Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, December 7, 2011

UCAPAN KETUA DASAR YB DATUK KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim,
AssalamualaikumW.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Y.BhgPuan Pengerusi Tetap,
Y.Bhg.Puan Timbalan Pengerusi Tetap,
YAB/YBWakil Ahli Majlis Tertinggi,
NaibKetua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,
YB/Y.BhgNaib Pegawai, Exco dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri,
ParaPerwakilan, Pemerhati dan rakan-rakan Media yang dikasihi,
Seterusnyasaudari-saudari yang dihormati.

1. Sayasuka memulakan ucapan ini untuk kita bersama-sama menyelak keagungan beberapakisah dalam sejarah. Mungkin ramai yang tidak menyedari, sudah banyak hikayatdan riwayat yang dikisahkan kepada kita tentang kehebatan insan bernama ‘Puteri’dan kelembutan mereka dalam mengubah dunia.

2. Kisahpertama. Atas wadah perjuangan, Hang Li Po adalah puteri yang menyatukankesantunan budaya Melayu dan keunikan tradisi Cina. Kehebatan wadah perjuanganPuteri Hang Li Po menukilkan sejarah kejayaan, menyatukan 2 bangsa, mengeratkandua bahasa.

Kisah kedua. Atas wasilah keikhlasan, Balqis, adalahsatu-satunya Sang Puteri yang diundang menjadi saksi kemahsyuran istana kacaNabi Sulaiman. Kerendahan hati dan pekerti Puteri Balqis menjadi asbab seluruhrakyat tunduk dan tawadhuk kepada Pencipta, dan Pemilik seluruh semesta.

Kisah ketiga, atas hikmah kebijaksanaan, Gusti PutriRaden Adjeng Retno Dumilah adalah Puteri Gunung Ledang yang bisa menundukkankeangkuhan seorang sultan yang bersemayam di singgahsana kebatilan. Sebaliksantun beradab, Puteri Gunung Ledang menggunakan hikmah kebijaksanaan untukmembuktikan kepada sebuah pemerintahan, betapakuasa wanita bukan pada rupa,sebaliknya kuasa sebenar wanita pada tajamnya akal minda, padahalusnya kuasafikir yang sukar dibaca dan ditafsir.

3. SebagaiPuteri, saya percaya kesemua peristiwa ini lebih daripada sekadar satu rakamansejarah lampau atau mitos rakyat. Ini adalah satu bingkisan peristiwa yang akanmengajar kita tentang wadah, wasilah dan hikmah perjuangan seorang wanita muda.Mereka bukan Puteri pada nama, tetapi Puteri pada jiwa. Mereka bukan Puteripada pangkat, tetapi Puteri pada semangat. Mereka bukan Puteri untuk ditatang,mereka adalah Puteri yang bisa turun ke medan juang. Inilah roh perjuangan dansemangat sebenar seorang Puteri.

4. Tamsilandari kisah ini, dan mengambil roh semangat setiap watak-wataknya, saya denganrasa rendah diri berdiri sebagai Ketua Puteri, mengambil setiap bait-baitharapan, semangat, impian, dan daya juang yang tertanam dalam setiap rohperjuangan ahli-ahli Puteri, untuk kita bersama-sama merungkai dan menilai,makna disebalik wadah, wasilah dan hikmah sebuah perjuangan.

5. Kitasudah melalui sebuah perjalanan yang panjang. Justeru, ucapan saya pada hariini, ingin mendekatkan kita untuk menyusur semula wadah perjuangan kita,merasai setiap nafas perjuangan yang menghela wasilah keikhlasan dan bertulangsendikan hikmah kebijaksanaan.
Srikandi– srikandi bangsa,
110 TAHUN PERJUANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO.

6. Tahun ini adalah ulangtahun Pergerakan Puteri yang ke 10. Apa ada pada angka sepuluh?10 Zulhijjah, adalah saksi peristiwa Nabi Allah Ibrahim mengorbankan anaknyasebagai lambang kepatuhan kepada Yang Maha Esa. 10 Muharram, Hari Asyura yangmenyaksikan Nabi Nuh dan seluruh pengikutnya menghulurkan segala yang merekaada demi menjamin kelangsungan dan survival kehidupan. Dan surah ke 10 dalam AlQuran adalah Surah Yunus, yang menceritakan tentang kebesaran dan kekuasaanAllah yang menuntut pengorbanan dan ketakwaan hamba pada Khaliknya.

7. Angkasepuluh ini membawa siginifikan tentang pengorbanan dan segala sifat yangterkandung di dalamnya. Angka sepuluh ini hadir sebagai petanda dan aksarakeramat, betapa setiap yang dikerjakan atas roh perjuangan perlu bertunjangkanpengorbanan. Dan uniknya, tahun ini adalah tahun ke sepuluh pengorbananPergerakan Puteri sebagai sayap UMNO, yang berjuang meladeni ketuanan Melayu.

8. Syukurlah,rahmat dan redha Allah tidak pernah putus mengiringi perjuangan kita.Diturunkan kepada kita ujian untuk kita belajar dan sedar, betapa besarnyaharga dan nikmat sebuah perjuangan. Sedar atau pun tidak, sepanjang 10 tahunini juga telah lahir pejuang, wirawati, srikandi dan perevolusi dalamPergerakan Puteri. Malah dalam mana-mana kepimpinan pun akan lahir yangkhianat, yang dengki, yang iri hati, yang tamak haloba, namun dengan matang kita bangun dan berkata,inilah resam, adat dan lumrah berjuang, kerana apabila kita mendaki puncakkejayaan, jalannya pasti berliku, ranjau pasti akan kita ketemu. Kesemuanyahanya sekadar menyediakan kita kepada satu jawapan, “Kita kini dipuncakperjuangan.”

9. Namun,apa yang kita miliki hari ini, tidak menjadikan kita buta, bisu dan pekak dariterus memperhalusi garisan panjang perjuangan bangsa. Kerana setiap dari kitaharus punya semangat Melayu tulen. Semangat yang pantang menyerah sebelumkalah, semangat membujur lalu melintang patah, berpantang maut sebelum ajal.Atas semangat inilah, maka sudah sampai masanya kita memperkukuhkan wadah,wasilah dan hikmah perjuangan kita. Saya ingin mengambil seketika masasaudari-saudari untuk kita memahami memahami terlebih dahulu, 3 perkataankeramat yakni wadah, wasilah dan hikmah, yang akan menjadi azimat perjuangankita.

10. Wadah,secara bahasanya membina maksud asas, tempat, platform, saluran dan medan yangpaling berkesan dalam menggapai sesuatu sasaran. Justeru, kita hari ini sudahpunya wadah. Malah belum ada dalam sejarah mana-mana bangsa, wadah ini bertahanmerentas zaman ke zaman. UMNO dan Pergerakan Puteri adalah wadah kita, salurankita, asas tempat kita, dan di sinilah medan kita berjuang, berperang danmenyediakan kehidupan kepada generasi masa hadapan. Inilah satu-satunya wadahkeramat orang Melayu dan wadah perjuangan ini yang akan kita pertahankan,walaupun terpaksa dipertaruhkan sehingga bercerai nyawa dari badan. Biar putihtulang jangan putih mata.

11. Wasilah secara hurufiahnyaadalah kedudukan, perantara dan sesuatu yang menyambung dan mendekatkan sesuatu denganyang lain, atas dasar keinginan yang kuat untuk mendekati. Di dalam Al Quransendiri, perkataan wasilah ini disebut sebanyak dua kali iaitu di dalam SurahAl Maidah ayat 35 dan Al Isra’ ayat 57, yang mengunjurkan pengertian tentangseruan untuk umat manusia mencari wasilah atau kedudukan dan jalan, yang mampumendekatkan diri dengan Allah Yang Maha Esa. Pemahaman yang lebih tajam,wasilah dalam konteks kehidupan adalah suatu kedudukan, perantara dan jalanyang seharusnya kita redahi untuk mencapai redha Ilahi, serta sebagai usahayang istiqamah dalam meneruskan kelangsungan agama, bangsa dan negara.

Wasilahdalam konteks perjuangan kita, seharusnya lebih terarah pada kedudukan danjalan yang tepat, agar kita benar-benar berjuang dari jiwa yang waja dan hatiyang tidak berbelah bagi. Kita mencari wasilah keikhlasan kerana yang menjadiperantara di antara apa yang kita juangkan dengan sesuatu yang dicari dalamperjuangan, hanya satu perkataan iaitu keikhlasan. Keikhlasan tidak penah membanding bezakanpangkat dan jawatan, juga keikhlasan tidak pernah buta dan bebal dalam mengenal emosi dan rasional.

12. Hikmahpula, adalah mengetahui dan mencari sesuatu yang terbaik, melaksanakan dengancara yang terbaik untuk memperoleh hasil yang terbaik. Hikmah adalah keadilandalam menghakimi dan ia dipasakkan atas kekuatan pengetahuan dan ilmu. Secarakhulasahnya, perkataan roh hikmah ini mengajak kita untuk mendasari sesuatukebenaran melalui ketajaman akal fikir, kekuatan rasional, keluasan sudutpandang, ketinggian ilmu serta keberanian mengambil tindakan. Maka dalamkonteks perjuangan Pergerakan Puteri, hikmah ini tersimpul mati dalam satu ertiiaitu, kebijaksanaan. Inilah hikmah yang akan mendasari perjuangan kita sampaibila-bila.

13. Bertitik tolak dari pemahaman wadah, wasilahdan hikmah inilah, maka setiap dari kita perlu untuk bermuhasabah semula,mengingati dan menginsafi setiap denai perjuangan selama 10 tahun yang telahkita lalui.Perubahan zaman, telah menjadikan Puteri semakin matang, terbuka danoptimis untuk kehadapan bersuara dan memberi pandangan. Bangsa yang bertamadunlazimnya percaya, bahawa syarat asas membina sebuah ketamadunan ialah apabilatidak ada seorang pun dari rakyat yang dinafikan haknya untuk berjuang, danhaknya untuk bersuara. Atas kepercayaan itulah, maka usaha ke arah penubuhanPergerakan Puteri Umno bermula, bagi menyediakan satu jawapan kepada 1001persoalan, dimanakah wadah perjuangan wanita muda? Syukurlah, Hari ini 10 tahunPuteri berdiri kerana pemimpin terdahulu tidak pernah berputus asa berjuangmenyediakan wadah untuk kita. Pada tahun awal penubuhan Puteri, kita dikecam,kita dipandang rendah dan kita dicabar oleh banyak pihak. Tetapi semangat dankemahuan kita untuk bangun berjuang telah membawa satu isyarat, bahawa wanitamuda juga ada hak dan tidak mahu hak mereka dipinggirkan.

Tiada yang lebih berharga selain dari penghargaan terimakasih buat Datuk Azalina Othman, Ketua Pergerakan Puteri yang pertama yanglantang menentang semua suara-suara sumbang, dan tegar berdiri menyediakan kitawadah perjuangan ini. Juga penghargaan terima kasih buat Datuk Noraini Ahmad,Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang kedua, dengan semangat dan kerja kuat beliauakhirnya telah merintis Pergerakan Puteri dalam memahami erti perjuanganmelalui wasilah keikhlasan. Dan hari ini, tugas dan tanggungjawab ini terpikuldi pundak kita. Kita punya wadah dan sudah bertemu wasilah, dan kini kita perlubelajar berjuang dengan asas hikmah kebijaksanaan.

14. IbnKhaldun dalam karya agongnya Muqaddimah pernah menegaskan, “Kebijaksanaan ituadalah asas untuk membangunkan kesejahteraan rakyat.” Justeru itu, bijaksanadalam berjuang, menuntut kita untuk mengenal siapa diri kita yang sebenar. Carakita mendidik dan membesar juga menjadi petanda kematangan kita mendepani zaman.Contohnya, dalam kitab Tarbiyatul Aulad karangan Abdullah Nasih Ulwan, jelasmenerangkan betapa kanak-kanak berusia 7 tahun perlu diajar bersolat dan kalauenggan mereka perlu dinasihati.

Dan pastinya ada sebab kenapa apabila 10 tahun baru Islammewajibkan merotan anak yang enggan bersolat. Apakah signifikan dengan 10tahun? Maka Tuhan mengajar kita bahawa pada usia ini kita sudah boleh menentukanhalatuju hidup dan berhak menerima hukuman dan bertanggungjawab atas segalatindakan kita.

15. Andai kita ingin mengibaratkan perjuangan iniseperti kisah hidup seorang Muslim, maka Pergerakan Puteri UMNO sudah cukupdewasa dan benar-benar merdeka dalam memahami tanggungjawab dan halatujunya.Kita sudah mumaiyiz yang sudah bijak menentukan baik buruk dan tidak lagimengharap sepenuhnya pada sayap-sayap yang lain dan kepimpinan tertinggi parti.Kita sudah bijak bertindak dalam membuat keputusan demi menjaga kesarwajagatanbangsa Melayu. Kita sudah selayaknya berjuang dan bertindak untuk mengangkatmartabat dan darjat bangsa kerana ia bukan hanya tanggungjawab parti tetapi ia jugatanggungjawab kita setiap ahli-ahli Puteri.


16. Marikita fahami semula asas perjuangan Pergerakan Puteri.Tujuan asal penubuhanPuteri sebagai salah satu sayap utama parti ialah menjadi perintis kepadaperubahan terhadap dua perkara, iaitu Teknologi Maklumat dan Generasi Muda.Kedua-dua elemen ini kita bangunkan sebaik mungkin sebagai asas dan matlamatperjuangan kita. Dan hari ini Pergerakan Puteri UMNO jelas dihadapan dalam menyediakankeperluan teknologi maklumat dalam arus media baru sehingga kita telah dikenalisebagai pemegang kunci azimat maklumat maya.

Pengenalan ‘Cyber Troopers’ adalah lambang betapa kitadihadapan dalam usaha merakyatkan penggunaan teknologi dan semua maklumat inidiurus tadbir dengan berhikmah. Puterijuga sentiasa terbuka dalam memahami dan mendekati secara berhikmah keperluandan kehendak generasi muda. Khulasahnya, media baru dan generasi muda memangsudah sinonim dan Pergerakan Puteri sebagai wadah untuk kedua-dua bergerak ataswasilah dan berhikmah.

17. Perubahanakan lebih terkesan, andai ia bermula dari dalam dan persoalan bagaimana caramengubah harus di fahami secara berhikmah. Kita harus berubah dan bersediauntuk diubah. Dengan ini transformasi yang lebih dinamik akan terusmenggerakkan perjuangan. Dengan ini saya mencadangkan Gagasan TranformasiPuteri ( GTP ) yang digerakkan melalui 5 asas utama.

Pertama, transformasi akhlak. Puteri akan kehadapan dalammenyediakan contoh akhlak terpuji yang harus diteladani.

Kedua, peradaban. Semua usaha dan pendekatan kita, akanlebih terarah kepada pembinaan sebuah peradaban bangsa yang berjaya.
Ketiga tranformasi perenggu minda atau mind set. Sudah tiba masanya kitamembuka kotak fikir kita, untuk melihat perjuangan dalam bermacam sudut pandangdan perspektif. Lebih terbuka dalam menerima kritikan dan lebih beranimenegakkan kebenaran.

Keempat, tindakan. Tindakan kita harus lebih agresif,proaktif dan lebih mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan indidvidu.

Kelima pemikiran. Inilah tranformasi paling utama dansetiap dari kita harus percaya, semuanya harus bermula dengan asas pemikiranyang sihat dan terarah. GTP inlah yang menjadikan kita lebih berhikmah dalamberdepan cabaran perjuangan. Akhlak, peradaban, perenggu minda, tindakan danpemikiran, inilah tranformasi asas YAB Dato Seri Presiden, dan kesemuatransformasi ini harus didahulukan sebelum transformasi lain kita laksanakan.Masa kita kini adalah untuk setia bersama Dato’ Seri Presiden untukmerealisasikan tranformasi beliau, dan ini jugalah masa untuk kita bersama DatoSeri Presiden agar beliau tidak bersendirian melakukan perubahan ini. Itu janjikita di Pergerakan Puteri.

Puteri-puteripejuang bangsa,
RESMIPERJUANGAN
18. MasyarakatJepun percaya, bahawa ubat paling mujarab untukseseorang pesakit adalah pesakititu sendiri. Kerana itulah, sejak diawal usia, kanak-kanak Jepun diajar memakai kasut yang nipis, supaya merekadapat menahan bahang dan rasa sejuk lantai tempat berpijak, sekalipun suhubadan panas mereka dihambat ke pintu sekolah kerana disitulah bermulanya sifatsurvival dalam jiwa kental setiap rakyatnya. Mereka percaya, ubat yang terbaikadalah kekuatan minda, jatidiri dan antibodi untuk terus berdiri secara mandiri.Malah pakar psikologi begitu percaya, separuh daripada pesakit di hospitalsebenarnya tidak sakit sebaliknya tewas kepada mentaliti sendiri.

19. Mengambilsemangat itulah, kita harus kuat untuk terus mandiri berdepan dengan kesakitandan keperitan perjuangan. Benar resmi berjuang itu sakit, pedih, perit danadakalanya mengecewakan, namun itu bukan alasan untuk kita bacul dan lari dariperjuangan. Puteri harus punya ketahanan untuk berdepan perit sakit perjuangan.Semua ini adalah bekal dan kekuatan kita untuk menakhodai arus perubahan selaridengan hasrat YAB Dato’ Seri Presiden yang mahukan kita menakhodai zaman.

20. Zamansudah berubah. Justeru pemikiran juga harus berubah. Hanya melalui tranformasipemikiran yang sihat kita mampu mengubati penyakit yang melarat. Syukurlah hariini, kita sudah meninggalkan budaya canggung dalam politik. Tiada lagi budayaseparuh masak orang Melayu. Kalau kita ada pisau kita tak tikam belakang orang,kalau ada gunting kita tak potong rambut orang. Kita berani berkata benar demimenegakkan hak dan manfaat perjuangan. Tiada lagi adu domba. Tiada lagipura-pura didepan bikin kerja, tapi dibelakang bikin cerita. Di depan ketua,dia serendah-rendah ahli, di depan ahli, dia setinggi-tinggi ketua. Tiada lagibudaya selak menyelak. Semua dia yang tahu, semua dia yang betul. Tiada lagiwatak Bawang Merah dalam Puteri, jiwanya dengki, hatinya iri dan raganyaberdendam benci. Tiada lagi watak Kassim Pantalon dalam Tiga Abdul, biladisuruh urus kerja, semuanya 25 percen.
Kalau masih ada yang mahu dikipas dan mengipas, yangdengki dan iri hati, yang dendam tak bertepi, yang cemburu membuta tuli,sama-sama kita bilang pada mereka, UMNO bukan parti mereka. Perjuangan UMNOsuci, yang kotor hanya tangan-tangan mereka. Perjuangan UMNO bersih, yangtercemar hanya politik murahan mereka. Tiada lagi gunting dalam lipatan, tiadalagi musuh dalam selimut, tiada lagi lidah bercabang dua dan tiada lagikepalanya ular, ekornya belut kerana kita bukan seperti Pakatan Rakyat, satu bahteratiga nakhoda.

21. Akibatkita terlalu memikirkan parasit-parasit parti, kita lupa ribuan ahli yang lainjauh lebih ikhlas dalam berjuang. Sepanjang saya menjadi Ketua Puteri, telahbanyak cerita yang saya dengar dan saya temui sendiri, kegigihanpejuang-pejuang Puteri yang tidak punya apa-apa jawatan dan pangkat dalamparti, tetapi berjuang seikhlas hati.

Tahukah adik-adik, di dalam dan diluar sana ramaiahli-ahli kita yang sanggup lakukan apa sahaja untuk perjuangan ini. Pernah adaahli Puteri yang sarat mengandung, pada malamnya masih lagi turun ke mesyuaratPuteri, dan esoknya dia bersalin. Pernah ada ahli Puteri yang dengan penuhgigih mengambil ahli-ahlinya untuk hadir ke mesyuarat sampai 4, 5 trip, dankemudian menghantar semula mereka pulang selepas mesyuarat tanpa meminta upahsatu sen pun. Dan kerana terlalu penat, sewaktu pulang awal pagi, beliau ditimpakemalangan. Ada yang sampai hilang kerja kerana terlalu bekerja untuk parti.

Saya percaya di luar dewan ini, lebih ribuan ahli Puterilain yang tak dapat peluang menjadi perwakilan masih datang ke PWTC. Makan takmenentu, tidur tak bertempat, tinggalkan keluarga semata-mata sayangkanperjuangan parti. Sebenarnya, mereka ini kalau kita tewas mereka yang sedih danmenangis, kalau kita dihina dan dicaci mereka yang tampil ke hadapan bersuara.

Merekalah wirawati yang tak pernah didendang, wirawatiyang sebenar dalam berjuang. Jiwa mereka besar, semangat mereka besar,keberanian mereka besar walaupun mereka tidak memegang apa-apa jawatan besar.

Pada saya mereka umpama sebutir mutiara yang lebihberharga dari pasir sepantai. Biar mereka tidak cantik di mata penduduk bumi,tapi nama mereka menjadi bualan penduduk di langit. Mereka lah semangat dankekuatan kita untuk terus berjuang.Janji saya, selagi saya berdiri di dalam Puteri,selagi itu doa saya, semangat saya akan mengiringi tiap jerih perjuanganmereka. Biar mereka bukan jutawan dunia tapi mereka lah jutawan akhirat. Jasamereka hanya Allah yang mampu menghitungnya.
Sidangperwakilan yang saya kasihi,
22. Umummaklumi, Jepun adalah sebuah bangsa yang hebat. Dari debu runtuhan Nagasaki danHiroshima, mereka membangun sebagai bangsa yang benar-benar merdeka. Dariruntuhan Kobe dan bencana radioaktif Fukushima, mereka berdiri membina semulaperadaban dan keyakinan.

Pemikiran mereka merdeka. Tindakan serta keberanian mereka,menjadi perintis kepada semua perubahan. Kita mungkin lazim mendengar semangat kamikaze yang sudah sejiwa dengan darahpejuang mereka. Namun ramai yang mungkin tidak mengetahui, bahawa bangsa Jepunpunya satu lagi prinsip yang besar yang diterapkan dalam setiap denyut nadibangsanya iaitu ‘Gambaru.’

Gambaru membawa makna berjuang bermati-matian sehingga titik darah penghabisan ataubertahan sampai kemana pun juga. Apa juga yang ditegakkan dari pangkal menjaditanggungjawab untuk diperjuangkan sehingga ke hujungnya. Persoalan yang hadiradalah sebuah kewajaran dalam hidup dan semuanya hanya bisa dihadapi dengansemangat Gambaru kerana perjuangan bukan soal menghitung menang dan berserahkalah, perjuangan adalah soal prinsip yang perlu ditegakkan dengan segalakudrat dan kekuatan yang ada. InsyaAllah rahmat dan berkat Tuhan acapkali rapatdengan mereka yang ikhlas dalam berjuang.

Maka benarlah kata-katapujangga Arab, ‘Manjaddawajada,’ Sesiapa yang berusaha maka dia akan berjaya. ‘Man Zara’a Hasada’ Siapayang menanam, maka dialah yang mendapat hasilnya.

23. Justeru, menggenggamaspirasi dari semangat inilah, setiap dari kita perlu memahami asas dan wadahperjuangan Pergerakan Puteri UMNO. Dimana kita bermula dan kemana harus kitateroka. Maka ‘jadda’ yakni berusaha bersungguh-sungguh menyeru untuk kitadengan hati dan seluruh kudrat memahami prinsip perjuangan, wadah yangdigunakan, matlamat yang ingin dicapai serta manfaat yang mampu ditebarkan.

24. Cumasatu pesan saya, ingat, bukan resmi berjuang jika semuanya mudah dan indah.Bukan berjuang namanya, jika yang lalu adalah seperti apa yang kita mahu.Benar, berjuang adalah untuk mencari kemenangan, benar berjuang ialah soalmenundukkan ego lawan, tetapi adalah lebih benar, berjuang adalah untukmempertahankan hak, prinsip dan kebenaran.

Jangan sesekali kita lupa, berjuang tidak semestinya kitasentiasa menang, berjuang bukan bererti kita perlu berada di atas, berjuangjuga bukan bererti bekerja hanya apabila menerima ganjaran, kerana itu, hariini, ramai yang menang sorak kampong tergadai. Berjuang kita akan tetapberjuang menentang kebatilan menegak kebenaran. Kita akan tunduk menghormatidan angguk membenarkan tiap sesuatu yang pasti. Tapi kita takkan sesekali kakudan lemah mengiyakan semua perkara dengan pasrah dan berserah.

25. Sudah-sudahlahkita menjadi seperti Mahsuri, bila difitnah dia mengalah dan duduk mengharapsimpati menyebelah. Cukup-cukuplah kita bersimpati dengan watak Si BawangPutih. Apabila difitnah, dicaci, di hinahanya tunduk dan mengiyakan maruahnya dipijak-pijak. Hari ini, semangat Puteriharus mengalir sepekat darah Tun Fatimah. Yang bangun berjuang kerana prinsip,tajam lidah bersuara kerana kebenaran dan keberanian menongkah arus keranapercaya kalau bukan dia yang pertahankan Melaka, habis itu siapa?

Maka benarlah seperti yang pernah dikhabarkan sejarah,betapa Portugis lebih takutkan Tun Fatimah dari suaminya Sultan Mahmud Syah. Iktibardari kisah inilah, maka bangunlah berjuang dan menegakkan kebenaran. Kalau yang dijuangkan adalah kebenaran,maka yang tertegak juga adalah kebenaran. Kalau diperjuang adalah kebatilan,maka akhirnya yang akan menimpa adalah kebatilan.
Saudaridan saudari yang dihormati,
SUDUTPANDANG SEJARAH
26. Sebagaisebuah sayap pergerakan politik, Puteri hari ini sudah semakin matang dalammenilai dan menghadam setiap isu yang berlaku saban hari. Kita punya asasrasional yang kukuh untuk melihat sesuatu isu serta berpasak pada prinsip danpendirian kita sendiri. Kalau benar kita katakan benar dan kita sokong, tetapikalau batil kita tidak pernah gentar untuk katakan batil dan kita tentanghabis-habisan.

27. Dalam kehidupan manusia, banyak perkara yangboleh kita pilih, tetapi hanya satu yang tak boleh kita pilih. Iaitu asal usulkita. Sejarah kita. Hari ini semua orang bercakap tentang sejarah. Signalnyasetiap dari kita sayangkan perjalanan sejarah kita. Sejarah adalah tentang hakmilik, kepunyaan yang membesar sebagai lambang dan pusaka satu bangsa.

28. Tetapi,sejarah boleh sahaja jadi alat politik bagi mereka yg meletakkan kepentinganperibadi mengatasi dari harga diri dan nilai yang dilalui oleh sejarah itu sendiri.Soalnya rakyat bukan lagi buta sejarah. Mereka tersepit antara memahamipengajaran dari kulitnya dan menerokai kebenaran yang tersembunyi dalamintinya.

29. Kitatakut untuk bercerita tentang kebenaran walhal sejarah adalah sejarah. Dalamperjalanan sejarah mana-mana bangsa di dunia, fakta sejarah pasti bergaulantara indah untuk dikenang dan yang perit untuk ditatang. Laluan sejarah jugaboleh sahaja bercerita tentang kesilapan kita sebelumnya dan kita harus matangdan terbuka berhadapan dengannya untuk dipetik tiap bait pengajaran. Jangansekali-kali kita paranoid dan takut pada bayang-bayang sendiri. Natijahnya,maka akan hadir pihak tidak bertanggungjawab yang hanya menangguk di air keruh,melukut di tepian gantang, mengambil kesempatan atas situasi seperti ini, untukmengasak cara berfikir masyarakat agar pendirian mereka terhadap persepsisejarah boleh dibeli dan dijual sesuka hati.

30. Jikadahulu pembangkang memecah belahkan perpaduan kita melalui sentimen perkauman,melalui sentimen bahasa, sentimen kuota bumiputera, hingga kepada sentimenagama tetapi hari ini kerana niat kotor politik mereka, kita dipecahbelahkanmenggunakan sentimen sejarah.

31. Ironinya,jika soal agama, kuota bumiputera, isu kaum adalah isu tentang perjuangan tunggalsesuatu kaum tetapi sentimen sejarah hari ini cubadigaris pisahkan antaraideologi pembangkang dan kerajaan. Mereka sanggup jual cerita, bina persepsimembabi buta, mengasak emosi rakyat dengan kaedah retorik dan logik tanpa asasuntuk royalti politik murahan. Akhirnya sedikit demi sedikit mereka mengajarrakyat membenci sejarah, dan sedikit demi sedikit kebencian terhadap kerajaanberakar.

32. Justeruitu, Pergerakan Puteri UMNO bertegas bahawa perlu adanya satu gerakan yangkomprehensif untuk menyelak semula pendekatan dalam matapelajaran Sejarah yangsudah digunapakai sejak sekian lama. Bukan bermakna apa yang kita buat selamaini salah, tetapi kita seharusnya matang untuk menerima bahawa sesuatu yangbetul tidak bermakna ia relevan untuk setiap zaman dan generasi.

33. Sudahtiba masanya, pendekatan dan daya sampai subjek Sejarah mampu untuk mengubahpersepsi pelajar untuk tidak melihat Sejarah sebagai satu subjek apatah lagimengasaki mereka melalui helaian kertas peperiksaan. Selain dari pendekatanpengajaran dan pembelajaran yang lebih terbuka, merangsang pelajar untukbereskpresi rasa tentang perjalanan sejarah bangsa mereka, disamping membukaruang pelajar untuk berdebat sesama mereka tentang pandangan terhadap sejarahdengan dipimpin oleh kematangan guru dalam mengendalikan isu.

34. Sejarahhanya benar-benar akan rosak, apabila disebut tentang subjek sejarah, pelajarhanya terfikir tentang nama tokoh, tarikh ,tempat, peristiwa, punca dan kesan.Kita tutup pintu mereka untuk berekspresi, bereksplorasi, bertanyadan tampil denganpandangan dan pendapat mereka sendiri. Akhirnya, kegagalan untuk mengekspresinilai inilah menyebabkan kita jumud dengan kebenaran.
Saudari-saudarisekalian,
35. Faktaadalah hakikat.Manakala interpretasi terhadap fakta membentuk persepsi. Tetapicara interpretasi itu yang menjadikan sudut pandang sejarah menjadi hitam atauputih. Soalnya yang benar-benar ingin kita fahami adalah pengajaran yang dibawa bersama sejarah. Percayalah, dalam dunia yang semakin terbukasekarang,ditambah dengan lonjakan cara fikir rakyat yang semakin matang, kitaakan tewas jika kita sering takut dengan kesilapan silam.

Apa yang kita harus lakukan ialah memberi interpretasibaru tentang kesilapan silam untuk kita menjadi lebih berani dan bermaruahmendepani perjuangan. Inilah yang dikatakan belajar daripada sejarah, keranasejarah bukan hanya sekadar mengangkat kemegahan dan kekuatan, disebaliknyamatang mencedok pengajaran dari kesilapan masa silam.

36. Justeru,Puteri dengan lantang menentang sekeras-kerasnya tindakan Mat Sabu yang telahmemberi interpretasi separuh masak fakta sejarah dalam isu Bukit Kepong. Merekaboleh sahaja meletakkan anggapan keganasan komunis sebagai lambang perjuangan,tetapi kita harus yakin dan percaya sampai bila-bila, bahawa pengganas tidakakan pernah menjadi pejuang. Perompak harta rakyat, perogol anak dara tidakakan pernah menjadi pembela bangsa, dan keganasan bukan cara bangsa bermaruahuntuk bertempur dimedan perang.

Pejuang yang sayangkan tanah air tidak akan memporak-perandakantanah air sendiri, mengugut, membunuh hanya kerana kehendak mereka tidakdilunasi. Kerana itu bila ditanya antara perjuangan Perikatan yang menyatukanrakyat dan keganasan komunis mana yang lebih baik, seikhlasnya, saya tahurakyat menyimpan jawapannya. Natijahnya, tindakan tidak bertanggungjawab MatSabu telah meracuni segelintir generasi muda untuk mula mempertikaikankebenaran sejarah.
37. Justeru,sebagai muqaddimah dalam mensinergikan semula matapelajaran sejarah agar iamampu menarik minat pelajar disekolah, Puteri berbesar hati untuk mencadangpendekatan yang lebih muda dan terbuka. Fakta adalah hakikat dan buku tekshadir melalui olahan dan interpretasi terhadap fakta yang membina sesuatu sudutpersepsi bagi memimpin pelajar memahami susur galur sejarah melalui jalan yangseragam. Malangnya, hari ini persepsi itu sudah menjadi seakan sebuah faktabagi pelajar. Disinilah momentum mereka terhadap penerokaan sejarah terbantutaklibat sudut pandang mereka yang mula dikotak-kotakkan.Untuk tujuan itu, Puteri mencadangkan,

38. Pertama,Buku Teks Sejarah dimurnikan cara dan daya penyampaiannya. Hakikatnya,kebenaran adalah hak yang perlu dipaparkan kepada rakyat. Jika kita masih mahuberkompromi dengan hakikat ini,kita hanya mampu melihat dan melatah apabila anasirluar hadir membawa kebenaran bersama persepsi yang membabi buta.

39. Kedua,menggalakkan budaya percambahan fikiran di bilik darjah melalui aktivitiperdebatan mengenai isu-isu sejarah yang dipelajari. Ini memberi ruang kepadapelajar untuk hadir bersama sudut pandang berbeza supaya mereka lebih dekatdengan sejarah mereka sendiri. Tidak salah jika akhirnya ada yang ingin menyatakanJebat itu benar dan Tuah telah melakukan kesilapan, selagi mana proses berfikirini dipimpin oleh guru dengan berhikmah.

40. Ketiga,silibus dan orientasi peperiksaan perlu dirombak secara holistik. Tiada lagisoalan yang mengasak pengahafalan pelajar pada persepsi sejarah yang dibina didalam buku teks mereka. Contohnya, disebalik soalan seperti, ‘Apakah faktor-faktorkejatuhan Melaka ketangan Portugis?’ dan ia boleh diperbaharui dengan soalanyang lebih terbuka.“Pada pandangan anda, seandainya Melaka tidak dijajah Portugis,bagaimana keadaan kita hari ini?” Maka pelajar akan mula berekspresi denganmemetik setiap jalan cerita sejarah mereka untuk membentuk pandangan mereka.Selagi mana ianya jawapan yang rasional, maka tidak ada betul dan tidak adasalah kerana akhirnya kita mahu mereka faham sejarah adalah perjalanan masalalu mereka.

41. Natijahnya,apabila kebenaran tidak disembunyi, apabila asas itu difahami, maka jikapembangkang hadir dengan persepsi yang lain, mereka ada jawapan kerana merekadiajar memahami sejarah dari proses berfikir dan bukan proses menghafal cerita.Generasi yang terbentuk dari perubahan ini adalah generasi berprinsip danbersebab, dan tidak bertindak kerana kebencian terhadap sesuatu pihak.

Atas dasar itulah, jangan biarkan generasi muda melihatsejarah dari garisan luar dan hanya memerhati perkara yang lalu, walhal merekajuga berada dalam garisan sejarah itu. Jangan kita tutup kehendak mereka untukmerasai sifat memiliki sejarah sendiri, melalui pendekatan subjek ini yangberisiko membunuh minda pelajar untuk mendalaminya.

42. Sejarahbukan ditulis oleh pasukan yang menang. Sebaliknya sejarah adalah perjalanancerita yang dirakam oleh susur galur sejarah itu sendiri. Kita bukan baculseperti Mat Sabu, yang sanggup menipu sejarah untuk senjata politik parti. Kitajuga bukan anak-anak kecil, yang mudah ditakut-takutkan dengan cerita karut dansejarah ciptaan mereka sendiri. Kita sedar, rakyat punya prinsip, rakyat punyapendirian, dan rakyat tahu siapa yang benar dan siapa yang membelit sepertiular.

Rakyat tahu siapa yang iklhas dan siapa yang culas, siapayang jujur dan siapa yang mengumpul fitnah untuk ditabur. Pergerakan Puteriakan terus berdiri di barisan paling hadapan, untuk menentang siapa jugapetualang yang cuba mengubah jalan cerita perjalanan kita. Ingat, apa yangtertulis dalam sejarah, bukan hak milik UMNO atau hak milik MCA, MIC, PAS, PKRatau DAP, tetapi adalah hak milik rakyat, kerana sejarah itu adalah sejarah bersama.Selagi nyawa dikandung badan, kita yang akan pertahankannya.

Saudari-saudariyang dikasihi,
PARTISIPASIGENERASI MUDA
43. Anakmuda laksana tiang sebuah negara. Jika betul cara ia dipasak, maka tapaknyakuat, dasarnya erat dan mercunya adalah buah-buah rahmat. Jika salah cara tiangini dipasak, maka tapaknya pincang, dasarnya berliang dan mercunya pastikecundang dan terbuang. Maka benar kata bijak pandai, kalau mahu untung sehari,tanamlah jagung, kalau mahu untung setahun, tanamlah padi, dan kalau mahuuntung beratus tahun, maka didiklah generasi muda. Sejarah telah menyaksikan,Negara bisa terbina kerana keampuhan tangan anak-anak mudanya, dan negara bisabinasa juga kerana kealpaan mereka.
44. Walaupunhari ini kita adalah puteri, saya suka meminjam kisah seorang putera, bernamaPutera Muhammad Al Fateh, Putera Raja Murad 2, yang keberanian dankebijaksannanya telah acap kali diulang sebut dalam lipatan sejarah. BagindaRasulullah pernah bersabda, bahawa pada satu, ketika akan lahir seorangpemimpin muda terbaik dunia, yang akan memimpin bersama gerombolan tentera terbaik dunia. Sehinggakan Abu Ayob Al Ansari,dipenghujung hayatnya berpesan, agar jasadnya dimakamkan di antara dua bukitpintu masuk Selat Bosforus, semata-mata kerana beliau ingin menjadi sebahagiandaripada mereka, yang berpeluang mendengar derapan tapak kaki kuda, yangmembawa pemimpin terbaik yang memimpin bala tentera terbaik. Pada usia 21 tahun,Muhamad Al Fateh telah berjaya menawanConstantinopel setelah 19 usaha dari 19 kerajaan besar yang lain menemuikegagalan. Hikmah perjuangan seorang anak muda berusia 21 tahun ini, meruntuhkankeangkuhan dan kezaliman empayar Byzantine.

45. Tahukahanda,nama putera ini hanya Sultan Muhamad. Manakala Al Fateh, adalah gelaranyang diberi dan membawa makna pembuka. Menyeru semangat inilah, maka kita mahugenerasi muda hari ini menjadi pembuka kepada peradaban berteraskan hikmahkebijaksaan.

46. Bukanlagi soal umur, soal jawatan, soal pangkat, tetapi ia soal tanggungjawab yangterpikul di bahu setiap generasi muda. Soal bagaimana harus kita bangun dan berjuanguntuk agama, bangsa dan negara. Justeru, Pergerakan Puteri harus menjadi tulangbelakang utama dalam menggerakkan perubahan cara fikir dan bertindak generasimuda. Berfikir, bertindak dan beraksi selari dengan aspirasi yang dimahukanoleh generasi muda.
Saudari– saudari sekalian,
47. Generasimuda dahulu dan generasi muda hari ini sebenarnya berbeza. Generasi muda hariini, menitik beratkan tentang cara kita memandang mereka, mendekati mereka,mendampingi mereka dan yang penting menjadi sebahagian dari mereka. Mungkinuntuk satu ketika tindakan mereka sukar untuk kita fahami dan maknai, tetapiitulah generasi muda. Mereka kaya dengan pandangan dan persepsi serta sifateksplorasi yang tinggi.

48. Sayasuka mengambil ibarat pada satu situasi pemerhatian politik. Generasi pasca awalkemerdekaan, memang mempunyai semangat juang parti yang tebal. Malah ada dalamkalangan nenek moyang kita yang tidak mahu turun mengundi kalau yang bertandingitu bukan parti kapal layar. Malah sifat menerima mereka terhadap semua usahaparti juga lebih bersantun dan terbuka. Umpamanya, jika ke kedai mamak, yangmereka pesan teh panas, tetapi yang dihantar kopi panas, mereka tetap tersenyumdan minum rezeki yang ada di depan mata.

Generasi pertengahan yang banyak didorong oleh sifatmemberontak pembangkang, lain pulak lagaknya. Kalau yang dterima tidak samaseperti apa yang dipesan, maka dimaki-hamunnya si mamak itu. Silap haribulanterbalik meja-meja.

Tetapi generasi alaf baru hari ini sangat berbeza caramereka beraksi dengan situasi. Jika yang dipesan teh panas dan yang dihidangadalah kopi panas, mereka tidak meminumnya, tidak juga memaki, tetapi dengansenyap dan perlahan mereka berpindah ke kedai mamak sebelah. Dan itulah yangkita alami pada tsunami pilihanraya yang lalu. Kegagalan kita untuk memahamimereka, boleh sahaja membawa makna kita sebenarnya meninggalkan mereka.

49. Daripadasituasi ini, tidak bermakna mereka tidak ada pendirian, tidak berprinsip. Cumakita harus lebih matang untuk duduk bersama mereka memahami situasi yangberlaku. Kita seringkali percaya, umur lazimnya membezakan kematangan berfikirmanusia, tetapi kematangan di alaf baru diukur dari sudut siapa yang dapatmengejar perubahan zaman. Boleh sahaja orang yang semakin berusia, yang kurangmenguasai capaian media baru tidak seiring dengancara fikir dan kematangangenerasi yang jauh lebih muda, yang ghairah meneroka maklumat dari segenappenjuru. Maka mereka mula percaya, yang mereka juga boleh mempunyai pandangandan prinsip mereka sendiri. Maka disitulah mereka perlu dirai dan dihormati.

50. Sayasejujurnya percaya, permulaan dalam usaha mendampingi mereka adalah denganmeraikan idea dan pandangan mereka melalui santun yang betul. Sudah sampai satutahap, mereka mahu pandangan mereka bukan hanya didengar, tetapi diambilpertimbangan untuk tindakan. Mereka juga mahu berjasa dan berada dalam barisanpejuang kita, dari mula strategi perang itu dirangka, sehinggalah kebarisandepan di medantempur, mereka mahu bersama. Kata – kata bahawa pandangan merekamentah, tidak boleh dipakai, ikut emosi, tidak berfikir panjang, radikal,hanyut dalam teknologi, dan tidak berasas, hanya menjadikan kita dan merekabelayar dalam kapal yang berbeza.

51. Menyedariakan keperluan inilah, Pergerakan Puteri sentiasa dihadapan, bersamaprogram-program yang dekat dan mesra dengan generasi muda. Penubuhan Biro NGOdan Profesional Muda, adalah bukti betapa kita serius menjalin hubungan dankerjasama dengan generasi Y. Biro Penggerak Belia dan Biro Usahawan danPemantapan Ekonomi juga, selari dengan usaha Puteri untuk menjadi tulangbelakang dan penggerak kepada aktiviti keusahawanan generasi muda. Kitalancarkan skuad VOGUE untuk menarik generasi muda menjadi sukarelawan dan turun padang memberi khidmat kepada rakyat.Skuad ini turun menjayakan program Ziarah Kasih, Sinar Kasih, Jelajah SinarKasih Ramadhan, Konvoi Kebajikan Menyusur Akar, Projek Puteri Prihatin, danbanyak lagi program-program utama Puteri yang digerakkan oleh generasi muda.

52. Kitamahu generasi muda memahami dan mengerti, orang-orang politik tidak pernahkesampingkan mereka, tidak pernah membuang mereka dan tidak pernah pinggirkanhak dan usaha mereka. Kita mahu mereka sedalamnya memahami, perjuangan kitaadalah perjuangan mereka, sakit kita adalah sakit mereka, kejayaan kita adalahkejayaan mereka, kerana generasi muda adalah sebahagian dari perjuangan kita.

Saudari-saudarisekalian,
53. Pandangangenerasi muda, terhadap politik juga semakin matang. Mereka bukan lagi generasiyang angguk angguk geleng-geleng. Budaya WitchTrial tidak lagi wujud. Sebelum angguk mereka berfikir, dan sebelum gelengpun mereka akan berfikir. Kita tidak mahu mereka penat dengan politik sebelumsampai masanya. Siapapun mereka, penyokong kita atau penentang kita, mereka asetpolitik negara. Jangan fikir apabila mereka diam, mereka tidak tahu apa-apa,jangan fikir apabila mereka memberi pandangan tidak sama dengan kita, merekamahu menentang kita, jangan fikir apabila mereka punya prinsip sendiri, merekatidak menyokong kita.

Orang muda kurang selesa dengan idea semua sudah tersediauntuk mereka, semuanya sudah diperjuangkan untuk mereka, dan mereka terhutangbudi dengan generasi sebelumnya. Sudah sampai masanya, kita semarakkan suaramereka, kita raikan idea mereka, kita bangunkan roh dan jiwa pejuang mereka.

Buat pemimpin parti, pimpinlah mereka dengan tangan kasihsayang, dekati mereka dengan suara keprihatinan dan kepekaan, bela merekadengan jiwa yang ikhlas dan jujur seperti yang dilakukan oleh YAB Dato’ SeriPresiden, kerana kita mahu mereka matang dalam berjuang.

Saudari- saudari sekalian,
54. Ketamadunansebuah bangsa adalah bersendikan kepada ruang fikir dan gerak politiknya.Dengan memisahkan politik dan generasi muda, sama seperti kita memisahkan busurdan anak panahnya. Akibatnya, anak muda semakin jauh dengan politik dan minatmereka terhadapnyapun semakin mati.

Mengupayakan hak dan suara mereka tidak bermakna kitamengiyakan mereka turun ke jalan, berdemonstrasi macam orang hilang fikiran.Kita tahu generasi muda kita bukan seperti itu. Cuma ada petualang yangmembutakan mata mereka, memekakkan telinga mereka dengan menjadikan mereka tukangsorak dan perusuh jalanan. Kerana itu kita mahu menghak upaya suara dan ideamereka, melalui garis panduan yang matang dan bertamadun.

55. Umummengetahui, kelompok terbesar yang berpengaruh dalam kalangan generasi mudapastinya golongan mahasiswa. Kita mungkin boleh mengawal kebebasan mereka bertindak,kita mungkin boleh mengawal kebebasan mereka untuk bersuara, tetapi kita tidakakan boleh menyekat kebebasan mereka untuk berfikir, dan disitulah lazimnyaprinsip dan kubu pendirian mereka terbina. Mendoktrinasikan pemikiran generasimuda, samalah seperti kita meracun akar.

56. Sebab itu, Puteri mahukan sebuah transformasiminda, untuk lebih terbuka terutama apabila kita menangani isu mahasiswa.Persepsi terhadap mereka perlu berubah dan diubah. Setegasnya, saya mahukatakan, AUKU bukan senjata kita, AUKU bukan perisai kita, bukan peluru kita. Malahkalau kita kekal begini AUKU bisa menjadi liabiliti buat kita. Perlu diingat, kebebasanwujud secara relatif dan tidak bersifat mutlak. Sebab itu, mahasiswa padahakikatnya adalah kelompok yang bebas bersuara dan bertindak di universiti.

Keputusan Y.A.B Perdana Menteri pada minggu yang laluuntuk meminda Seksyen 15 AUKU sepatutnya disambut dengan terbuka. Selepas inimahasiswa berhak menjadi ahli mana-mana parti politik seperti yang dijamin dibawah perlembagaan. Kesediaan kita meminda Seksyen 15 AUKU, adalah lambang kepercayaankita kepada kuasa anak muda, untuk membangunkan negara dan memikultanggungjawab atas segala tindakan mereka. Jangan sesekali kita khuatir danmasih berpegang kepada dogma, betapa universiti adalah sarang pembangkang.Sedangkan secara hakikat, begitu ramai mahasiswa yang sebenarnya secara diammenjadi aset kita. Cuma, peluang tidak dibuka, ruang jarang disedia dan keranakurangnya rasa percaya kita, permata-permata negara ini tidak digilap dankemilaunya dibiar malap.

Percayalah, mereka cuma perlu didekati dan difahami. Jikakita cuba memahami mereka, mereka juga akan mudah memahami kesucian perjuangankita. Waktu itu, gerombolan baru anak muda yang akan memimpin dan menyokongperjuangan parti, akan menjalar dan memenuhi segenap ruang bumi Malaysia ini.Kerja-kerja membangunkan negara akan menjadi terlalu mudah dan pantas. Cumasoalnya, kita perlu percaya pada kematangan mereka dan kita sendiri perlubertindak matang dan berani.

57. Kamimenyokong sepenuhnya semua keputusan Presiden, dan sentiasa bersama semua winnable candidate, yang akan dipilihbagi mewakili Barisan Nasional pada Piliharaya Umum ke 13, kerana sedar iamenjunjung wasilah keikhlasan dan hikmah kebijaksanaan. Amanat Presiden akanterus dijunjung di atas jemala perjuangan Pergerakan Puteri. Amanah ini akankami lunaskan selagi nyawa dan jasad kami bersatu untuk agama, bangsa dan negara.


Rakan-rakanseperjuangan sekalian,

58. Apabilaberbicara soal kesediaan dan tanggungjawab pemimpin muda, saya teringat padasatu kisah yang berlaku 2 hari sebelum kewafatan baginda Rasulullah SAW. Padaketika itu, baginda sedang mempersiapkan bala tentera Islam, untuk turunberperang menentang kerajaan Rom. Maka dikumpulkan semua bala tentera danpahlawan Islam yang hebat, dan akhirnya Rasulullah melantik seorang pemuda yanghanya berusia 18 tahun sebagai Panglima Angkatan Perang yang akan mengetuairibuan tentera Islam yang lain. Pemuda itu ialah Usamah bin Zaid. Pada usia 18tahun, Rasulullah telah memberi kepercayaan kepadanya untuk merancang strategi,membuat keputusan sehinggalah memimpin kebanyakan tentera yang jauh lebihberpengalaman dan berusia termasuklah Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, danAbu Ubaidillah.
59. Pengamatandari kisah ini, membawa kita pada satu makna, betapa Rasulullah SAW punmempercayai generasi mudanya, dan sedar betapa generasi muda ini perludiberikan tanggungjawab, dan peranan untuk mereka memberikan sumbangan yangberharga buat agama, bangsa dan negara.

Tidak timbul soal senioriti dan usia dalam kepemimpinansiasah kerana percayalah, perbezaan usia tampil bersama perbezaan perspektifdalam melihat dunia dan menghadam perubahan semasa. Kita memerlukan generasi berbezauntuk memimpin generasi yang berbeza. Kita juga perlukan generasi berbeza dalamsebuah wadah yang sama, kerana matlamat kita adalah meraih sokongan dankepercayaan semua golongan masyarakat.

Benarlah wasiat Umar Al Khattab “Ajarlah anak kamu denganurusan di zaman mereka, kerana mereka akan hidup di suatu zaman yang bukan lagimenjadi zaman kamu.” Uniknya pemimpin kita, Dato’ Seri Presiden telahpunmencontohi teladan yang ditunjukkan nabi dan para sahabat. Kepercayaan kepadagolongan muda untuk menerajui parti, tidak perlu dipertikaikan lagi. Kiniterserahlah kepada kita untuk membuktikan peluang yang ada takkan dipersia.Ibarat bola sudah di padang, sepak mula sudah dilakukan, yang ditunggu adalahgol dan kemenangan. Semua anak muda adalah harimau muda, semua anak muda adalahharimau negara!
Parapencinta perjuangan sekalian,
HEGEMONIMEDIA BARU
60. WorldIs Flat karya Thomas L. Friedman, menceritakan, betapa globalisasi 3.0 telahmenatijahkan hubungan manusia dengan manusia di alam maya, semakin rapat dandatang dari pelbagai arah penjuru. Pengaruh media baru datang bersama perubahanyang besar dalam iklim politik dunia dan politik Negara. Dan hari ini,peperangan di dalam politik juga sudah menjadikan media baru sebagai senjata.

61. Hentikanfahaman konservatif kita terhadap fungsi media. Media bukan lagi medium sekadarberitahu apa kita dah buat, apa yang kita dah kecapi, dan menjual kerja sendiri,malah ia juga bukan lagi sekadar susunan dan himpunan fakta,kini ia tampilsebagai wadah kemukakan idea, prinsip dan perlumbaan pandangan dan persepsi.Debat di alam maya hari ini jelas membawa impak yang besar terhadap politiksemasa. Kita harus bijak dan matang mengendalikan media baru. Masyarakat jugabukan lagi bodoh yang akan hanya menerima setiap retorik dan hiperbola ceritamembabi buta. Kematangan dan keberanian kita mendepani isu akan membangkitkanrasa hormat rakyat terhadap prinsip kita dalam berjuang.

62. Arusperubahan yang melanda ragam fikir politik di Barat banyak dipengaruhi olehakses kepada media baru yang luas dan tanpa batas. Sewaktu perdebatan terakhirdi antara Parti Konservatif, Demokrat dan Parti Buruh yang lalu, 154 352 tweettelah dicatatkan sebagai respon dari perdebatan tersebut, dengankadar kelajuan26.77 tweet setiap saat, dari 33 095 pemegang akaun yang berbeza. Itu baru isuyang dibicarakan dalam sebuah perdebatan dan adik-adik puteri sekalian bolehbayangkan, bagaimana pesatnya sesuatu isu diserakkan yang kini boleh diakses ditangan rakyat.

63. Politikdan media baru sudah menjadi begitu sebati. Malah jika betul strategi media,kita boleh menuai hasil yang lebih dari munasabah dalam sebuah perjuangan.Media baru mengubah landskap politik mana-mana negara melalui 4 faktor berikut;

64. Pertama,melalui berita yang boleh dipilih. Akses maklumat yang semakin meluas membinaruang dan pilihan yang pelbagai kepada rakyat untuk menilai dan menganalisismaklumat. Kedua, melalui perkongsian rangkaian. Setiap maklumat dan isu akanterserak dengan mudah melalui proses rangkaian. Ketiga melalui pandangan danidea tanpa halangan. Siapa sahaja boleh mengemukakan pandangan dan pendiriantanpa sebarang halangan dan sekatan. Keempat, kapasiti media yang boleh membinarangkaian ke setiap pengguna. Dalam masa yang singkat, maklumat mampu sampaidan tersebar pada ruang lingkup yang tidak dijangkakan. Faktor-faktor inilahyang seharusnya dipelajari dan dikuasai oleh kita sebagai senjata dalamperjuangan.

Saudari-saudari sekalian,
65. Sebabitu apabila ditanya bila agaknya perang dunia ke tiga akan berlaku, maka ramaiyang bersetuju bahawa perang dunia ketiga sudah pun berlaku di alam siber.Kalau kita menganggap media sebagai senjata yang membunuh kita, maka secara semangatnyakita memang akan dibunuh. Jika kita anggap ia sebagai perisai mempertahankanperjuangan kita, maka ia mampu menjadi perisai paling kebal, kalau kitamenjadikan media sebagai senjata menyerang, maka ia boleh saja membunuh setiapdari lawan kita. Mesej moralnya disini, media adalah senjata baru politik. Kitatidak mahu media baru ini hanya menjadi senjata dan begitu sinonim denganpembangkang. Kita juga harus sedar, media baru juga adalah kekuatan dan kitapunya kepakaran dalam mengurus tadbirnya.

66. PergerakanPuteri harus memulakan usaha yang bersungguh-sungguh ke arah mempromosikanbudaya percambahan idea dan budaya debat yang sihat. Tiada lagi budaya fitnahmenfitnah, maki memaki, caci mencaci dan memburuk-burukkan orang lain. Cukuplahbudaya itu hanya diimani oleh juak-juak sebelah sana yang kononnya berjuanguntuk keadilan rakyat, berjuang untuk Negara kebajikan dan Negara Islam.

Kalau mereka fikir dengan fitnah mereka akan kelihatanhebat dan gah, dengan memburuk-burukkan kita, merekayasa cerita, dan denganmemaki hamun maka mereka akan dilihat lebih berani dan gagah, biarkan mereka.Kita percaya, ini bukan budaya kita dan takkan pernah sesekali menjadi pegangankita dalam berjuang.

Semoga fitnah dan tohmah mereka akan menjadi sebatanganak sungai yang mengalir tenang untuk kita di syurga idaman.
Semoga cacian mereka akan menumbuhkan pohon-pohon redupyang mendamaikan.
Dan semoga maki hamun yang kita terima, akan menjadijambatan emas yang akan menemukan semula kita di alam syurga penuh bahagia.Dunia adalah pentas perjuangan sementara. Akhirat jualah yang menjadi matlamatabadi yang kita ingini, yang kita cari.

Saudari-saudariperwakilan sekalian,
67. Dikesempatan ini, Pergerakan Puteri merakamkan penghargaan terima kasih kepadasemua blogger yang telah sama berjuang menegakkan kebenaran dan hakikat. Sayasedar, ramai dalam kalangan mereka adalah penulis sukarela, namun itu tidakpernah menjadi halangan untuk mereka melunaskan tanggungjawab dalam berjuang.Ini barulah namanya pejuang sejati. Untuk itu, Pergerakan Puteri mengalu-alukansemua blogger untuk duduk semeja dan bermusyawarah bersama untuk kita mencaripendekatan paling berhikmah, dalam memenuhi tuntutan politik ummah.

Puteri akan sentiasa di hadapan bersamablogger-bloggeruntuk menentang aplikasi peraturan rimba di alam siber, demi membinasantun politik yang bermaruah di bumi Malaysia ini.

Jika barah ini dibiarkan, maka pada akhirnya yang rugi,yang malu, yang hancur, yang binasa siapa? Waktu itu barulah yang baling batutangkas sembunyi tangan. Justeru, selari dengan akses maklumat yang semakinmeluas, Puteri komited mendahului usaha mempromosikan budaya berfikir secarakrtis dan analitis agar rakyat lebih matang dalam menilai isu.

68. UsahaPergerakan Puteri memperkenalkan CyberTroopers adalah sebagai isyarat betapa kita sedia menggempur dan berperangmenggunakan senjata media baru. Kita punya pasukan yang akan mengumpul, menganalisisdan menjawab setiap isu yang timbul dan mediumnya adalah aplikasi media baru.
Malahan, Puteri akan terus memperkasakan setiap ahlinyadengan asas pengetahuan dan kemahiran yang cukup, dalam mengendali dan mengurustadbir media baru supaya kita tidak tersasar dari landasan perjuangan yang sebenarnya.

69. Demokrasihanya betul-betul subur dan matang apabila masyarakat diterapkan dengan carafikir yang kritis dan analitis, untuk melihat sesuatu isu secara lebih mendalamdan terperinci. Bukan terus melompat kepada kesimpulan. Hentikan taklid membabibuta dan mari kita bangunkan budaya rasional dalam berfikir dan mengutarakanpendapat dengan lunas kematangan sewajarnya. Itulah jawapan kepada sebuahketamadunan bermaruah.
Saudari-saudari sekalian,
BAJET2012
70. Kitatakkan pernah hairan atau terkejut apabila setiap kali bajet dibentangkan,setiap kali itu jugalah pembangkang akan muncul bersama helah mencari keburukandan mencanang kelemahannya kepada rakyat. Kita juga tidak pernah bimbangmahupun gentar, kerana kita sudah cukup bersedia dan sedar, prasangka buruksememangnya telah menjadi makanan pembangkang dan sudah sebati menjadi darahdaging membentuk jasad dan mencemari hati mereka.
Apabila kerajaan menyusun pelan dan mengimplementasitindakan, semuanya akan kelihatan buruk pada mereka.Kalau benar mereka berjuanguntuk rakyat, apa juga yang kerajaan laksanakan untuk rakyat mereka harussokong. Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA ), Menu 1Malaysia dan banyak lagi usaha kerajaan untuk rakyat buatpembangkang tak senang duduk kerana mereka sedar kita buat apa yang kitajanjikan.

71. Tetapi,rakyat punya mata, rakyat tidak buta, rakyat melihat betapa kerajaan sentiasamendahulukan mereka dalam setiap bajet dan pelan tindakan yang dibentangkan.Sebab itulah setiap kali pembangkang memukul gendang irama sumbang, kerajaanhanya memerhati dengan hemah dan akan bertindak dengan berhikmah. Kita tahu,rakyat bukan lemah. Rakyat tidak mudah diperbodoh dan diperkotak-katikkan.

72. Pembangkangmenyebar berita kononnya kita tidak tahu mengurus negara, kononnya kita sengajamembiarkan defisit dan hutang negara meningkat, kononnya negara akan muflis danbankrap. Isu defisit dan hutang dimomok-momokkan ke seluruh pelusuk negara.Angka-angka dan figura-figura tertentu dicanang-canang bagai sesuatu yangdahsyat, bertujuan menakutkan rakyat supaya mereka terkesan dan percaya dengansebuah pembohongan.

Pembangkang ibarat orang tua nyanyuk yang cuba menakutkankanak-kanak dengan cerita hantu. Tetapi rakyat bukan budak-budak bahkan merekasudah cukup matang. Mereka takkan telan dan mereka juga takkan hadampembohongan golongan petualang.

73. Marikita nilai beberapa fakta untuk menjernihkan pemahaman, dan mencari islah dalamkerangka yang mudah. Pertama, lazimnya negara-negara di dunia yang sedangbergerak ke arah negara maju, atau sudah bergelar negara maju sukar untukmengelak defisit dalam bajet yang dibentangkan. Ini adalah kenyataan.

Kedua, defisit negara sebanyak 5.4 % tahun ini adalahcatatan penurunan defisit berbanding tahun sebelumnya, 2010 iaitu sebanyak 5.6%, yang juga menurun daripada tahun sebelumnya, 2009, iaitu sebanyak 7.4 %.

Faktanya, defisit negara semakin menurun semenjak Dato’Seri Najib mengambil alih pentadbiran negara, daripada 7.4 % kepada 5.6 %kepada 5.4% dan pengurangan defisit ini kekal menjadi sasaran kerajaan untukmasa-masa yang mendatang. Tahun 2012, sasaran kita adalah pengurangan defisitsehingga 4.7 %.


74. Tahukah kita, sehingga September 2011, RM 12.44 billion telahdibelanjakan untuk kesihatan rakyat dari pembinaan hospital sehinggalahpembelian ubat-ubatan, namun hasilpemerolehan kerajaan atau pulangan semula hanyalah berjumlah RM 238.5 juta sahaja.Kerajaantelah menanggung dan mensubsidikan sebanyak RM 12.20 billion atau pada kadar98% dari pada keseluruhan perbelanjaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tetapitak mengapa, kerana harga kesihatan dan nyawa rakyat tidak ternilai buatkerajaan.

75. Tidakkahkita terkejut dengan tindakan Parti Islam Semalaysia (Pas) yang selama inikononnya berjuang demi sebuah Negara Islam, tiba-tiba pula berjuang untuksebuah Negara berkebajikan? Mana perginya rasa ikhlas dan zuhud dalam berjuang?Mana perginya pendirian? Mana letaknya prinsip perjuangan? Adakah agama kiniletaknya di bawah tapak kaki kita? Hanya kerana menagih undi rakan-rakan bukanseagama, kita tunduk dan akur. Sudahlah prinsip agama dibuang, mereka mendabikdada kononnya Negara Berkebajikan ini, merekalah perintis dan pemula.

76. BarisanNasional umumnya dan UMNO khususnya, telah lama melaksanakan Negaraberkebajikan. Kita tidak canang hanya pada nama, biar nampak gah, biar nampakindah. Tapi yang kita jaga adalah pada isi dan inti. Biar benar-benardilaksana, biar setiap susuk tubuh rakyat dapat merasa. Jika implementasinyabenar, maka dengan sendiri namanya akan mekar.

77. Bajet2012 sememangnya bajet untuk rakyat dan semua bakal merasa tempiasnya. Daripadakanak-kanak darjah satu hinggalah balu seorang tentera. Daripada pemandu teksi,hinggalah gelandangan di ibu kota. Daripada golongan kanak-kanak, beliahinggalah golongan pesara. Daripada baikpulih rumah nelayan hinggalahmeningkatkan sumber makanan melalui pertanian. Inilah contoh terbaik negarakebajikan. Kita sudah mula sejak semalam, kita teruskan sekarang dan kita akanpastikan berterusan untuk hari-hari yang mendatang.

Saudari-saudarisekalian,

PENEROKAANIDEA BARU

78. Dalammembincangkan penerokaan idea baru, saya tertarik untuk mengimbau kisah AlbertEinstein yang menemui kuasa elektrik atau Isaac Newton yang menjumpai tenagagraviti, mereka bermula sebagai peneroka dan pencari idea-idea baru. Merekamenjadi perintis kepada proses mencari sesuatu di luar pemikiran dan kebiasaaninsan. Kita juga harus mengenang sejarah dengan membuka kitab SulalatusSalatin. Mengambil iktibar keberanian dan kelantangan Hang Nadim yang tampildengan idea baru dan bijak, akhirnya menyelamatkan Singapura daripada serangantodak. Puteri perlu mengambil iktibar daripada semua ini, bahawa Puteri perluhadir dengan idea baru, segar dan di luar kebiasaan.

79. Untukitu, Puteri sentiasa mahu merakyatkan budaya inovasi dan penerokaan idea barudalam segenap bidang. Kerja yang dianggap sesetengah orang sebagai kerjagila-gila ini telah banyak mengubah dunia. Kita tidak akan pernah tahu, apabenar suatu idea itu gila atau bermanfaat pada bangsa. 20 tahun dahulu mungkingila jika saya katakan, saya mahu mengambil sebiji botol kosong, mengisi airkosong di dalamnya dan menjualnya. Tetapi hari ini, anda sendiri adajawapannya. Inovasi dan kelahiran idea baru juga tidak pernah kenal sempadanjawatan mahupun latar belakang insan.
Tahukah saudari-saudari, pencipta Vakum Hampagas adalahHubert Booth yang merupakan seorang pengurus pengkebumian, manusia yangmencipta kapal terbang mini pertama iaitu Wright bersaudara hanyalah seorangpelukis potret, pencipta telegraf dan kod morse ialah Samuel Morse yangmerupakan seorang veterinar dan pencipta telefon automatik iaitu AlmindStrowger hanya seorang pembina jambatan. Mereka ini bukan manusia yang hebatdalam bidang yang diinovasikan, tetapi merekalah pemula dan penggerak kepada perubahankerana mereka percaya apa yang mereka buat dan apa yang mereka fikir.

Kata-kata dan pandangan orang hanya buat mereka lebihberani dan berdiri dengan mandiri. Mereka mencari wadah, mereka menerokaiwasilah dan mereka bijak mengenal hikmah.

80. Sayapercaya diluar sana, terdapat ribuan anak muda yang kaya dengan idea dan saratdengan kemahuan untuk mencuba sesuatu yang luar biasa. Mereka hanya menungguruang dan peluang untuk ‘eureka’inovasi mereka diberi tempat yang sepatutnya. Selari dengan itu, kita tidakmahu lagi menjadi bangsa pengguna, yang sekadar menggunakan inovasi danteknologi bangsa lain. Sebaliknya, kita mahu bangun sebagai bangsa penciptayang menjadi perintis dan peledak kepada penemuan-penemuan baru, untukdiinovasikan ke peringkat antarabangsa. Menjunjung hasrat inilah, Pergerakan Puterimencadangkan;

81. Pertama,pembinaan Bank Idea, yang akan menghimpunkan semua inovasi dan penemuan baruyang hebat oleh pencipta Bumiputera yang selama ini kita pinggirkan.Merekapunya idea yang hebat, tetapi seringkali idea itu diciplak dan kertas cadangannyadisalin kulit pihak lain kerana kita tidak cukup bersungguh-sungguhmempertahankan ketulenan inovasi mereka. Bank Idea ini akan menjadi pemudahcara untuk memastikan inovasi ini dipatenkan dengan segera.


82. Kedua,mewujudkan jaringan yang benar-benar kuat, efisien dan bermanfaat di antarauniversiti dan industri. Setiap penemuan, penyelidikan dan inovasi tidak hanyadimuziumkan di makmal sebaliknya dikomersialkan untuk manfaat bersama.

83. Ketiga,Pergerakan Puteri akan menubuhkan sebuah Biro Inovasi sebagai kerangka awaldalam usaha menggerakkan kelahiran inovasi yang berpotensi terutama yangdibangunkan oleh wanita muda.Kita tidak mahu apabila inovasi yang baik inidiiktiraf di luar negara, barulah kita sedar kekuatan dan kebolehupayaan yangkita ada. Kita tidak mahu pencipta-pencipta muda ini dibeli orang luar keranakealpaan kita.
84. Keempat,sistem pendidikan yang berorientasikan kepada peperiksaan perlu dikendurkansifatnya supaya potensi pelajar dalam lain-lain bidang dapat dibangunkan denganlebih seimbang. Sifat persepsi negatif yang seringkali menghukum pelajar yanggagal cemerlang dalam peperiksaan perlu dibakul sampahkan, supaya mereka sedartidak ada seorang pun dari rakyat yang tidak bernilai pada sebuah negara.

Saudari-saudarisekalian,
85. Ideabaru juga harus hadir dalam perjuangan. Dalam konteks perjuangan kita, Puteriperlu tampil bersama idea tranformasi, dan pendapat berani yang mungkinmenongkah arus, namun akan membawa pembaharuan yang berimpak besar kepada partidan matlamat perjuangan. Puteri bukan lagi penerus tradisi, dan budaya politikkonservatif, sebaliknya puteri mampu melahirkan dengan idea segar, berani dankadangkala bersifat agresif.

Saudari-saudariperwakilan sekalian,
REVOLUSI MINDADAN RASA

86. Dalampolitik hari ini, perubahan bukan lagi bersifat pilihan, tetapi kewajipan untukmemastikan Puteri terus relevan dan kekal diperlukan. Puteri akan bertindakmenjadi wadah politik yang menggerakkan perubahan sendiri. Malah, Puteri bukansahaja akan menyokong agenda perubahan Parti, bahkan akan menjadi agenperubahan yang bertindak sebagai perintis dan pemula untuk sesebuah pembaharuandilaksanakan. Puteri akan tampil sebagai satu sayap yang berani meneroka jalanrevolusi, istiqamah merangsang inovasi dan agresif mencipta transformasi.
Saudari-saudarisidang perwakilan sekalian,
87. UMNOparti kita, parti ini telah membela nasib nenek moyang kita, kalau kita baculdan pengecut, kita yang sebenarnya membunuh hak anak- anak dan cucu-cucu kita.Selepas ini, tidak akan ada lagi nada-nada sumbang yang menuduh Puteri ibarat “Belumbergigi tapi sudah hendak mengunyah”. Suara-suara ini adalah lambang ketidak yakinanmanusia-manusia sekeliling akan kemampuan Puteri, kononnya kita masih muda,lemah dan tidak berupaya melakukan transformasi.

Kita akan buktikan, kita bukan sahaja sudah bergigi,bahkan kita sudah bertaring tajam untuk membaham lawan seperti Harimau Mudamembaham sayap Garuda.Pastinya kita sudah mampu mengaum, menyusup rasa ngeridan gerun pihak lawan, membangkit rasa kagum pada kawan.

88. Atasroh itulah, Puteri dengan tegas menentang budaya politik kotor pembangkang,atau siapa sahaja yang berjuang atas wadah memecahbelahkan bangsa dan agama.Kita tak akan jual agama kita untuk kedudukan politik kita, kita tak akan lacurmaruah bangsa kita untuk cita-cita peribadi kita, kita tidak akan bunuh darahdaging kita untuk lunaskan nafsu serakah pangkat dan darjat kita. Sampaimatipun kita percaya “matlamat tidak menghalalkan cara.”

Kita akan gunakan politik untuk kukuhkan agama danbukannya seperti mereka yang gunakan agama untuk kukuhkan politik. Menggunakanpolitik untuk mengukuhkan agama adalah nikmat, dan menggunakan agama untukmengukuhkan politik adalah sesat.

89. Revolusimental ini juga mahukan aras fikir politik yang lebih rasional. Kita tak akanberjuang dengan cara menghina orang lain, menggelar orang lain, mengutuk oranglain, memalukan orang lain, membuka pekung orang lain kerana itu semua politikmanusia yang tiada agama dan tidak bertamadun. Puteri perlu sentiasa beringatdengan Firman Allah dalam ayat 11 Surah Al Hujurat iaitu ;

Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah sesuatu puak dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puakyang lain, kerana mungkin puak lelaki yang dicemuhkan itu lebih baik daripadamereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh danmerendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkanitu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaibansetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satudengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Maka, amatlah buruknya sebutan namafasik sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripadaperbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim.”

90. Tafsirandari ayat ini secara jelas dan terang membawa maksud Islam sentiasa menentangdan tidak menghalalkan budaya menghina dan mencaci sesama saudara. Kita diutuske dunia untuk berbaik-baiksesama umat dan bukan bongkak berlagak hebat. Kitapercaya, Allah meletakkan darjat paling atas manusia yang berjuang denganhikmah kebijaksanaan dan wasilah keikhlasan.
Saudari-saudarisekalian,
91. Saya sedar, hari ini, kitabelum cukup kuat untuk membina rasa.Rasa kebersamaan, rasa kekitaan, rasaukhwah yang harus menyubur dalam jiwa rakyat terhadap setiap apa yangkitajuangkan. Kerena itu asas kepada revolusi rasa adalah wasilah keihklasan. Hanyamelalui perjuangan yang ikhlas rakyat akan lebih dekat dengan apa yang kitajuangkan seperti mana dekatnya awan dengan hujan, pasir dengan debu dan apidengan abu. Maka benarlah apa yang pernah di katakan dalam sebuah falsafahInggeris, “People will forget what you said, people will forgetwhat you did, but people will never forget how you make them feel.

92. Selaridengan kehendak perubahan ini, asasnya adalah kita sedia untuk berubah danterbuka untuk diubah. Sampai bila kita hendak menyalahkan pihak lain yangmemerli sinis, sedangkan di dalam kita bersarang antagonis, sampai bila kitahendak menuduh orang lain menyebar fitnah, sedangkan dalam kalangan kita memangada penyebar barah, sampai bila kita hendak melenting geram, sedangkan kitapunya kawan yang menikam dalam diam.

93. Puteripasti bertindak mewujudkan budaya politik berpengaruh secara berhemah danberhikmah. Kerana itu, yang akan menjadi prioriti adalah persoalan jasa danbakti dan bukanlah populariti. Semangat setiakawan akan ditafsir semula danditerjemah ke dalam setiap amal tindakan dan takkan berakhir sebagai satu impiantanpa perlaksanaan. Puteri akan muncul sebagai sebuah organisasi yang tidakhanya menukar kulitnya untuk kelihatan cantik, membikin teruja dan sedapdipandang mata. Apa yang lebih penting, Puteri akan mengubah ramuan intinyaagar menjadi lebih sempurna dan merangsang rasa terkesima kerana kehebatandalamannya.

Saudari-saudari sekalian,
PENTASKELAHIRAN PEMIMPIN
94. Setiapdaripada kita adalah khalifah yang diutuskan Allah ke muka bumi untuk menerokaikehidupan dan membina keamanan. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah AlBaqarah Ayat 30
إِنِّيْجَاعِلٌفِيالْأَرْضِخَلِيْفَةًقَالُوْاأَتَجْعَلُفِيْهَامَنيُفْسِدُفِيْهَاوَيَسْفِكُالدِّمَاءَوَنَحْنُنُسَبِّحُبِحَمْدِكَوَ
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dibumi".Mereka bertanya; "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendakmenjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu danmensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apayang kamu tidak mengetahuinya"

95. Ayatini secara jelas menyeru kita untuk lebih memahami peranan manusia sebagaikhalifah yang Allah utuskan di atas muka bumi ini. Justeru, setiap daripadaahli Puteri perlu untuk sejujurnya memahami perjuangan mereka menyeru kepadajalan keamanan dan kemakmuran dalam membela agama dan bangsa, sudah punbermula.

Kita mahu setiap daripada ahli Puteri sedar, bukan hanyaapabila menyandang pangkat dan kedudukan, sebaliknya apabila kita telahmenyertai Puteri, maka di tangan kita tergenggam amanah untuk berkhidmat kepadarakyat dan membawa perubahan kepada umat. Setiap ahli Puteri adalah pemimpinkepada masyarakat dan pemimpin yang punya wasilah keikhlasan dan memimpindengan hikmah kebijaksanaan.

96. Berkiblatkanprinsip inilah, Pergerakan Puteri akan menjadi pentas untuk melahirkanpemimpin-pemimpin wanita muda yang penuh kaliber, energetik, terampil dankarisma. Itu adalah matlamat sebenar yang ingin digapai melebihi kecenderunganuntuk melahirkan pengikut yang hanya akan mengikut dengan membuta tuli.

97. Kitamahu mencetuskan fenomena di mana Puteri akan menjadi wadah melahirkanpemimpin-pemimpin muda yang bakal membawa perubahan kepada landskap politik negara.Kelahiran pemimpin hebat di dalam Puteri mampu membuka perenggu mindamasyarakat dan mengasak perubahan demi perubahan sehinggakan sayap Wanita UMNOpun tidak sabar menunggu Puteri beranjak menyertai mereka. Dan pada akhirnya ,orang akan berkata, disinilah tempat khalifah muda dilatih dan dilahirkan.

98. PergerakanPuteri akan memastikan setiap ahli dilatih untuk memugar idea segar dan lebihagresif dan tidak kekal konservatif.Kita tidak mahu melahirkan pemimpin danpengikut yang tidak mampu maju ke depan dan melakukan pembaharuan. Keranaperjuangan yang hebat bukan mencari pengikut tetapi mencari penentang untukidea itu berdiri dengan lebih berprinsip.

Pemimpin-pemimpin puteri tidak seharusnya takut denganpenentang atau ahli yang berbeza pendapat, kerana perbezaan boleh menjadikankita semakin hebat dan kuat, serta dapat mengenal siapa diri kita yang sebenar.Percayalah, meraikan perbezaan dengan mengiktirafnya adalah azimat dalammencari yang terbaik untuk membentuk prinsip dan pegangan perjuangan. Cumaasasnya hanya satu, kematangan.

99. Justeru,menjunjung aspirasi melahirkan pemimpin yang matang dalam berfikir dan petahdalam berhujah, maka Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mohon mencadangkanpendekatan-pendekatan berikut ;

100.Pertama,satu usaha yang bersungguh-sungguh pada setiap peringkat kepimpinan parti perluuntuk diberi pendedahan tentang kemahiran berfikir, berhujah dan berucap denganmatang melalui siri bengkel latihan yang istiqamah.
101.Kedua,menyediakan lebih banyak pentas yang mampu mengasah kemahiran berpidato danberdebat dalam kalangan ahl,i baik dalam bentuk pertandingan mahupun forum danperbincangan umum dengan dikoordinasi oleh pakar dalam bidang oratori.

102.Ketiga,mengumpulkan seramai mungkin ahli yang berkebolehan untuk diketengahkan sebagaipemidato parti dan diberikan latihan yang komprehensif dan intensif. Merekaakan dibekalkan dengan kronologi jawapan bagi setiap isu dan cara menanganinyauntuk di bawa ke akar umbi, dan disampaikan agar rakyat jelas terhadap sesuatuisu yang timbul.

103.Kitasudah buktikan pada rakyat, yang kita memang boleh bekerja dan berkhidmat.Justeru, kita juga perlu punya kebolehupayaan untuk berucap dan sampaikansecara berkesan setiap aspirasi kita. Puteri percaya, sudah sampai masanya kitabetul-betul serius dalam melahirkan pemimpin yang mempunyai kemahiranpengucapan awam yang bagus. Jika tidak, kita akan terus kebelakang dandibelasah dengan pelbagai isu tanpa ada yang berani bangun mempertahankanprinsip dan pendirian. Akhirnya kitalesu dan dilihat lemah, kecundang dalam berjuang kerana kita punya mulut tapitidak punya suara.

Saudaridan saudari,
104.Menjadijurucakap kerajaan adalah tugas, namun menjadi jurucakap rakyat adalah amanah.Puteri perlu bertindak memperjuangkan isu rakyat secara keseluruhan dan tidakterbatas isu dalam kalangan wanita dan anak muda semata-mata.Setiap ahli Puteriperlu pergi mencari dan bertindak sebagai penyiasat masalah, bukan menunggumasalah datang diadu dan dilapor oleh rakyat.Puteri perlu menyuburkan rasakebersamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat kerana rakyat perlu rasamemiliki Puteri, dan tidak memandang mereka sebagai kumpulan eksklusif danelitis yang sukar didekati. Kita perlu menjadi pejuang setiap isu rakyat yangbermula dengan isu kampung, nasional hingggalah isu antarabangsa.
105.Menyedariakan kepentingan itulah, Puteri turun ke bawah, mengenal pasti masalah danmembantu sehabis daya tanpa mengira warna bendera. Bantuan Puteri tak pernahkenal siapapun mereka, kerana setiap rakyat adalah tanggungjawab kita. Programkita merentas pelbagai golongan dan kelompok sasaran. Dalam aspek pendidikan,kita laksanakan English On Wheel,sebuah program yang memberi pendedahan penguasaan Bahasa Inggeris kepada kanak-kanakmelalui pendekatan yang lebih praktikal. Kita anjurkan Barber On Wheel dan program BackTo School, bagi mengurangkan beban pelajar kurang berkemampuan dalammenyiapkan persiapan persekolahan. Kita juga anjurkan Gerak Iqra’ sebagai usahapermulaan untuk membina asas agama yang kuat pada generasi masa hadapan.Pelbagai lagi program yang telah Puteri laksanakan termasuklah kepada golonganwarga emas dan generasi muda dan tak sempat untuk saya senaraikan semuanyadisini. Semuanya membawa satu makna, kita gunakan wadah perjuangan ini denganwasilah keikhlasan demi memberi keselesaan kepada rakyat.

Saudari-saudarisekalian,
106.Kitabukan seperti Pakatan Rakyat, yang seringkali gemar meraih royalti politikmurahan. Mereka bilang pada rakyat, ambillah RM 100 yang kerajaan beri untukbantuan persekolahan pada setiap pelajar, tetapi apabila pilihanraya, pangkahmereka. Biarkan mereka terus dengan kebodohan mereka dan saya percaya rakyattidak sebodoh mereka. Rakyat sedar kerajaan buat semua ini kerana satu sebab,kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat.

107.Puteriakan menjadi contoh teladan, contoh pemimpin yang diidamkan. Puteri akanmenginjak jalan,dari timur ke barat, utara ke selatan, Berpanas berembunmahupun berhujan, Biar kulit dibakar panasnya bahang mentari, biar jasadkesejukan dihurung hujan tak berhenti. Demi rakyat, Puteri akan turun kesegenap penjuru, dari Johor hingga ke Kedah, Dari Selangor hingga ke Sabah.Semua negeri akan kita jelajah, menziarahi rakyat demi menabur khidmat.
Saudari-saudariperwakilan sekalian,
108.Pemahamanperjuangan hanya kerana warisan perlu dikikis dan dihapuskan.Kita harusmengubah persepsi, bahawa kita berjuang semata-mata kerana perjuangan inidiwariskan oleh nenek moyang. Kerana jika itu yang menjadi pegangan, kitasebenarnya menanam jauh di lubuk hati rasa terbeban dengan perjuangan tanpakeikhlasan. Kita tidak berjuang hanya kerana Dato Onn dahulu berjuang, hanyakerana Tunku Abdul Rahman dulu berjuang, hanya kerana Tun Abdul Razak duluberjuang. Atau kita tidak berjuang hanya kerana siapa sahaja sebelum kitapernah berjuang. Kita tidak berjuang semata-mata kerana cerita sejarah tentangsiapa yang memulakan perjuangan merdeka, tetapi kita berjuang keranatanggungjawab untuk mengisi dan mempertahankannya.

109.Benar,perjuangan parti ini adalah perjuangan nenek moyang. Benar, perjuangan partiini adalah perjuangan yang diwariskan. Namun adalah jauh lebih benar,perjuangan ini perlu lahir kerana kesedaran, lahir kerana rasa kasih dan sayangdan lahir kerana kecintaan yang sangat dalam.

Biar kita berhujankanbatu dan bukan emas permata, biar peluru selaksa mendendam liar ke rusuk jiwa, Bangunlah, selagi kita sedar dimana kita berada, biar siapapun kita. Sayap Puteri diKuantan atau Sandakan, sayap Puteri di Jelutong atau Lenggong, sayap Puteri diAlor Setar atau Kuala Kangsar, sayap Puteri di Dungun atau Jerlun, sayap Puteridi Arau atau di Keningau. Di manapunletaknya sayap-sayap Puteri ini.

Di manapun letaknya saya, anda dan kita semua. Ingatlah,kita berpijak di atas bumi yang sama, kita berbumbung di bawah langit yangserupa. Kita berpayung di bawah Parti pusaka, yang kita cinta sampai bila-bila.

Adik-adikPuteri yang saya kasihi sekalian,
110.Kitatidak akan gerun walau diancam segenap penjuru. Semalam, kita pernah sakitdilontar batu. Hari ini kita yang ramai menjadi kuat, menjadi satu. Keranaitulah hari esok, kita tak pernah takut walau berdepan hujan peluru. Puteri tidak lut dengan sebarang ancaman. Puteri sudah kebal daripadasebarang serangan. Puteri sudah diasap dengan semangat dan diseru denganazimat. Tuhan bersama kita, walau siapapun musuh di depan, walau apapunhalangan yang datang, kita takkan bacul dan lari dari medan perjuangan!
Srikandi pejuang bangsa sekalian,

PERANG PILIHANRAYA UMUM 13

111.Detik ini, kaki kita sudah berpijak di atastanah sempadan, menunggu masa melangkah ke medan perang yang pastinya menggila.Saat ini, degup jantung sedang berdetap kencang, menunggu semboyan dibunyikan.Ingat, panji sudahpun berkibar, sudah sempurna bilangan panah, busur danpedang, perisai juga sudah di badan. Bersiap siagalah kuda dan semua balatentera kerana bila-bila masa sahaja, gendang perang akan dipalu, teriak jihadakan berseru, tentera berkuda dengan gagah meluncur laju. Pastikan tanah airini kekal di tangan para pejuang. Pastikan tanah tumpah darah ini tidak jatuhke tangan petualang!
112.Siapkangerombolan tentera kita. Cukupkan pedang, busur anak panah dan kuda. Kubu danpanji juga jangan sesekali kita lupa. Pedang kita adalah lidah yang diasahhujah. Tajamkanlah, agar setiap fitnah dan tohmah akan kita patahkansehabisnya. Busur dan anak panah adalah mata dan telinga kita. Panahan yangmerentas medan penuh pancaroba. Pastikan kita melihat saujana dan mendengarteliti setiap denyut nadi dan kehendak marhaen yang kita sayangi.

Menjuarai hati rakyat bererti selangkah memenangi perangini. Baju perisai kita adalah akhlak dan peribadi. Jadilah pahlawan yang menangbersahsiah atau sekurang-kurangnya syahid bermaruah. Jangan gadaikan akhlaksemata-mata mengejar nikmat dunia sementara. Ingatlah, perteguh dan kukuhkankubu kita iaitu minda. Jangan biar pemikiran dan prinsip diceroboh. Sekaliditembus fitnah dan ada yang haluannya berubah, maka kubu akan goyah, seluruhpasukan akan rebah.

Paling penting, pertahankan panji kita. Panji adalah jiwakita. Jiwa kita adalah satu-satunya UMNO, tiada dua atau tiga. Jangan sesekalipanji dibiar gugur ke bumi walau berpisah pedang dari tangan, walau bercerainyawa dari badan. Kita tak rela panji ini dibakar atau dikoyak, dihina ataudipijak. Panji ini adalah semangat kita, panji ini adalah nyawa kita, panji iniadalah maruah kita. Kita akan julang panji ini sampai bila-bila!

113.Marikita Imbas kembali lakaran sirah sewaktu PerangUhud berlaku. Ketika pasukan Islam hampir menang peperangan, ahli pemanahmeninggalkan bukit Uhud kerana rakus mengejar harta rampasan perang. ArahanNabi dilanggar sewenang-wenangnya hanya kerana ketaksuban mengejar harta dunia.Pasukan pemanah yang mulanya bersatu, meninggalkan hanya 9 pemanah di atasbukit itu.

Akhirnya, musuh mengambilkesempatan atas kealpaan dan kelalaian tentera Islam. Hati sedih dan sayu,baginda Nabi sendiripun cedera parah bermandi darah dan 9 pemanah lagi syahidterkorban. Tentera Islam akhirnya kalah dalam perang yang sepatutnya kitamenang. Ini kisah yang terlukis di atas lantai sirah yang sepatutnya menjadicermin melihat dan menilai diri.

Sirah ini mengajar kitauntuk sentiasa mematuhi arahan dan kehendak ketua dan dalam konteks kita, Y.A.BPM adalah jeneral perang yang mesti ditaati setiap bait arahannya. Malahjanganlah rakus mengejar kemewahan dan kesenangan dunia hingga mengabaikanperjuangan sebenar untuk kemenangan satu pasukan. Ingat, kalaupun kita mewah didunia ini, belum tentu kita akan merasa nikmat yang sama di negeri abadi.

Pejuang-pejuang ikhlasadalah mereka yang kita cari yang digemari rakyat dan disenangi rakan. Ingat,jangan pernah tinggalkan rakan sepasukan biar apapun yang terjadi. Kita mestikekal bersatu, walau jalan yang bakal kita tempuh pastinya penuh liku. Hanyayang cekal dan setia, akan kekal berjuang demi agama, bangsa dan negara.Siapapun yang akan dipilih oleh jeneral perang sebagai ketua angkatan perang,dalam konteks kita sebagai calon pilihan raya. Sokong dan berkerjalah untukkemenangan bersama.

114.Peperanganpilihanraya ke 13 boleh berlaku bila-bila masa sahaja daripada sekarang.Pilihanraya ini bakal menjadi pilihanraya paling sengit dan mencabar dalamsejarah Malaysia. Ini bukan lagi sekadar pilihanraya. Tetapi inilah peperanganyang akan menentukan jatuh bangun sebuah perjuangan. Inilah peperangan yangakan menentukan masa depan sebuah kerajaan, menentukan kelestarian tamadun yangselama ini kita bina dan agungkan.

Kalah pilihanraya ini bukan sekadar membawa makudkalahnya parti kita. Tetapi kekalahan iniakan menjadi asbab matinya seluruhperjuangan, dan kita pasti akan dikuburkan di pusara yang tidak akan lagidikenang. Jangan sampai hari esok, anak cucu kita yang menjadi mangsa kerakusanmusuh-musuh yang gilakan kuasa, datang ke kuburan kita, kencing danmenghamburkan maki hamun kerana kegagalan kita mempertahankan hak mereka.

115.Peperanganini, adalah peperangan seluruh jentera parti. Peperangan untuk setiap sayap dansetiap ahli. Jadilah seperti Khalid Al-Walid, kerana sifat iri dan dengkirakan, beliau menjadi mangsa yang dilucutkan jawatan sebagai ketua angkatanperang. Tetapi kerana kecintaan kepada perjuangan dan taatnya kepada ketua,beliau tidak pernah lari dari medan perang dan tetap sama-sama berjuang.

Kalaupun kita tidak dilantik sebagai calon, janganjadikan alasan untuk sabotaj atau jatuhkan rakan sepasukan, kerana kekalahanrakan sepasukan adalah kekalahan parti secara keseluruhan. Contohilah sepertiSaidina Hamzah, yang mempertahankan Rasulullah hingga ketitisan darah yangterakhir. Inilah contoh individu yang sanggup mempertahankan ketua dan wadahperjuangan kerana kecintaan yang mendalam. Beliau sanggup mati demimempertahankan kepercayaan yang ada. Adakah masih wujud insan sebegini dalamkalangan kita?

116.Pesananuntuk semua terutamanya Puteri, menjelang pilihanraya, kita menantikankelahiran lebih ramai pejuang tegar seperti Isteri Yasir, Sumayyah, individuyang berani menyatakan perkara hak dan sanggupmempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian perjuangan.

Kita juga ingin melihat munculnya lebih ramaiRabiatul Adawiyah yang menolak tawaran harta dan kemewahan dunia kerana percayahabuan besar menanti di syurga.

Puteri juga perlu jadi seperti Mashitah,penyisir rambut anak Firaun, yang tidak takut dengan sebarang ancaman keranakecintaan kepada Tuhan. Maka jangan kita takut kepada sebarang ancaman,cintailah perjuangan kita ini dan berniatlah ikhlas kerana Tuhan.

117.Biarkan saja darah suci ini menyiram bumikerana kita tahu ini peperangan mulia pejuang-pejuang yang berani. Mari kitagempur kita perangi kita tempur kita serangi. Perang ini perang kita, perangini kitalah pemenangnya!
Sidangperwakilan sekalian,
118. Kitaadalah jaguh rakyat, pejuang rakyat. Sakit rakyat sakit kita. Demam rakyatdemam kita, risau rakyat juga risau kita. Tidur Puteri dan rakyat sebantal,kita berkongsi mimpi indah dan ngeri bersama. Untuk setiap lena malam yangdiragut dek titis-titis hujan, kerana tiris atap, atau kerana lubang-lubangkecil pada papan-papan dinding kayu. Untuk setiap telapak tangan yang semakinkasar atau sendi-sendi badan yang kian longgar, kerana rutin sukar mencarisesuap rezeki.

Semua perit, jerih rakyat marhaen ini, biar Puteri rasa,biar Puteri perjuangkan sehabis daya. Puteri hendaklah menjadi tulang belakanguntuk transformasi politik yang dicadangkan Y.A.B Perdana Menteri, kerana, kitamelihat politik bukan sahaja sebagai wadah untuk memperkasakan rakyat, tetapijuga untuk pemimpin memperbaiki diri. Puteri datang daripada rakyat, dan kepadamerekalah Puteri akan kembali menabur khidmat kerana kita percaya, perjuangankita adalah tentang wadah, wasilah dan hikmah.

119.Cubalahtanya dan renunglah ke dalam diri. Saat Islam diperlakukan seperti kambinghitam, kuda tunggangan dan pertaruhan politik murahan. Akhirnya yang dihina, yangdicerca, yang ditertawa itu apa? Agama kita.

Ketika hakbangsa kita, ketuanan kita, dijual dandijadikan modal politik celaka mereka.Akhirnya yang dipijak, yang disepak, yangditerajang itu siapa?Bangsa kita.

Saat Sultan dihina penderhaka, perlembagaan dicabutpasaknya, pengkhianat bermaharajalela menjaja cerita.Akhirnya denganperlahan-lahan yang dibunuh, dikapan, dan ditalkinkan itu apa?Negara kita.

120.Makabangunlah srikandi–srikandi pejuang bangsa, bangkitlah dengan semangat waja danpenuh setia. Kalau panji perjuangan kita dikoyak dan panji kita dibuang, siapayang akan kutip, yang akan bangun dan kibarkan panji kita semula? Orang ituadalah PUTERI.

121. Kalau satu hari nanti UMNO dipijak, UMNOdihina dan UMNO dikutuk, siapa yang akan bangun mempertahankan UMNO? PUTERI

122.Kalaubangsa kita dicabar, yang akan berada di barisan depan, berani bersuara, beranibertindak dan berani tegakkan kebenaran dan orang bertanya, itu siapa? PUTERI.

123.Jikaada yang berani menghina hak Melayu, mempertikai hak Melayu, mempermainkanIslam, mempersenda undang-undang dan mencabul perlembagaan, yang akhirnyabangun dan tegar menentang itu siapa? PUTERI.

124.Danseandainya ditakdirkan yang tinggal hanya seorang saja untuk pertahankan Islam,pertahankan UMNO, dan pertahankan Malaysia daripada menjadi hamba musuh danpetualang, danitu siapa? PUTERI.

Makabenarlah apa yang terpantul pada cermin sejarah dari kisah 3 Puteri yang saya angkat menjadi mukaddimah.

HangLi Po, sebagai lambang wadah penyatuan bangsa.
Balqis teladan wasilah keikhlasan.
Retno Dumilah petanda kebijaksanaan adalah satu hikmah.


Akhirnya, ingatlah! Semalam adalah perjuangan nenek moyang kita, hari ini perjuangan kitadan esok adalah perjuangan cucu cicit kita. Dengan wadah perjuangan yang kitaada, suburkan wasilah keikhlasan dan terokailah hikmah kebijaksanaan. HanyaAllah jua yang mengetahui segalanya.

Wabillahiltaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Sekian, terima kasih.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN