Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, September 23, 2015

CINA DAP BIADAP & RACIS DI TESCO KEPONG


Puak puak ni makin rasa besar kepala sekarang ni. Belum jadi kerajaan lagi dah tunjuk betapa racisnya mereka ini terhadap kaum lain. Terang terangan mengaku yang dia seorang yang Racis. 

Inilah berkat asuhan pemimpin DAP terhadap pengikut mereka. Adakah DAP ini contoh yang baik yang patut kita angkat sebagai pemimpin? Tepuk dada tanya selera. 

Cerita selanjutnya di SINI






UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, September 9, 2015

Berikutan Lebih 6 Laporan Polis Ketua Pemuda Wilayah Bakal disiasat di bawah Akta Hasutan? #IniBaruPemuda



Pembangkang Semakin Ketakutan Menjelang Tarikh 16 September 2015
Pembangkang semakin hari semakin kian dihimpit ketakutan apabila orang-orang Melayu semakin berani bersuara mempertahankan hak di bumi bertuah ini.
Hari ini apabila kita bercakap mengenai hak Melayu, kita akan dituduh sebagai perkauman dan menghasut. Jika orang Cina DAP bercakap mengenai isu yang serupa, mereka seolah-olah kebal dan terhindar daripada undang-undang.
Saya telah dipanggil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan berhubung laporan Polis yang dibuat terhadap saya.
Lebih 6 laporan Polis dibuat terhadap saya berdasarkan berita yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini & Malaysia Gazette berkaitan himpunan 16 September ini.
Pihak PDRM menegaskan akan menyiasat saya dibawah akta hasutan kerana dikatakan menghasut orang-orang Melayu untuk turun beramai-ramai pada 16 September ini.


Namun perlu saya tegaskan di sini bahawa saya bukan penganjur ataupun jawatankuasa dan saya tidak tahu siapa dan apa yang ingin direncanakan pada himpunan 16 September 2015
Apa yang saya tahu adalah maklumat himpunan ini disebarkan melalui aplikasi WhatsApp & Facebook.
Namun ingin saya maklumkan kepada semua bahawa saya bersama rakan-rakan akan turut serta pada himpunan 16 September ini bagi menunjukkan kesetiaan kita sebagai rakyat tetap dan masih terus utuh bersama kerajaan.
Saya percaya demokrasi perlu didokong dengan sepenuhnya. Jika BERSIH memilih untuk turun ke jalanan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tetapi kita juga akan turun ke jalanan bagi menunjukkan rakyat masih sokong kerajaan.
Untuk perhatian penganjur Bersih 4.0, saya orang Melayu dan sebagai rakyat Malaysia telah beri kerjasama penuh kepada pihak PDRM. Mengapa anda masih belum berbuat demikian?
Ini tanah tumpahnya darahku !!

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

9 September 2015

SP: Jangan lupa saksikan rancangan SOAL JAWAB malam ini di TV3 bersama Ketua Pemuda Wilayah mengupas isu Bersih 4.0.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Sunday, September 6, 2015

Tahniah Pemuda UMNO WP!!! #WilayahkuCeria #IniBaruPemuda





Melalui mesyuarat-mesyuarat cawangan Pemuda UMNO di seluruh Wilayah Persekutuan, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) menerima dan mengangkat usul mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini untuk dibawa ke peringkat seterusnya.
Alhamdulillah dengan pengumuman yang dibuat oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan hari ini, ianya umpama menjadi satu detik manis dan terindah dalam perjuangan seluruh ahli PPUWP.
Mewakili PPUWP saya mengucapkan tahniah dan syabas buat sahabat-sahabat yang mengusulkan cadangan ini di peringkat cawangan.
Mungkin kewujudan MRSM ini bukan untuk kita (Pemuda) tetapi ianya mungkin untuk kegunaan anak-anak, saudara mara dan barangkali untuk adik-adik kita suatu hari nanti.
Inilah perjuangan yang boleh dibanggakan oleh sekalian ahli-ahli Pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan demi kepentingan anak bangsa. Maka diharapkan semangat perjuangan ini terus dikekalkan oleh ahli-ahli Pemuda UMNO Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk masa depan generasi akan datang.
Mewakili PPUWP, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Ismail Sabry kerana meluluskan permohonan kami dan mendengar suara hati anak-anak Wilayah Persekutuan.

MOHD RAZLAN RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

6 September 2015


SP: Tahniah Pemuda UMNO WP. 1 lagi usaha yang murni demi masa depan anak anak bangsa.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN