Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.
Showing posts with label Segambut. Show all posts
Showing posts with label Segambut. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Haram Jadah Punya Penyamun. Meter Air Pun Nak Curi ke? @JDB27 @limlipeng


Terdesak betullah korang ni kan. Sampai meter air pun korang nak rembat. Menyusahkan orang betul. Tak pasal2 pagi ni takde air. Kejadian kali kedua kecurian meter air di kawasan Apartment Taman Sejahtera. Kejadian berlaku tengah malam tadi dan hanya disedari pagi tadi oleh penduduk di situ.


Banyak sangat kes kecurian di kawasan ni. Kes curi motor, curi kereta, kes pecah rumah, curi minyak motor dan macam2 hal lagi. Apa yang YB Segambut boleh bantu? Takkan nak buat tak tau je kot? Undi nak tapi bila kawasan ada masalah tak datang jengah pun. Double standard ke YB ni?




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, April 18, 2012

Segambut Banjir Kali ke 2 Dalam Tempoh Tak Sampai 2 minggu - @JDB27 @limlipeng @princeszfionna



SP tumpang simpati dengan nasib penduduk-penduduk di Kampung Segambut Bahagia, Segambut kerana masalah banjir yang semakin kerap kebelakangan ini. Menurut salah seorang penduduk di kampung tersebut yang juga merupakan mangsa banjir menerusi perbualan telefon bersama SP sebentar tadi, kejadian banjir ini semakin kerap berlaku berikutan daripada masalah perparitan yang teruk daripada kawasan pembinaan berhampiran kawasan perumahan mereka.



Menurut beliau lagi dalam tempoh tidak sampai seminggu telah berlaku 2 kali kejadian banjir dan menurut beliau kejadian sebentar tadi lebih tinggi paras air yang naik berbanding kejadian hari Khamis yang lepas. Beliau merayu kepada pihak-pihak yang berwajib agar dapat membantu menyelesaikan masalah yang menghantui mereka sejak tahun lepas lagi.



Gambar di bawah ni pulak keadaan jalan raya di hadapan rumah SP selepas hujan lebat selama 2 jam petang tadi. Dah tak boleh nak beza jalanraya dengan sungai.









UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Saturday, February 18, 2012

Terima Kasih BN - BR1M Segambut



''Terima Kasih..''

Itulah ucapan yg didengari sepanjang berlangsungnya penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Parlimen Segambut.




Bagi sesetengah orang, ucapan tersebut mungkin perkara biasa tetapi bagi petugas-petugas yg menjayakan penyampaian BR1M, ucapan itu merupakan penghargaan yg paling berharga diterima.

Ucapan yg sama juga pernah didengari oleh pengundi-pengundi selepas Pilihanraya Umum 12, iaitu kemenangan wakil rakyat Parlimen tersebut iaitu Lim Lip Eng dari DAP.




Semenjak daripada itu, HARAMMM nak nampak batang hidung dia di kawasan Segambut yg terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu dan India.

Tmn Tun Dr. Ismail dan Damansara juga termasuk dalam Parlimen Segambut. Maka tidak hairanlah mengapa si Lim Lip Eng mengabaikan kawasan Segambut.

Mungkin juga beliau ingin menjaga orang-orang yg berpengaruh di kawasan high class level di TTDI @ Damansra dan mangsanya masyarakat majmuk yg berpendapatan sederhana di Segambut dibiarkan begitu saja tanpa pembelaan.

Cerita Menarik & Panas

Ada sepasang suami isteri mengaku diri mereka berstatus Tan Sri dan Puan Sri dengan angkuhnya memotong barisan penerima RM500 (baucar kpd cash).

Dengan poyonya berkata, dia datang utk ambil bagi pihak ibunya di rumah yg tak larat nak datang.

Huhu soalnya, adakah si ibu tersebut menanggung segala isi rumah? Walaupun anaknya tersebut berstatus Tan Sri? Hehe..tamak.

Begitulah ragamnya BR1M.

Di penghujung cerita, of kos lah UMNO dan Barisan Nasional yg akan memperjuangkan dan membela nasib rakyat di mana-mana saja. Kalo tidak BN yg tolong, PAS atau PKR ker nak tolong?

Undi Pakatan, UMNO Buat Kerja.


BN Bagus !~



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, January 4, 2012

PROGRAM BACK TO SCHOOL PERINGKAT PUTERI UMNO WP





Program Back To School peringkat Pergerakan Puteri UMNO WP telah berlangsung pada 29hb Disember 2011 bertempat di Dataran PPR Sri Semarak. Di dalam program ini seramai 100 orang pelajar yang terdiri daripada anak yatim, kurang berkemampuan telah menerima sumbangan pakaian persekolahan, kasut, beg dan peralatan tulis. Bantuan telah disampaikan oleh Cik Huzry Fionnawatty Hussein, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.








UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, February 23, 2010

JUARA RAKYAT


Assalamualaikum Wbrt dan Selamat Sejahtera kepada semua warga Puteri UMNO Bahagian Segambut.

Bagi pihak UMNO Bahagian Segambut, saya mengundang semua Ahli Puteri UMNO Bahagian Segambut untuk hadir beramai-ramai ke program JUARA RAKYAT BULAN KEBAJIKAN pada butiran seperti berikut;

Tarikh : 27hb Februari 2010
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Medan Letak Kereta, Masjid Abdul Aziz, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.


Aturcara program adalah seperti berikut:


8.30 pagi - Ketibaan para tetamu dan hadirin

9.00 pagi - Ketibaan tetamu kehormat dan majlis perasmian dimulakan
i) Lagu Negaraku dan 1 Malaysia
ii) Bacaan doa
iii) Ucapan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
iv) Ucapan Ketua UMNO Bahagian Segambut
v) Ucapan tetamu kehormat

10.00 pagi - Tetamu kehormat menyampaikan bantuan untuk warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya.

- Aktiviti gotong-royong, pameran, demonstrasi dimulakan.

10.30 pagi - Tetamu kehormat di bawa ke melawat 5 buah rumah warga emas dan OKU di Kampung Sungai Penchala.

11.00 pagi - Tetamu kehormat di bawa melawat program gotong-royong.

12.00 tengahari - Aktiviti pentas dan pameran oleh Jabatan Kerajaan, parti komponen Barisan Nasional Segambut dan NGO

1.00 petang - Upacara penutup dan bersurai


Kepada semua Ketua ketua Puteri Cawangan diharap akan dapat menyalurkan maklumat tentang program ini kepada ahli-ahli puteri di cawangan masing-masing.

Terima kasih.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN