Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Friday, April 20, 2012

Minimum 10 Hari Berkempen Untuk PRU13

Pilihanraya Umum ke-13 kali ini akan menyaksikan tempoh masa kempen selama 10 hari minimum, akses penuh bagi media kepada semua parti-parti politik dan undi pos untuk media, pekerja pilihanraya dan juga rakyat yang berada di luar negara, menurut Suruhanjaya Pilihanraya.

Panel SPR, yang ditemui kelmarin, telah bersetuju untuk melaksanakan kesemua cadangan yang dibuat, juga termasuk 22 cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan akan perkara tersebut dalam satu kenyataan.

Suruhanjaya tersebut telah melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa itu di dalam laporan mereka. Berkenaan dengan cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen, tujuh daripada  panel yang terlibat telah bersetuju untuk melaksanakan kajian terhadap perlaksanaan cadangan tersebut.

"SPR kini sedang bertungkus-lumus dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan PRU. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti proses pilihanraya selaras dengan rangka kerja undang-undang dan keupayaan kami untuk melaksanakannya, " kata beliau.

Bagi tempoh untuk berkempen, Abdul Aziz berkata bahawa SPR akan menentukan perihal tersebut dalam satu mesyuarat khas setelah Parlimen dibubarkan dan juga tarikh-tarikh penting bagi PRU-13.
SPR juga telah bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting supaya setiap parti dan calon boleh mendapat akses yang adil kepada media.

"Untuk perkara ini, kami akan mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua parti bagi membingcangkan akan hal ini," tambah beliau.

SPR juga telah bersetuju untuk menambah jumlah kemudahan undi pos untuk digunakan oleh rakyat yang berada di luar negara.

"Cara ini adalah cara yang paling sesuai. Setiap undi yang dibuat akan dihantar ke pegawai-pegawai negeri bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai pengundi,"

Bagi media pula, SPR menyatakan bahawa mereka perlu memohon untuk undi melalui pos kepada pegawai di kawasan masing-masing dan permohonan mereka perlulah disahkan oleh majikan mereka.
Bagi pekerja pilihanraya pula, suruhanjaya tersebut berkata bahawa mana-mana pegawai pilihanraya yang bertugas semasa hari pengundian dijalankan, mereka boleh membuat undi secara pos.

Bagaimanapun, SPR akan memberi lebih perhatian bagi mereka yang bertugas di kawasan pengundian. "Pengundi-pengundi ini akan membuat undian mereka di tempat kerja," kata beliau.


BeruangBiru
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

2 comments:

Aemierulrizaki said...

Blog saudari sudah saya follow. Mohon pautkan blog saya pada blog saudari. Terima kasih.

Puteri UMNO Bahagian Segambut said...

Blog saudara sudah di linkkan pd blog kami. Terima kasih.

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN