Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, February 28, 2013

Laporan Polis @PRDMsia dibuat RezqeenHill susulan kes ugut dari samseng PR #TolakPR #BN4WP @NajibRazak

Kedua² pihak saling tuduh menuduh siapa samseng politik. Jangan cakap orang UMNO yang samseng tapi hakikat sebenarnya penyokong² PR jauh lebih samseng dan merbahaya kepada rakyat Malaysia. 

Malam tadi, dunia bloggers Pro BN dikejutkan dengan ugutan bunuh terhadap sahabat perjuangan media maya blogger REZQEEN HILL. Beliau diugut tembak oleh seseorang yang menggunakan nama Shah Ridzal Ibrahim dan bersama² rakan subahatnya Mohammad Saiful Bin Mansur dan Azizul Bin Mamat.

Bukan sengaja membesarkan cerita tetapi hal yang berlaku hari ini amatlah berlainan dari sebelumnya. Lihat di bawah laporan Polis yang dibuat semalam.
Berikut nama² yang dikesan daripada perbualan dalam Facebook milik Mohammad Saiful Bin Mansur.

Mohammad Saiful Bin Mansur

Tak yah cerita banyak, tengok saja apa komennya di laman Fb. Semua amarahnya kepada kerajaan dilepaskan tetapi gambar yang dikesan menunjukkan hal sebaliknya. Katanya tak mendapat apa² daripada kerajaan UMNGOK UMNO tetapi padahalnya di sendiri telah mendapat sumbangan daripada kerajaan BN.

Saiful juga telah meletakkan link rujukan gambar siapa pemilik Fb Rezqeen Hill dengan niat tidak baik dan  mengancam untuk menyebarkan sms alamat rumah Rezqeen Hill kepada rakannya yang lain atas tujuan yang tidak baik juga.

Rujuk sini.

Azizul Bin Mamat
Budak Melayu yang bermasalah di Bandar Tun Razak, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia lah individu yang bertanggungjawab memotong dan mensabotaj bendera serta banner milik UMNO dan BN di sana.

Pernah mengeluarkan kenyataan kononnya dia dilahirkan untuk menghapuskan UMNO dan masa yang sama memperjuangkan Hudud PAS. Terbaru, dia tetap masih menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun mengutuk keras kerajaan BN hari ini.

Azizul juga berniat tidak baik dengan mengancam keselamatan abang Rezqeen Hill seperti dalam komennya, lihat di bawah.
Untuk kedua² lelaki di atas ni terdapat 1 persamaan mereka iaitu alamat tempat tinggal dan tempat mengundi. Lihat di bawah.

Shah Redzal Ibrahim


Lelaki ini mengakui akan menembak Rezqeen Hill kerana bercanggah pendapat di dalam laman Facebook milik Saiful. Kerana pendapatnya disanggah, maka dia bertindak mengajukan ancaman akan mencederakan dan menembak Rezqeen Hill.

Satu laporan Polis telah dibuat terhadap ketiga² lelaki di atas. Pihak Polis sedang mengawasi pergerakan mangsa, Rezqeen Hill dan akan bertindak terhadap suspek jika mangsa cuba diapa²kan.

Kepada pejuang media maya dari kedua² belah pihak.

Perkara begini tidak harus terjadi kerana ianya lebih kepada hormat menghormati pendapat peribadi untuk menyampaikan maklumat dan mengetengahkan rasa ketidakpuasan hati. Soal dan isu ugut mengugut sebaiknya tidak patut berlaku. Kerana dalam hal ini, tiada siapa yang untung serta rugi kerana di pengakhiranya sekali, rakyat akan tetap memilih parti mana yang terbaik untuk mereka. 
 
 
Sumber : Bersih3Suku

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, February 27, 2013

HOT!!!! Samseng PR Ugut Blogger Rezqeenhill #1Malaysia #tolakPR



Inilah wajah-wajah sebenar penyokong PR di Malaysia. Semakin hampir pilihanraya semakin terserlah wajah sebenar mereka. Pembaca nilaikanlah sendiri penyokong yang macam mana mereka ni. Lihatlah bahasa yang digunakan disepanjang komen-komen mereka. Inikah  hasil didikan PR kepada mereka selama ini? Mencarut, maki hamun dah macam zikir pulak dah.





Samseng dan mafia pun rupanya ada dikalangan penyokong PR ni. Lihatlah printscreen di bawah ni. Mereka ugut blogger Rezqeenhill. Siap sebarkan gambar dan alamat blogger tersebut. Pembaca baca dan nilaikanlah sendiri.Orang macam ni ke yang akan menjamin Malaysia ni aman di bawah pemerintahan PR? Tak suka dengan seseorang tak perlu tunggu polis. Pergi je cari orang tu kasi tembak je.....lain-lain belakang cerita.





UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, February 26, 2013

Manifesto Pakatan Rakyat Adalah #Manifesto Bukan Janji So Tak Perlu Tunai Pun Takpe







Analisis awal intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :

1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!

2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Hapus dan Batalkan AES
Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!

6) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

7) Turun Harga Kereta
Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR! Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?

Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........

Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, February 25, 2013

Anak @Anwaribrahim sibuk ajak Raja Nong Chik berdebat #tolakPR #tolakfitnah




Baru-baru ni Nurul Izzah hantar surat cabar Dato Raja Nong Chik berdebat. Walaupun dah banyak kali Dato Raja Nong Chik dah banyak kali cakap dia lebih suka membantu rakyat dari buang masa berdebat dengan Nurul Izzah, tapi Nurul Izzah tak reti-reti bahasa jugak. Dia masih lagi kemaruk nak berdebat dengan Raja Nong Chik.

Terkini, Nurul Izzah dah siap pasang banner di seluruh Lembah Pantai war-warkan kononnya debat dia dengan Dato Raja Nong Chik akan diadakan pada 24 Februari ni.

Hek eleh, gila bayang ke kau Nurul? Orang dah kata tak nak, kau pulak yang beria-ia sampai setkan tarikh sendiri.

Kau ni macam perempuan kena reject lah Nurul. Orang lelaki dah kata tak hingin, kau pulak yang gila bayang sampaikan setkan tarikh perkahwinan sendiri. Lepas tu kau pasang banner merata-rata ajak orang datang kenduri, siap hantar kad jemputan kahwin lagi! Bak kata pepatah, macam perigi cari timba. Lagi satu pepatah yang sesuai, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!

Yang kau beria-ia sangat nak berdebat ni mengapa Nurul?

Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil berkata, “Walaupun cabaran ini telah ditolak sebelum ini, cabaran itu dikemukakan semula berikutan dakwaan Raja Nong Chik bahawa Nurul Izzah tidak menunaikan tanggungjawabnya di Lembah Pantai.”

“Nurul Izzah kononnya tidak membawa apa-apa kebaikan dan pembangunan kepada Lembah Pantai. Dakwaan ini sangat serius kerana YB Nurul Izzah sebenarnya telah banyak berjasa kepada Lembah Pantai.”

Bila perkara ni diajukan media kepada Dato Raja Nong Chik untuk ulasan, mudah sahaja jawapan Dato Raja Nong Chik.

“Kalau betul dia banyak berjasa untuk Lembah Pantai, senaraikan jasa-jasa yang pernah dia buat. Kita bandingkan dengan khidmat saya kepada penduduk Lembah Pantai. Tak perlu nak debat-debat. Biar penduduk Lembah Pantai sendiri bandingkan sumbangan saya dan Nurul Izzah dan buat pilihan sendiri di peti undi.”

Betul juga cakap Dato Raja Nong Chik tu. Kalau setakat nak banding jasa, tak payah debat, senaraikan je semua jasa-jasa kau. Print risalah dan sebarkan kat semua orang. Lepas tu penduduk boleh bandingkan sendiri jasa kau dengan jasa Dato Raja Nong Chik.

Pasal apa kau tak nak buat macam tu Nurul? Haaaa, jawapannya mudah je, sebab dia memang tak pernah buat jasa di Lembah Pantai. Apa yang dia tahu buat ialah lempar fitnah, curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik dan cuba halang usaha baik yang di bawa oleh Dato Raja Nong Chik.

Tak percaya? Boleh baca sendiri macam mana Nurul Izzah cuba halang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi dan juga macam mana Nurul cuba curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik di Pantai Permai. Ni baru sikit je aku senaraikan.



Aku pun hairan juga bila Nurul Izzah merengek kononnya tak dapat liputan media untuk menjawab dakwaan Dato Raja Nong Chik. Habis tu media pro-pembangkang kan banyak yang suka buat liputan pasal kau, tiap-tiap hari ada berita pasal Nurul Izzah dalam Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today dan macam-macam lagi! Tu belum ambil kira media parti pembangkang macam Harakah, Suara Keadilan, Selangor Times dan Roketkini. Blogger Pakatan pun ramai. Dalam akhbar Sinar Harian pun kau ada ruangan tetap. Tak cukup liputan lagi ke?

Jadi bila kau merengek kononnya tak dapat liputan media, nampak sangat kau ni kaki temberang.

Nasihat aku kat kau Nurul, dari buang masa merengek nak berdebat, baik kau gunakan masa yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat. Contohilah Dato Raja Nong Chik. Sampai PRU nanti rakyat sendiri akan nilai kau ni memang berjasa atau cuma pandai cakap tapi tak tahu buat kerja!

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Pok Nik kena sound dengan Pengerusi UMBWP




Keceluparan mulut Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menggelar penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan ternyata sekali tidak sopan dan tidak berilmu. Bagi seorang pemimpin Islam yang dihormati dari sekelompok pihak yang menganggap dirinya umpama ulama Islam adalah tidak boleh diterima.

Kecetekan akal seorang pemimpin yang hanya menggunakan Islam sebagai landasan politiknya amatlah dikesali kerana kecendurangan dirinya menggelarkan rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai binatang.

Menurut Pengerusi Unit Media Baru Wilayah Persekutuan (UMBWP) Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii, beliau amat kesal dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat seakan cemburu terhadap penerima BR1M dan beliau menegaskan seharusnya Nik Aziz mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat kerana negara sudi berkongsi hasil kekayaan (pendapatan) negara bersama rakyat.

Tindakan menyamakan penerima BR1M dengan binatang adalah satu bentuk tindakan protes daripada Menteri Besar Kelantan yang cemburu tidak dijemput sebagai penyampai bantuan tersebut kepada rakyat Kelantan. Untuk info, penyerahan BR1M hanya disampaikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) atau ADUN BN atau Pengerusi Penyelaras BN di sesuatu tempat saja.

Razlan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh juga turut mengaitkan keikhlasan kerajaan negeri dan kerajaan sedia ada hari ini. Dalam manifesto Pakatan (tipu) Rakyat sebelum memenangi Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, mereka telah berjanji pelbagai perkara termasuklah memberikan bantuan sebanyak RM600 kepada ibu tunggal di Selangor. Namun setelah hampir 5 tahun menerajui Selangor, kerajaan Pakatan gagal mengotakan janji tersebut. Berlainan pula dengan kerajaan sedia ada hari ini yang tidak menjanjikan BR1M dalam manifesto PRU yang lepas tetapi telah menyediakan dan memperuntukan jumlah tertentu untuk meringankan beban rakyat.

Menurut beliau lagi, pemberian pelbagai bantuan hari ini bukti kerajaan BN ikhlas berkongsi bersama dan membangun bersama rakyat selain dari pembangunan dan sosio ekonomi negara masih tetap diteruskan secara pesat.

Satu nasihat yang turut disampaikan beliau kepada sebilangan rakyat yang gagal meyakini kerajaan BN hari ini adalah pastikan kerajaan Pakatan tunaikan janji² mereka terlebih dahulu sebelum membezakan janji² kerajaan BN.





SP: 84% rakyat Kelantan berpendapatan bawah RM3,000.00 dan negeri Kelantan juga antara penerima BR1M yang tertinggi tahun 2012. Mungkin Pok Nik bengang sebab Kerajaan dah bantu rakyat negeri Kelantan maka undi untuk Pas pun mungkin akan banyak hilang.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, February 21, 2013

Nik Ajis Kata Penyokong Pas Lagi Hina Dari Lembu Sebab Terima BR1M? #tolakPR #Tolakfitnah





Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah.   Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan. 

Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV,  “Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.  Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami.  Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil.”

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga.  Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat. 

Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka.   Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M?  Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk  berbuat demikian. 

Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang.  Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.   

Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.  

Menyediakan wang tunai ‘percuma’ kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan. 

Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.  

Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak.  Ada yang miskin dan ada yang kaya.  Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang.   Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti.    Adajuga  yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi. 

Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak. 

Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M.   Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan.   Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya. 

Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu.   Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu. 

Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan  kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara. 

Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya.   Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri. 

Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula? 

Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam…. 

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN