Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, March 18, 2013

Hint Untuk Pembangkang PRU13 WP Milik Barisan Nasional @Muhyiddinyassin @Najibrazak @Barisanasional #BN4WP #tolakPR

Berdasarkan sambutan yang dilihat sewaktu program Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Gelombang Biru WP SP yakin pembangkang di WP perlu rasa gusar kerana kehadiran hampir 50,000 ribu penyokong Barisan Nasional ke program tersebut selah-olah memberi isyarat bahawa BN telah bersedia menawan semula WP daripada pembangkang.




Tan Sri Muhyiddin juga mengingatkan warga WP agar tidak terpedaya dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pihak pembangkang  melalui manifesto mereka yang diumumkna baru-baru ini. Menurut beliau lagi banyak lagi janji-janji manifesto 2008 pembangkang yang masih belum ditunaikan seperti bantuan kepada ibu tunggal dan bantuan air percuma. "Rakyat jangan tertipu dengan janji yang dibawa Pakatan Rakyat. Walaupun apa yang disebut itu menarik, tetapi apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 pun tidak tertunai sehingga ada rakyat di Selangor bawa kes ke mahkamah," katanya.




Sementara itu, beliau menyeru jentera BN di Wilayah Persekutuan agar mempertingkat usaha untuk merampas semula kawasan di Parlimen itu yang 'terlepas' ke tangan pembangkang pada 2008. "Kita nak tebus kekalahan, kembalikan kepada BN. Ini bukan mustahil. Saya percaya semangat terus membara. Jangan berhenti berusaha, jangan tidur, jangan buat masalah baharu. Sokong calon 100 peratus, insya-Allah akan menang besar," katanya.






Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara yang berjuang mempertahan Lahad Datu menerusi Operasi Daulat yang dilancar pada 5 Mac lepas.






Beliau turut membidas pihak yang mengeluarkan kenyataan kurang sopan berhubung insiden pencerobohan kumpulan militan bersenjata itu sebagai tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan.


 

 

 

SP: Undilah #BN untuk keamanan dan kemakmuran Malaysia.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN