Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.
Showing posts with label puteri UMNO. Show all posts
Showing posts with label puteri UMNO. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Terima Kasih BN - BR1M Segambut



''Terima Kasih..''

Itulah ucapan yg didengari sepanjang berlangsungnya penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Parlimen Segambut.




Bagi sesetengah orang, ucapan tersebut mungkin perkara biasa tetapi bagi petugas-petugas yg menjayakan penyampaian BR1M, ucapan itu merupakan penghargaan yg paling berharga diterima.

Ucapan yg sama juga pernah didengari oleh pengundi-pengundi selepas Pilihanraya Umum 12, iaitu kemenangan wakil rakyat Parlimen tersebut iaitu Lim Lip Eng dari DAP.




Semenjak daripada itu, HARAMMM nak nampak batang hidung dia di kawasan Segambut yg terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu dan India.

Tmn Tun Dr. Ismail dan Damansara juga termasuk dalam Parlimen Segambut. Maka tidak hairanlah mengapa si Lim Lip Eng mengabaikan kawasan Segambut.

Mungkin juga beliau ingin menjaga orang-orang yg berpengaruh di kawasan high class level di TTDI @ Damansra dan mangsanya masyarakat majmuk yg berpendapatan sederhana di Segambut dibiarkan begitu saja tanpa pembelaan.

Cerita Menarik & Panas

Ada sepasang suami isteri mengaku diri mereka berstatus Tan Sri dan Puan Sri dengan angkuhnya memotong barisan penerima RM500 (baucar kpd cash).

Dengan poyonya berkata, dia datang utk ambil bagi pihak ibunya di rumah yg tak larat nak datang.

Huhu soalnya, adakah si ibu tersebut menanggung segala isi rumah? Walaupun anaknya tersebut berstatus Tan Sri? Hehe..tamak.

Begitulah ragamnya BR1M.

Di penghujung cerita, of kos lah UMNO dan Barisan Nasional yg akan memperjuangkan dan membela nasib rakyat di mana-mana saja. Kalo tidak BN yg tolong, PAS atau PKR ker nak tolong?

Undi Pakatan, UMNO Buat Kerja.


BN Bagus !~



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, February 16, 2012

Imam Muda Asyraff & Ustazah Sharifah Khasif gegarkan Orang Muda Segambut

Antara hadirin yang membanjiri ruang Padang Awam Taman SPPK Segambut sewaktu Forum Perdana


Wajah-wajah ceria Segambut Princess selepas selesainya majlis

Program Forum Perdana “Soal hati : Antara Tuntutan & Idaman” dibarisi penceramah-penceramah muda iaitu Imam Muda Asyraff dan Ustazah Sharifah Khasif. Moderator pada malam itu Puan Farah Deeba (Bekas pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O). Penonton bukan sahaja terdri daripada golongan yang berusia tetapi juga anak-anak muda, remaja, keluarga, ibu-bapa yang tidak berganjak dari kerusi masing-masing walaupun keadaan hujan yang renyai-renyai pada awalnya.

Ustazah Sharifah Khasif mempelbagaikan pengisian dengan memperdengarkan bacaan al-quran di tengah-tengah forum dengan penggunaan taranum yang meruntun hati penonton bersesuaian dengan gelaran beliau sebagai Juara Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa.


Walau tanpa kehadiran VVIP atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti yang dirancangkan pada awalnya namun kehadiran penonton melebihi 1,000 orang. Buat julung-julung kalinya juga forum malam tadi boleh diikuti secara langsung melalui laman web http://www.ustream.tv/channel/forum-perdana


Memetik sebaris ayat daripada Imam Muda Asyraff “Tak salah nak kahwin dengan suami orang hukum tak haram tapi fikir-fikirkan semula adakah perkahwinan itu akan sejuk mata selepas perkahwinan atau akan lebih menyakitkan”.

Sekalung tahniah buat warga kerja Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program ini. Begitu juga buat keluarga besar Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang telah sudi bersama-sama kami menjayakan program ini.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, April 4, 2011

JOM FUTSAL LAGI


Jom ramai ramai sertai Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia Piala Perdana 2011 anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Borang & syarat syarat pertandingan boleh didapati di blog futsal Puteri dan tarikh tutup penyetaan pada 21/4/2011.

Hadiah hadiah lumayan menanti anda

Tempat 1 - RM8000
Tempat 2 - RM5000
Tempat 3 - RM3000
Tempat 4 - RM1000
Tempat 5 - 8 - RM500
Tempat 9 - 16 - RM300

Bagi sebarang pertanyaan sila berhubung dengan
URUSETIA KEJOHANAN FUTSAL WANITA TERBUKA
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Suite 2, Aras 5, Menara Dato' Onn
PWTC, Kuala Lumpur
Tel : 03 40413900 Fax l 03 40413779


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, October 18, 2010

Belasungkawa

Belasungkawa buat AJK Puteri UMNO Bahagian Segambut merangkap Ketua Puteri Cawangan Kg Sg Jerneh, NoorAsharana Abd Malik di atas pemergian bonda yg tercinta pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka2 yg beriman dan beramal soleh. Seluruh Keluarga Puteri UMNOBAhagian Segambut turut berdukacita di atas pemergian beliau.


Al-fatihah.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN