Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, July 28, 2008

Terkini - Mesyuarat Puteri Cawangan

Semalam (27hb Julai 2008), 2 Mesyuarat Puteri Cawangan telah selamat dijalankan. Ahli-ahli Puteri UMNO Cawangan Flat Taman Sejahtera masih mengekalkan ketua puteri yang lama iaitu Puan Norshaliza Mat manakala Puteri UMNO Taman Tun Dr Ismail telah memilih Ketua Puteri yang baru iaitu Cik Zakiah Hanim.

Tahniah kepada semua yang telah dilantik dan teruskan dengan usaha untuk menyemarakkan lagi Puteri UMNO Bahagian Segambut.

Mesyuarat-mesyuarat Puteri Cawangan yang akan datang :-

a. 30hb Julai 2008 (Rabu) - Puteri Cawangan Kg Sg Jerneh

b. 1hb Ogos 2008 (Jumaat) - Puteri Cawangan Kg Benteng

c. 3hb Ogos 2008 (Ahad) - Puteri Cawangan Kg Sg Udang

Sila ambil perhatian dan kemaskini jadual anda.

Terima kasih.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, July 22, 2008

MESYUARAT PUTERI CAWANGAN

Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan FLAT TAMAN SEJAHTERA pada 27hb Julai 2008 pukul 3.oo petang di Dewan Sivik Taman Sejahtera.

Sila ambil perhatian.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Sunday, July 20, 2008

MESYUARAT PUTERI CAWANGAN

Tahniah kepada 4 Cawangan Puteri yang telah selesai bersidang semalam (19hb Julai 2008). Masing-masing Cawangan Kg Segambut Dalam, Sri Hartamas, Kg Segambut Luar dan Taman Sri Segambut.

Tahniah untuk Nik Farina (Ketua Puteri Sri Hartamas), Rozianita Rahim (Ketua Puteri Kg Segambut Dalam) dan Intan Haniza (Ketua Puteri Kg Segambut Luar) yang baru dilantik dalam Mesyuarat Puteri Cawangan masing-masing semalam manakala Siti Aisyah Che Pi masih mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Puteri Taman Sri Segambut.

Diharap dengan perlantikan ketua puteri yang baru ini akan dapat memberi nafas baru kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut khasnya dan puteri cawangan amnya.

Selamat bersidang juga untuk Puteri Cawangan Penchala Link yang akan bermesyuarat pada petang ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan mengikut tatacara persidangan.






UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, July 16, 2008

PERUBAHAN TARIKH MESYUARAT PUTERI CAWANGAN

Tarikh terbaru Mesyuarat Puteri Cawangan Sri Hartamas pada 19hb Julai 2008, 8.00 malam bertempat di Bazaar Fusion Cafe, Taman Tun Dr Ismail.

Sila ambil perhatian.

Terima kasih.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, July 14, 2008

Menarik dari BLOG

Wilayahkini juga ingin mengegur beberapa pergerakan bahagian di WP yang mempunyai laman blog tetapi amat sayang sekali " terbengkalai" begitu lama. Mungkin pergerakan Puteri lain dapat mencontohi Pu3 Segambut - www.segambutprincess.blogspot.com - Syabas dan teruskan usaha anda ! Emel atau sampaikan laporan terkini di bahagian masing - masing.Wilayahkini akan menyiarkanya demi tatapan bersama !!




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, July 9, 2008

Perubahan Tarikh, Masa dan Tempat Mesyuarat Puteri Cawangan

Terdapat sedikit perubahan yang melibatkan tarikh, masa dan tempat persidangan bagi Puteri UMNO Cawangan Taman Sri Segambut dan Cawangan Kg Segambut Luar.

Bagi Puteri UMNO Cawangan Kg Segambut Luar, tarikh mesyuarat telah ditukar daripada 20hb Julai 2008 ke 19hb Julai 2008, pukul 3.00 petang bertempat di Dewan UMNO Kg Segambut Luar. Manakala Puteri UMNO Cawanagn Taman Sri Segambut pada 19hb Julai 2008, pukul 8.00 malam bertempat di Dewan UMNO Taman Sri Segambut.

Sebarang perubahan bagi lain-lain mesyuarat puteri cawangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semoga mesyuarat berjalan dengan lancar dan mengikut garis panduan perlembagaan Puteri UMNO.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut mengucapkan SELAMAT BERSIDANG.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Saturday, July 5, 2008

INFO SIHAT


Epal sumber serat, cegah pembentukan kolesterol

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@nstp.com.my



Ramai tidak sedar atau ketahui sumber vitamin C terdapat paling banyak di bawah kulit buah.

SEBIJI epal merah menyala bukan saja memukau pandangan malah mudah membuat seseorang itu terliur. Bukan saja warna dan penampilannya yang kelihatan menyelerakan, epal selalu mengingatkan kita pada ungkapan sebiji epal sehari mengelak dari penyakit(an apple a day keep the doctor away).

Walaupun masih belum dapat dipastikan sebiji epal boleh membantu anda sihat tetapi ia menjadi permulaan yang betul untuk sihat. Epal rendah kalori dan mudah ditemui, selain enak dijadikan snek sihat mengisi menu anda.

Sebenarnya, tiada siapa tahu tempat asal sebenar epal dengan tepat, tetapi ramai percaya ia datang dari kawasan antara Laut Caspian dan Laut Hitam. Malah, ada bukti sisa fosil epal ditemui dalam tasik zaman pra sejarah di Switzerland. Ia menunjukkan manusia sudah menikmati epal sejak 750,000 tahun lalu. Malah, epal adalah buah-buahan kegemaran pada zaman Greek purba dan Rom.


Epal diperkenalkan di Amerika oleh pendatang yang membawa benih epal bersama mereka. Rekod di

Massachusetts Bay Company melaporkan epal ditanam di New England seawal 630.

Malah, epal muncul dalam pelbagai tradisi agama dan selalunya dirujuk sebagai buah yang mistik dan terlarang. Zaman dahulu sukar untuk membezakan epal dengan buah-buahan lain sebab itu epal digunakan merujuk kepada semua buah-buahan termasuk kacang dan beri.

Dari sudut kesihatan, epal adalah sumber serat yang mudah dilarut. Ia membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah sekali gus mengurangkan risiko masalah jantung. Bagaimanapun, pada masa yang sama epal adalah sumber serat tidak mudah larut, membantu salur usus membersih dan membuang makanan dengan pantas melalui sistem pencernaan.

Hampir separuh kandungan vitamin C pada sebiji epal berada di bawah kulitnya. Malah, sel kulit epal juga membentuk lebih banyak aroma dan rasa. Justeru, epal bagus dimakan dengan kulitnya sekali.

Sejarah epal yang panjang menyaksikan hari ini terdapat tidak lebih daripada 7,500 jenis epal diusahakan. Setiap jenis hanya sesuai ditanam di negara atau lokasi tertentu berdasarkan suhu dan cuaca.

Selain rasa, tarikan pada sebiji epal juga bergantung kepada kulit dan baunya. Bagaimanapun, rasa epal tidak bergantung pada warnanya. Kadangkala epal yang berwarna merah terang juga tidak sesedap mana.

Satu ketika dulu, bentuk epal tidak sama bulat dan berkulit kasar. Ia juga mempunyai tekstur dan warna yang pelbagai. Bagaimanapun, epal jenis ini dikatakan lebih sedap tetapi kerana masalah komersial seperti mudah diserang penyakit dan busuk untuk proses penyimpanan dan pengangkutan ia tidak begitu popular di pasaran.

Kebanyakan epal yang ada di pasaran sekarang adalah epal jenis baru dan lebih manis, seperti yang boleh ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Ada juga epal yang diusahakan hanya untuk masakan seperti pie epal dan untuk membuat cuka epal. Bagi epal yang dijual di pasaran Asia, selalunya epal manis dengan rasa berasid.

Secara umum, kualiti sebiji epal boleh dibahagikan kepada dua faktor tekstur dan rasa. Seperti juga rasa dan jenis yang pelbagai, epal juga memiliki pelbagai nama dan jenama. Antara yang popular Washington Apple yang ditanam di Washington.

INFO: Khasiat sebiji epal

  • Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.

  • Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah

  • Membantu kesihatan membran paru-paru

  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang

  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah

  • Membantu mengekalkan berat badan

    FAKTA

  • Sekurang-kurangnya 55 juta tan epal ditanam di seluruh dunia pada 2005 dengan nilai sekitar RM33 juta. China menghasilkan 40 peratus daripada jumlah itu, diikuti Amerika (7.5 peratus) dan selebihnya dari Turki, Perancis, Itali dan Iran.

    Di Amerika, lebih daripada 60 peratus epal yang dijual secara komersial ditanam di Washington State. Ia menerima saingan hebat daripada epal New Zealand dan beberapa negara lain.




  • Sumber : Berita Harian ONLINE
    UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

    Friday, July 4, 2008

    Menarik Dari Akhbar

    Politik Anwar hancur Melayu

    Oleh Rafidah Mat Ruzki

    SHAH ALAM: Politik baru yang dibawakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah satu konsep yang akan hanya mengancam kemakmuran dan keselamatan negara selain menjurus kepada kehancuran masyarakat Melayu.

    Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, berkata politik berbilang kaum yang dibawa PKR itu sebenarnya cuma memadam semangat dan prinsip perjuangan pengasas negara ini.

    "Atas nama politik baru, berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya ia adalah politik yang cuba memadamkan asas (yang dibawa) bapa-bapa perjuangan negara," katanya selepas ceramah bertajuk Politik Baru di seminar pemantapan anjuran Umno Selangor yang dihadiri 100 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di sini, semalam.

    Mohamad Ezam berkata, konsep pelbagai kaum yang cuba dibawa PKR kini sebenarnya sudah lama diperkenalkan dan menjadi asas yang dibawakan pengasas negara ini.

    Katanya, walaupun generasi sekarang boleh melakukan perubahan, ia tidak bermakna perubahan itu perlu melanggar semua asas sudah disediakan.

    "Kita tidak boleh berkompromi apabila ia melanggar garisan (asas) yang dibentuk pengasas negara. Setiap negara mempunyai pengasas. Macam manapun kita cuba membuat perubahan, kita tidak seharusnya melanggar asas yang sudah ditetapkan itu," katanya.

    Sementara itu, di KUALA LUMPUR Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Washington tidak berhak menegur undang-undang negara ini kerana Amerika Syarikat (AS) sendiri tidak mengikut undang-undang dunia apabila melakukan pencerobohan terhadap Iraq dengan menggunakan alasan palsu.

    Beliau berkata, tindakan Washington cuba campur tangan dalam urusan negara ini dengan membuat kenyataan berunsur amaran berhubung dakwaan terbaru kes liwat membabitkan Anwar, amat tidak wajar.

    "AS tidak punyai hak moral untuk menegur kita mengenai soal undang-undang kerana mereka sendiri melanggar undang-undang dunia dengan penjajahan ke atas Iraq menggunakan alasan palsu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    "Ia langsung tidak mengejutkan saya kerana sebelum ini juga Jabatan Negara AS memberi RM122 juta kepada Foundation of The Future yang diterajui Anwar," katanya.

    Isnin lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas Washington dan menegaskan tindakan negara itu yang mahu menentang sebarang siasatan atau pendakwaan terhadap Anwar atas alasan kononnya tuduhan itu bermotif politik, adalah prejudis terhadap sistem perundangan negara ini.

    Sementara itu, Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju berkata, semua ahli dan Majlis Seni Bela Diri Negara (Marcil) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan AS yang cuba campur tangan hal ehwal negara ini.

    "Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan bertamadun, tidak sepatutnya negara kuasa besar seperti AS bertindak sedemikian kerana kita mampu mentadbir negara sendiri,"katanya.


    Sumber : Berita Harian ONLINE





    UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

    SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN