Followers
Untuk Makluman
Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.
Thursday, September 13, 2007
Monday, September 10, 2007
MALAM GEMA ASLI PEMUDA & PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT
Makan malam anjuran Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Segambut telah diadakan baru-baru ini bertempat di Ballroom 2, Hotel Corus. Tema bagi majlis yang julung-julung kali diadalakan ini adalah tradisional. Objektif makan malam ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli pemuda dan puteri UMNO.
Tetamu Kehormat pada malam itu ialah YB Senator Dato' Kamarudin Ambok, Ketua UMNO Bahagian Segambut dan juga isterinya, Datin Norliana Alias.
Para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh Kumpulan Tarian dari Flat PPR Intan Baiduri dan juga persembahan nyanyian oleh Juara Idola PPW Pemuda, Mohd. Azmira dan Naib Juara Idola PPW Puteri, Herta.
Cabutan bertuah juga diadakan dan hadiah utama bagi cabutan bertuah pada malam itu adalah tiket penerbangan ke Medan, Indonesia yang telah di taja oleh Hj Kamarudin Hj Hassan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segambut dan juga penginapan 3H2M di Kuantan Resort yang telah ditaja oleh Kumpulan Rahman Brothers.
.
Friday, September 7, 2007
Perjuangan Yang Belum Selesai
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang
membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesaikerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996
Subscribe to:
Posts (Atom)