Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, October 31, 2012

BR1M Vol 2: Perlu Pendaftaran Semula @umbkl






KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini Selasa berkata mereka yang terlibat serta pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka 1 Nov nanti.

Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula.

Menurut kenyataan itu, borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.

Kenyataan itu turut menerangkan kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan RM500 iaitu ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah.

Ia merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.

Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

Bantuan tunai RM250 pula layak dipohon individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya), tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.

Pengumuman pusingan kedua BR1M dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept lepas.

-- BERNAMA
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, October 29, 2012

Van Skuad Sayang Wanita BTR Di conteng oleh Babi @shahrizatJalil @umbkl #BN4WP


Datuk Seri Shahrizat Jalil seharusnya kena senyum sampai ke telinga kerana nampaknya aura "SEMUT MERAH" Wanita UMNO digeruni pihak2 tertentu. Ini buktinya apabila van Skuad Sayang milik Pergerakan Wanita UMNO Bandar Tun Razak menjadi mangsa sikap tak bertanggungjawab apabila van tersebut diconteng dengan cat merah.



Ketua Sayap Wanita UMNO, Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya yang secara kebetulan melalui kawasan kejadian iaitu di hadapan Ibu Pejabat UMNO Bandar Tun Razak.

"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.

Perfgerakan Wanita UMNO melalui Skuad sayang telah banyak mengadakan aktiviti2 kemasyarakatan dan mendekati pengundi di kawasan-kawasan Parlimen seluruh Malaysia bagi pihak Barisan Nasional maka tidak hairanlah jika terdapat pihak-pihak yang rasa tergugat dengan kewujudan skuad ini lalu mendorong mereka untuk melakukan perbuatan vandalism seperti ini.







SP: Jangan ingat BN/UMNO akan takut dengan tindakan ala2 Ah Long ni. Lepas ni lagi banyak program2 akan menyusul untuk membantu rakyat.




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Adik Kecil Ini Memerlukan Bantuan Untuk Tampung Kos Perubatan

 
Tenang Muhammad Nursyamir Iqbal Bin Mohd Najib 
walaupun mengidap Jantung Berlubang.

 
Melihat pada wajah kanak-kanak ini seolah-olah tiada penderitaan yang dialaminya. Pada hakikatnya kanak-kanak ini mengalami komplikasi Jantung Berlubang dan Injap Jantung tersumbat yang boleh menganggu sistem pernafasan.

Sedih hati ini apabila mendengar keluh resah anak ketiga rakan Ritz yang sedang mengidap penyakit jantung berlubang dan kini memerlukan bantuan segera bagi menampung kos pembedahan. Kelewatan menjalani pembedahan akan menyebabkan pernafasannya terganggu.

“Mana saya hendak mencari wang RM40,000 untuk menampung pembedahan Muhammad Nursyamir Iqbal, sedangkan pendapatan kami seisi keluarga yang bekerja sebagai Operator kilang tidak begitu besar.”Demikian luahan seorang ibu, (Suzaidah Binti Silaiman  36),  mengenangkan nasib yang menimpa anaknya.  
Kini keluarga ini merayu simpati orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pembedahan anaknya itu yang berusia setahun. Semoga dengan bantuan dari masyarakat yang perihatin dapat meringankan beban kewangan keluarga ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :-

Maybank
Suzaidah Binti Sulaiman
112026735224

Atau untuk mendapat pengesahan anda boleh menghubungi Suzaidah Binti Sulaiman (ibu) ditalian 0133394531

P/S : Harap anda semua dapat share info ini ke FB masing2, bagi membantu keluarga ini, bantuan anda amatlah dihargai . Terima Kasih Ritz ucapkan.









Sedikit Penerangan mengenai Penyakit Jantung Berlubang

Masalah ini terjadi sekiranya dinding yang memisahkan atrium kiri dan atrium kanan tidak bercantum ketika lahir. Akhirlnya, akan wujud satu lubang di mana darah boleh mengalir daripada bahagian kiri jantung yang lebih tinggi tekanannya ke bahagian kanan jantung. Lubang yang lebih besar akan menyebabkan lebih banyak pengaliran darah dari bahagian kiri ke kanan. Akibatnya bahagian kanan jantung akan menjadi bengkak dan tekanan di dalam salur darah pulmonari atau paru-paru akan menjadi tinggi.


Simptom ini akan berlaku lebih awal jika saiz lubang ASD itu lebih besar. Jika saiznya kecil (kurang dari satu sentimeter (sm padu), masalah ini biasanya dikesan secara kebetulan ketika pemeriksaan kesihatan kerana seseorang itu tidak akan merasa gejala seperti sukar bernafas dan lain-lain yang disebut di atas.

MOHON DIKONGSI & DISEBARKAN

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Korban Perdana UMNO Bahagian Segambut #BN4WP @umbkl





UMNO Bahagian Segambut telah mengadakan program Korban Perdana UMNO Bahagian Segambut pada 28hb Oktober 2012/ Program telah diadakan bertempat di Surau As Salam, Taman Sejahtera Segambut. Sebanyak 6 ekor lembu telah disumbangkan oleh UMNO Bahagian untuk dikorbankan dan diagih2kan kepada penduduk sekitar.



Majlis korban ini turut dihadiri oleh YBhg Datuk Kamarudin Hj Ambok, Ketua UMNO Bahagian Segambut dan barisan Ahli Jawatankuasa 4 Peringkat Bahagian dan Cawangan. Tahun ini agak berlainan sedikit kerana tahun-tahun sebelumnya lembu-lembu diagihkan ke cawangan-cawangan untuk dibuat korban.Semoga ibadah korban yang dilakukan mendapat berkat dan keredhaanNYA.
 








UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Saturday, October 27, 2012

PEMBANGKANG TIN KOSONG PENUH RETORIK SAHAJA

Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.

Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.

Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.

Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.

Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.

Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.

Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.

Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, October 25, 2012

Di mana Janji Manismu YB @N_Izzah? @umbkl

Mana mau lari wahai Nurul Izzah oi. 

Dulu masa sebelum PRU 12, satu Parlimen Lembah Pantai dijajanya macam² janji untuk diberikan pada rakyat setempat selepas PRU 12.

Tapi sampai ke la ni, haram takda pun janji yang ditepati. Habis semua janji dicapati Nurul Izzah. MP Lembah Pantai ni pernah berjanji mahu berikan bantuan berbentuk elaun sara diri kepada penduduk sekitar RM600 sehingga RM1,500.

Itu janji Nurul Izzah sebelum berjaya merampas kerusi Lembah Pantai tapi kini apabila sudah memegang posisi selaku Ahli Parlimen, janji ke mana, dia pun terus menghilang diri dan sub kepada UMNO untuk menjalankan khidmat sebagai wakil rakyat di sana.

Janji tersebut dikatakan menjadi punca pengundi ‘terpaksa’ beralih arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak mampu untuk menjanjikan perkara sama.

Perkara itu didedahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga pesaing Nurul Izzah bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008.

Shahrizat berkata, perkara itu antara perkara utama yang dijanjikan ketika kempen dibuat.

Menurutnya, beliau masih ingat ia antara yang ditanya pengundi adakah BN juga dapat menjanjikan hal sama.

“Ketika saya melawat rumah ke rumah, wanita dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu yang mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan, dan mereka tanya adakah saya boleh janjikan hal sama. Saja kata saya tidak mampu untuk berjanji kerana ia mustahil.

“Sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan. Janji untuk menjual unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, selaku Pengerusi BN Lembah Pantai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Jentera Wanita Umno Lembah Pantai, bersama Raja Nong Chik, di sini, kelmarin.

Pertemuan antara Shahrizat dan Raja Nong Chik pada majlis tersebut sekali gus menolak dakwaan berhubung kekeruhan hubungan antara mereka yang didakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan perebutan calon bagi Lembah Pantai.

Malah pada pertemuan tersebut, Shahrizat turut menyatakan sokongannya terhadap Raja Nong Chik sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU13.

“Beliau bersama-sama saya di Lembah Pantai sepanjang tiga penggal saya menjadi Ahli Parlimen di sini (Lembah Pantai).

“Saya bersama jentera Wanita akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau sebagai calon Parlimen Lembah Pantai seterusnya merampas kembali kerusi tersebut,” katanya.

Raja Nong Chik dalam pada itu berkata, beliau tidak terkejut dengan sokongan yang dinyatakan Shahrizat kerana telah sedia maklum sejak awal lagi.

Katanya, hubungan mereka tidak seperti digambarkan pihak pembangkang yang sememangnya menginginkan perpecahan dalam Umno.

“Semasa dalam Kabinet, saya duduk sebelah Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan beliau,” katanya.

Sebelum cau dari Lembah Pantai, make sure kasi clear dulu janji² yang pernah dijaja sebelum ini. Jangan sampai jadi orang MUNAFIK, janji tak dikotai.
 
 
 
 
 
SP: Janji sape2 pn boleh janji. Budak sekolah tadika pun pandai berjanji tapi bab nak tunaikan janji tue yang tak semua orang bole buat. Janji pemimpin PR lagilah tk boleh caya sebab pemimpin PR hanya pandai tabur janji. Kepada pengundi di Lembah Pantai yang menagih janji manis YB sorang ni tunggulah sampai kucing bertanduk pun belum tentu Janji Ditepati.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, October 24, 2012

Lihatlah Betapa Pentingnya AES @PDRMsia @umbkl



Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah sarkas.

Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?
Memandu melebihi had laju, melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.

Adakah kita ini semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua? 


Pertama sekali, AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan.

Kita ambil contoh Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah pengawasan AES.

Sejak fasa pertama pelancarannya di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah dipasang di kawasan-kawasan "blackspot" di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558 kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.

Perangkaan ini seharusnya mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik, bukannya untuk kita menimbulkan satu bentuk perbalahan yang menuduh pihak kerajaan sedang cuba untuk merompak kita semua! Dan tahukah anda bahawa jumlah pemandu yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan trafik telah berkurangan lebih daripada separuh sejak minggu lepas? 
 
Pengguna-pengguna jalanraya kini bertambah berwaspada dan lebih mematuhi undang-undang trafik kerana mereka tidak mahu ditangkap melakukan kesalahan oleh kamera berkuasa tinggi yang diletakkan di tepi jalanraya-jalanraya kita. Kenapa ini dianggap sebagai sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia?









Kelebihan-Kelebihan AES
Kita perlu diingatkan sekali lagi tentang tujuan dan kelebihan-kelebihan sistem ini.
AES membawa banyak kelebihan-kelebihan, selain daripada objektif utamanya untuk memastikan keselamatan setiap pengguna-pengguna jalanraya. Eloklah kita diingatkan bahawa AES bukanlah sebuah sistem di mana kamera-kamera tersembunyi digunakan oleh pegawai-pegawai polis trafik yang terpaksa bersembunyi di celah semak samun sepanjang lebuhraya-lebuhraya kita. Papan-papan tanda amaran diletakkan berdekatan lokasi-lokasi AES untuk mengingatkan kita agar mematuhi undang-undang. Gambar-gambar kenderaan serta nombor plet pesalah-pesalah akan diproses di pusat kawalan AES dan akan diserahkan kepada JPJ untuk pengeluaran denda atau saman.

Apa yang membingungkan lagi adalah sikap sesetengah anggota masyarakat yang menolak AES sedangkan ianya adalah sebuah sistem yang mengurangkan kebergantungan terhadap pihak polis dalam pengeluaran saman, ini bermakna kita dapat mengurangkan atau menghapuskan rasuah dalam kalangan anggota polis trafik. Bukankah ini apa yang kita aspirasikan bersama? Kita kerap menyelar pihak polis dan menuduh mereka mengamalkan rasuah, dan dengan tiba-tiba, kita menolak pula sebuah sistem yang mampu mengurangkan atau menghapuskan amalan rasuah. Kita menentang amalan rasuah namun pada masa yang sama kita tidak berasa bersalah apabila kita melanggar undang-undang jalanraya?

Satu lagi aspek yang bagus tentang AES adalah ianya membantu mengurangkan jumlah kakitangan yang melaksanakan tugas-tugas ini secara manual sebelum ini, sebagai contoh pegawai-pegawai polis yang bersembunyi di celah semak-samun. Mereka boleh ditugaskan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang lebih membawa nilai tambahan sebagai contoh membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar bandaraya. Memang kita tidak suka diperhatikan sewaktu kita memandu, kita juga perlu tahu bahawa pegawai-pegawai polis itu pun tidak suka bersembunyi untuk menangkap anda. Mereka juga ada tugas-tugas lain.

AES mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan trafik melalui sebuah sistem yang berfungsi 24 jam, di bawah setiap jenis cuaca atau keadaan. Ia juga tidak mendiskriminasi, kerana tidak wujud sebarang interaksi peribadi di antara sistem ini dan pesalah-pesalah, dan ia juga tidak mendiskriminasi antara kenderaan-kenderaan persendirian, komersil mahukan awam.

AES juga mensasar untuk meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) dalam kalangan pengguna-pengguna jalanraya Malaysia demi mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Biasanya, kadar POBC dalam kalangan pengguna jalanraya tempatan adalah 25 peratus pada hari-hari biasa dan 50 peratus pada musim-musim perayaan apabila kempen-kempen keselamatan jalanraya seperti Ops Sikap dijalankan.
Di negara-negara maju di mana pengguna-pengguna jalanraya lebih berdisiplin dan berpengetahuan, kadar POBC mereka adalah di antara 80-90 peratus. Kita masih lagi jauh di belakang, namun kita sedang berada di landasan yang betul. Kita tunggu dan lihat saja apa akan berlaku apabila lebih banyak kamera lagi dipasang di kesemua 817 kawasan-kawasan "blackspot" di seluruh negara.








Kenapa perlu kecoh?
Sesetengah orang mula memanggil AES sebagai "rompakan lebuhraya" dan ada juga yang mahu nama sistem ini ditukar kepada "Saman 1-Malaysia." Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan AES sebagai satu alat untuk memeras rakyat demi keuntungan dan bukannya berfungsi sebagai satu usaha pencegahan kesalahan-kesalahan trafik.

Setiap perniagaan perlu mendapatkan keuntungan, begitu juga dengan syarikat-syarikat yang telah mendapat kontrak pembekalan dan pengoperasian AES ini. Menurut Kementerian Pengangkutan, pihak kerajaan tidak mengeluarkan walau satu sen pun untuk AES dan syarikat-syarikat tersebut perlu menanggung segala kosnya.

Sekiranya ini benar, maka pihak syarikat perlu mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan untuk membeli kamera-kamera serta teknologi ini, dan sama seperti perniagaan lain, syarikat-syarikat ini perlu mendapatkan pulangan dari pelaburan mereka.
Tiada siapa yang membuat kecoh apabila MyeG Berhad mengenakan sedikit bayaran pemprosesan untuk memproses permohonan-permohonan online seperti saman trafik dan pembaharuan lesen cukai jalan, jadi kenapa segelintir masyarakat menyuarakan kemarahan mereka terhadap kerajaan dan dua buah syarikat ini sedangkan mereka sedang menjalankan model perniagaan yang serupa?

Tidak perlu ada sebarang perbalahan tentang AES sekiranya kita mahu menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun, berbudaya dan matang. Kita berharap dengan penuh keyakinan agar dalam jangka panjang, AES akan berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan maut, seperti mana yang terbukti di banyak negara-negara lain di seluruh dunia.

Kini ada kira-kira 20 juta kenderaan berdaftar di negara kita dan kadar kemalangan jalanraya dan kematian akibatnya semakin berkembang setiap tahun.

Memang tidak dapat kita nafikan bahawa pengeluaran saman-saman ini tidak mungkin akan dapat membenteras pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab dari mendatangkan bahaya kepada orang lain, namun sebarang usaha yang bertujuan untuk memastikan jalanraya kita selamat digunakan haruslah sentiasa kita sokong.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

DAP Perjuangan 1 Kaum @umbkl





                                       
Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, mencabar jika benar DAP sebuah parti pelbagai kaum, parti itu dipelawa bertanding di kawasan Melayu.

"Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP. Mereka mendakwa kononnya bersikap demokratik tetapi adakah mereka lebih demokratik daripada kami (Barisan Nasional).

"Saya setuju dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. DAP hanya memperjuang satu kaum sahaja dan jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda (wajah sebenar DAP)," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA, Ahad lalu.

Dalam wawancara Mingguan Malaysia (30 September lalu), Tunku Abdul Aziz mengaku telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai parti politik apatah lagi DAP.

"SAya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuh parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran.

"Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berdepan dengan realiti mereka tidak melakukan apa yang dikatakan sebelum ini. Itulah parti DAP.

"Lihat sahaja contoh Datuk Mansor (Timbalan Ketua Menteri II), kononnya kebebasan bersuara dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan," kata Tunku Aziz.

Beliau juga hakikat sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka orang dan orang Melayu, mereka salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang DAP telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehingga hari ini enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP negeri itu tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM 33.36 juta.

Jika peruntukan itu digunakan sekurang-kurangnya ada juga projek perumahan kos rendah untuk golongan bumiputera berpendapatan rendah membelinya. Dan bukan kerajaan negeri itu bertindak melayan pemaju untuk membina rumah mewah yang harganya jauh daripada kemampuan bumiputera.

Melayu memang sudah muak dengan permainan politik DAP.Beberapa Melayu dalam DAP sedar bahawa parti politik itu hanya berminat untuk mempergunakan sentimen kemelayuan pemimpin Melayu dalam DAP sahaja. DAP cuma mahu mempergunakan Melayu untuk memancing undi orang Melayu.

Lebih membimbangkan ialah sikap DAP yang anti-Islam dalam banyak pekara. Isu penghinaan pemimpin DAP terhadap agama Islam belum ada tanda-tanda berakhir. Parti itu lupa Melayu dan Islam sukar dipisahkan.

Dalam perjuangan DAP tidak ada sebarang agenda Islam. Ketegasan pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang adalah kenyataan biadap dan tidak menghormati perjuangan politik sekutunya- orang Melayu dalam Pas.

Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua perkara tetapi tidak mungkin hal ehwal perjuangan membina negara Islam pun DAP mahu masuk campur.Jika dilaksanakan pun, orang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud.

"DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanyaperkara yang berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk Orang Melayu," kata Tunku Abdul Aziz.

Beliau menasihatkan orang melayu bangkit dan sedar sebelum terus dipergunakan oleh pemimpin DAP. Hakikatnya umat Melayu perlu melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan sokongan kepada parti itu wajar dihentikan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, orang Melayu dalam DAP hanya hiasan sahaja. Amalan mereka sejak dulu lagi tidak menghormati asas perlembagaandan bersifat cauvinis serta sentiasa bermian api bagi mengekalkan sokongan orang china.

Orang Melayu yang masih ada dalam DAP atau penyokong parti itu perlu sedar mengenai perkara yang diberitahu Tunku Aziz supaya kedudukan dan hak Mekayu tidak dipermainkan.

Lihatlah bagaimana DAP dan PKR berjaya memesongkan perjuangan asal Pas untuk membina negara Islam bertukar kepada perjuangan negara kebajikan.

Melayu dalam Pas juga perlu sedar, sebenarnya mereka melakukan kerja sia-sia termasuk menganjurkan Himpunan Hijau menuju ke Putrajayakerana akhirnya parti paling dominan dalam pakatan pembangkang ialah DAP yang jelas menentang Islam. Matlamat kerjasama, PAS Dap dan PKR hanyalah untuk mennag kerusi sahaja.

MEnurut pemerhati politik, Datuk Hashim Suboh, politik Malasysia telah kehilangan nilai. Pemimpin dan Parti politik semakin tidak demokratik dan menyalahgunakan demokrasi. Sementara serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan dilakukan secara berterusan dan semakin malampaui batas.

"Asas kenegaraan yang telah diinstitusikan sejak merdeka juga diserang seolah-olah kita sedang bergelut untuk memerdekakan negara dan bukannya berada di era mengisi, memberi makna serta mempertahankan kemerdekaan Malaysia tercinta ini.

"Sementara semangat federalisme semakin dicerobohi, intipati utama Perlembagaan Persekutuan yang memberikan jaminan terhadap  hak-hak setiap rakyat Persekutuan disamping memahatkan dengan jelas kedudukan Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu serta Bumiputera juga tidak terlepas daripada serangan secara lansung dan tidak lansung," kata Hashim.

Beliau melihat dalam keghairahan sama ada untuk mempertahankan atau untuk merebut kuasa, pemimpin Melayu Islam kini sedang berebut menawarkan kompromi dengan menjadikan beberapa paksi utama Perlembagaan Persekutuan itu sebagai barang gadaian dalam 'karnival melelong masa depan' yang dinamakan sebagai Pilihan Raya Umum ke 13 itu.

"Komponen dan institusi kenegaraan wajar tampil dengan tegas untuk melakarkan garis merah supaya politik dan pertarungan politik tidak melampaui batas. Masanya sudah terlalu hampir. Riak dan suasana sudah bergerak degan pantas ke awan hitam yang suram dan menggetarkan itu," Kata Hashim.

Hal itu perlu diberi perhatian. Persoalannya, beberapa tindakan pemimpin DAP telah melukakan dan mengguris hati orang Melayu. Sampai bila orang Melayu mahu membiarkan kedudukan bangsa melayu diperlecehkan, institusi Raja Melayu dipersoalkan dan agama rasmi Islam termaktub dalam perlembagaan pun dihina?

Tindakan ini belum mengambil kira peranan 'dalang' dalam kebanyakan perhimpunan haram dengan tujuan jahat dan berbahaya kepada generasi muda Melayu. Sedar atau tidak, DAP sering membaling batu sembunyi tangan.

Orang Melayu sudah banyak kali beralah. Namun ucapan maaf pun sukar didengari daripada mulut pemimpin DAP.

DAP telah pun berjaya menyampaikan isi hati mereka. Itulah pandangan mereka terhadap orang Melayu yang dituduh rasis.

DAP perlu diingatkan tentang batas-batas berpolitik. Sampai bila orang Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk majoriti negara ini perlu tunduk kepada penghinaan kaum minoriti?

Berbeza sungguh di negara lain, golongan minoriti sering dihina tetapi di Malaysia sebaliknya. Lepas satu demi satu penghinaan terhadap orang Melayu/Islam dilakukan. yang menghina pula terdiri dari kaum minoriti.

Sebagaimana kata Najib, orang Melayu sudah muak. Penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam sudah melampau.

Sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan umat Islam yang lain di negara ini perlu bersatu. Jangan biar bangsa Melayu terus dihina dan diperkotak-katikkan.

Paling penting, jangan biar DAP yang bersifat rasis ini menggugat kesejahteraan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
 


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN