan bangga mengatakan jumlah yang menyertai demonstrasi itu pastinya mencecah 5000 orang dan majoritinya semestilah golongan pelajar.

Namun, di lokasi demonstrasi itu jelas kelihatan golongan pelajar-pelajar hanyalah duduk di tepi-tepi dan menyaksikan dirinya terpekik-pekik mengecam dan mengutuk Perdana Menteri.

Juga, ada sepasang kekasih yang datang ke demonstrasi itu hanyalah untuk ‘memadu cinta’ dan bukannya menyertai dan menyokong perhimpunan tersebut.

Jadi, di manakah rasional dan tujuan sebenar demonstrasi itu dilakukan?

Adam Adli juga dilihat kurang berucap dan hanya berusara bila perlu sahaja dan lebih memberikan peluang kepada orang lain yang berucap.

Jadi, dimanakah kelantangan suara Adam Adli ketika berbicara menegakkan perjuangan dan kebenarannya walhal secara terang-terang memang tiada kebenaran yang cuba dia tegakkan.

Jatuh sudah air muka Adam Adli ketika dia sendiri melakukan demonstrasi yang nyatanya terlalu goyah dalam merancang strategi yang berkesan.


Sumber: Mynewshub


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN