Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, May 29, 2014

Raja Dr. Nazrin Shah Dimasyurkan Sebagai Sultan Perak Yang Baru




Daulat Tuanku!

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, hari ini telah dimasyurkan sebagai Sultan Perak ke-35.

Istiadat Pertabalan telah diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Perak Darul Ridzuan sebentar tadi.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, May 28, 2014

DYMM Sultan Azlan Shah Mangkat. Al Fatihah

surat_al_fatiha.gif (1600×1080)


Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izudin Shah telah mangkat sebentar tadi. 




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, May 19, 2014

Suara Dyana Sofea Adalah Suara DAP @emysamsudin @haryatyhamdzah #PRKTelukIntan #MediaSosialPuteri #BN4TelukIntan


Penamaan calon dh selesai. 

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi pada PRK itu. 31 Mei 2014 - tarikh penentu #PRKTelukIntan .....

Datuk Mah (DM) merupakan calon terbaik.

1. DM : Berpendidikan, berpengalaman, mempunyai track record yg baik. Beliau berpengalaman dlm pembuatan dasar negara & cukup bermanfaat buat pengundi Teluk Intan. Beliau memahami & mengenali sebahagian pengundi di Teluk Intan.

2. Kongsi kuasa - BN mengamalkn konsep kongsi kuasa. Semangat perkongsian kuasa ini adalah ramuan terbaik bg mencorak kepimpinan negara. Kita menjalani kehidupan pelbagai bangsa dengan harmoni & menjadi negara yg berjaya melalui kjsama ini.

3. DAP : pergunakan wanita muda melayu. Mereka pencatur segala agenda Dyana Sofia (DS). Apa yg disuarakan oleh DS adalah suara Lim Kit Siang/ DAP. DS x ubah spt kerbau yg dicucuk hidung... mengikut tuan yg memberi arahan.

DAP secara licik menghakis jati diri "Melayu" melalui pendekatan/ perjuangan chauvenis DAP disuarakn oleh Melayu! Di mana DS, di situ LKS ada... DS dikawal rapat oleh DAP.

4. Perjuangan konsisten vs perjuangan tanpa perpaduan :

Kesepakatan BN yg terjalin sejak sekian lama tidak boleh dnafikan. Komponen parti BN sentiasa bersama2 dlm suka & duka. BN x menawarkan sesuatu yg popular & tidak konsisten.

Manakala kesepakatan PR hanya bersatu dlm mengejar "kuasa". Dlm menangani isu, mereka berbeda2. Termasuk proses pemilihan parti sndiri x terurus dgn baik. Berisiko meletakkan perjuangan begini sebagai penentu masa dpn negara.

5. Si berusia yg bijak vs si muda yg cantik: Fizikal hanya luaran semata2. X perlu terpedaya. . . Nilaikan pd perjuangan, idealogi & kemampuan calon dlm memilih yg terbaik.

Moga Datuk Mah - BN dapat dinobatkan semula oleh pengundi Teluk intan bagi kerusi yg pernah diperolehinya sebelum ini.

Undi BN.. Itu yg terbaik.

Haryaty Hamdzah,
Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, May 15, 2014

RapidKL Sediakan Perkhidmatan Bas Percuma Untuk Warga Petaling Jaya #!Malaysia


Perkhidmatan bas PERCUMA baru diperkenalkan mulai hari ini di Petaling Jaya setelah Kuala Lumpur memperkenalkan bas berwarna ungu Go KL, lebih setahun yang lalu.

Inisiatif Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan sokongan padu Rapid Bus Sdn Bhd memperkenalkan PJ City Bus Percuma ini bertujuan untuk menghubungkan rangkaian stesen-stesen RapidkL LRT & KTM Komuter.

Objektif utamanya sudah tentu untuk mengurangkan kadar trafik yang saban tahun meningkat naik dan dalam masa yang sama memupuk rakyat untuk menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama ke mana-mana destinasi.




Baca selanjutnya di REZQEENHILL


SP: Satu lagi kemudahan yang disediakan oleh RapidKL untuk warga Petaling Jaya. 

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, May 14, 2014

Ahmad Said Kembali ke pangkuan UMNO?


PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.  Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini. 

Tengku Putera mengetuai 14 ADUN Terengganuu mengadakan sidang media itu selepas mengadakan pertemuan khas dengan Najib di Bangunan Perdana Putera, pagi ini.

Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Sumber: Berita Harian online

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Puteri Segambut Turun Bantu Penduduk #PuteriPrihatin #SegambutPrincess #P117

Berikut adalah gambar-gambar sekitar misi bantuan banjir Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut baru-baru ini. Lokasi ini adalah di Kampung Segambut Masjid. 

Puteri Segambut telah turun padang membantu membersihkan rumah penduduk yang terlibat di samping mengedarkan bantuan makanan. 




Tahniah buat Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut, Izwany Abd Malik serta barisan AJK yang telah bertungkus-lumus membantu penduduk. Semoga usaha seperti akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, May 6, 2014

Bujang Lapok Dalam Kenangan. Al Fatihah buat Seniman Negara, Datuk Aziz Satar #BujangLapok

Selamat jalan Pak Ajis. Kehilanganmu pasti akan menjadi satu lagi kehilangan terbesar kepada negara.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut turut berdukacita di atas kehilangan seorang lagi seniman terbilang negara. Datuk Aziz Satar telah kembali menemui PenciptaNYA jam 2.00 Pagi tadi di Hospital Kajang akibat sakit jantung.

Semoga roh Pak Ajis tenang di alam yang lain. Bujang Lapok hanya tinggal kenangan.

Al fatihah.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN