Analisis awal intipati
‘Manifesto Bukan Janji’ PR :
1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat
persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd
PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk
warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri
rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?
Peringkat negeri pun tak
terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!
2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak
menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah
pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke
arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa
melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?
Semua maklum, pertelagahan isu
hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS
terpaksa mengaku kalah!
3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang
bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber
Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan
mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100?
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan
sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif
kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.
Tidak gentarkah sokongan Cina
hilang wahai pemimpin PR?
4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di
Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat
Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk
dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang
mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun
segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan,
apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?
Ingatan buat PR, jangan terlalu
buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri
menghapuskan kalian!
5) Hapus dan Batalkan AES
Ini adalah tindakan populis!
Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan
raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak
dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila
kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di
jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan
ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat
jelata!
6) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit
Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan,
golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata
harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula,
Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang
dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan
ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?
7) Turun Harga Kereta
Kata hendak tingkatkan kualiti
pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan
kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli,
di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali
ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan
trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah
beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini?
Tambah masalah baru adalah hobi PR! Seperkara lagi, menggalakkan rakyat
berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih
satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?
Atau, pemimpin PR sudah
berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan
rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........
Sahabat 1Malaysia, walau apa
yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri
Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto
bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan
Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!
|
Followers
Untuk Makluman
Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.
Tuesday, February 26, 2013
Manifesto Pakatan Rakyat Adalah #Manifesto Bukan Janji So Tak Perlu Tunai Pun Takpe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment