Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Tuesday, July 31, 2012

Karpal Tidak Terima Hudud Kerana Kufur????? @umbkl

Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat - BeruangBiru




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, July 30, 2012

Tanda Putera Menghantui Parti Rasis DAP??? @umbkl @mediaumno


Filem terbaru arahan Shuhaimi Baba berjudul "Tanda Putera" yang bakal menemui para penonton dan penggemar filem sejarah pada 13 September 2012 akan mencetuskan satu fenomena baru dalam industri filem tanah air.

Ini kerana wujud manusia-manusia yang sudah mula rasa tidak senang dengan jalan cerita dan kebenaran yang akan ditayangkan kepada penonton september ini.Filem yang diadaptasi daripada peristiwa 13 Mei 1969 ini sangat penting untuk pengetahuan generasi pasca peristiwa berkenaan kerana kisah-kisah seperti ini jarang diwar-warkan kembali kerana takut wujud sentimen perkauman.


Tetapi ,melalui bahan sejarah seperti ini yang difilemkan kembali pasti akan membuka mata generasi Y ketika ini yang masih belum faham dan kenal perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan negara daripada diragut oleh pengkhianat-pengkhianat negara yang sangat rasis dan masih kekal dalam politk Malaysia sehingga kini.

Sekarang ini,2 pelakon berbangsa Cina yang terlibat dalam lakonan dalam filem ini sedang dikecam hebat oleh bangsa mereka sendiri dengan kata mereka sudah menjual maruah bangsa mereka sendiri dengan berlakon dalam filem ini.Kenapakah DAP tidak menerima ini sebagai satu fakta sejarah dan terus menafikan kebenaran ini??


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

King of Frog - Lajim Ukin @umbkl


Buruk sungguh pengkhianat Lajim ni! Sahler dia ni bukan jenis pemimpin yang boleh dihormati. Kalau anak jantan, bagi keputusan CLEAR lah. Jawatan Ketua Bahagian lepaskan, Pengerusi BN bahagian Beaufort ditanggalkan. Tapi sebagai MT UMNO tak lepaskan. Jawatan Timbalan Menteri tak nak lepas. Keahlian UMNO tak nak lepas?

Sah minta tindakan dilucutkan dan dipecatlah tu! Supaya dapat raih simpati rakyat Sabah. Kononnya Lajim dizalimi kepimpinan BN dan UMNO!


Cehhhh! Pengkhianat ini memang KING OF FROG. Sesuailah dia berkawan dengan KING OF DRAMA dan KING OF CELAKO


Yang ikut si katak ni, sah macam NYAMUK sahaja. Ikut bukan kerana perjuangan tetapi kerana terHUTANG BANTUAN. Nak tolak kang kena sumpah tak kenang budi.

Pu3 tak respect manusia macam ni. Dah berkemampuan ketika memegang jawatan. Naluri kata tk diberi lagi. Cepat sungguh tunjukkan rupa sebenar. Bukan pejuang untuk rakyat tapi berjuang untuk kekal dalam kedudukan.


SP: Berapa banyak habuan yang dijanjikan oleh orang tertentu? huhuhu.....tepuk dada tanya poket.....



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Blogger Pro BN Hentam @DrRaisYatim?????? @umbkl

Memang patut pun seorang Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia ni diBELASAH sekali sekala oleh pengamal media sosial samada pro BN mahu pun tidak.
Saya selaku blogger pro BN terpaksa melanggar prinsip dan etika blogger yang telah berjanji tidak akan menyerang mana-mana pemimpin parti BN. Saya berharap tindakan saya ini dimaafkan ;D

Tapi disebabkan rasa sakit hati ini yang mewakili banyak pihak daripada peringkat bawahan dan pertengahan yang terlalu kecewa melihat logo sambutan Merdeka tahun ini yang dilancarkan pada 16 Julai 2012 lepas.


Pertama, saya
MENYIRAP apabila logo tersebut seakan-akan papan tanda program larian merentas desa sekolah rendah. Semalam, Rais Yatim telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan logo tersebut merupakan logo tidak rasmi.

Ok fine, tidak rasmi.

So di mana pula logo rasmi sambutan hari Merdeka 2012 ??
Tengah bertungkus lumus nak siapkan ker atau dah siap tapi tengah pikiaq nak buat 2nd launching sambutan Merdeka?

Keduanya, saya rasa nak
MENCARUT dengan Menteri ini kerana disebabkan kelembapan dirinya untuk menangkis dan menjawab segala persoalan rakyat mengenai logo tersebut telah menyebabkan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi mangsa kecaman dan cacian pihak Pembangkang.

Apahal pulak tiba-tiba PM diheret sama dalam isu logo yang boleh dianggap terlalu remeh sangat? Sebenarnya memang PM dan Isteri tak patut diheret sama tapi perangai Pembangkang lahabau ni, memang kita tak boleh nak jangka.


Ketiga, saya cukup
YAKIN apabila YAB PM mewujudkan rangkaian media sosialnya sendiri dengan tujuan merapatkan jurang antara rakyat dan pemimpin negara. Saya sendiri telah melihat beberapa keberhasilan pemimpin negara dan parti menggunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk berhubung dengan rakyat di bawah.

Suka saya sebut beberapa nama pemimpin seperti Dato Seri Hishammudin Tun Hussein, Dato Seri Noh Omar, Datuk Seri Ismail Sabri, Dato Razali Ibrahim dan lain-lain lagi Menteri menggunakan twitter dengan baik sekali berhubung dengan rakyat.


Tetapi tweet saya kepada
Menteri PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN langsung tidak dijawab walaupun ianya sudah lama (kurang seminggu kot) ditweet. Saya sangat kesal, seorang Menteri yang diletakkan portfolio Menteri KOMUNIKASI gagal menguasai media ini sebaik mungkin.


 
Saya tidak meletakkan kesalahan ini 100% kepada Rais Yatim tapi apalah kiranya jika ada kelapangan, balas la tweet dari sebilangan rakyat marhein ini. Jangan pilih kasih membalas tweet tersebut.
 
 
Boleh ikuti cerita selanjutnya di REZQEEN HILL

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, July 27, 2012

UMNO Teruskan Tradisi Membela Rakyat @Rizalmanmokhtar #savewp

Apalah kiranya sedikit sumbangan daripada YAB Perdana Menteri (PM), Dato Seri Najib Tun Razak jika hendak dibandingkan dengan kesetiaan rakyat yang menyokong padu kerajaan Barisan Nasional (BN) dari dulu sehingga ke hari ini.


Kesetiaan rakyat menyokong penuh hasrat dan prinsip kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia amatlah dihargai walaupun sokongan tersebut tidak ditunjukkan secara terbuka. Berkat sokongan rakyat, kerajaan melalui Yayasan Sepakat Malaysia (MySepakat) telah melancarkan program Sumbangan Kasih Sayang PM yang bertujuan khas membantu mencari, mengambil maklumat golongan sasaran.


MySepakat dengan kerjasama Pemuda UMNO Bandar Tun Razak telah turun padang bersama² dari pintu ke pintu menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur untuk diserahkan kepada penerima yang dipilih melalui tinjauan dan kaji selidik yang dilakukan terlebih dahulu.


Antara penerima yang dikenal pasti adalah seperti ibu tunggal, ahli keluarga yang menghidap penyakit² kronik seperti kanser, parkinson dan sebagainya.

Apa yang diharapkan pada program kali ini ialah ianya berterusan dan bukan diadakan untuk waktu² tertentu sahaja. Kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) seharusnya dicontohi oleh semua pihak.


"Sumbangan kami ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga penerima.
"Ini adalah tanggungjawab kita selaku wakil kepada kerajaan Barisan Nasional hari ini. Melalui program sebegini, kita dapat mengenali masyarakat dengan lebih dekat dan mendengar isi hati mereka".

"Ini kerana maklumat yang dikumpulkan tersebut boleh disalurkan kepada kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Lembaga Zakat bagi mengenal pasti individu atau keluarga yang wajar dibantu secara berterusan".
-Datuk Rizalman Dato Mokhtar, Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak & Wilayah Persekutuan


Nota : Sumbangan Kasih Sayang PM ni merupakan sumbangan terus daripada Pejabat Perdana Menteri Malaysia kepada rakyat.
Buka laman Facebook MySepakat M'sia, klik sini.
 
Cerita Selanjutnya di SINI

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, July 26, 2012

Puteri Segambut Prihatin @MuhyiddinYassin @princesszfionna @segambutprinces @umbkl #savewp #BN4WP


Dua hari sebelum umat islam menyambut Ramadhan, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut telah mengadakan Program Jariah Ramadhan Siri 1. Program Jariah Ramadhan ini adalah kesinambungan Program Puteri Menyusur Akar yang telah dijalankan tahun-tahun sebelum ini.



Dalam Jariah Ramadhan Siri 1 ini, Puteri UMNO Segambut telah menziarah sebanyak 10 buah rumah di dalam Parlimen Segambut dan meyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur seperti beras, gula, susu, minyak masak, ikan, ayam dan lain-lain lagi bagi membantu meringankan beban keluarga ini untuk menyambut kedatangan Ramadhan.



Kriteria keluarga yang dibantu adalah yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah, ibu tunggal, anak2 yatim, warga emas, keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang sakit kronik dan juga orang kurang upaya.








Program Jariah Ramadhan Siri 2 bakal menyusul dan 10 buah keluarga lagi bakal menerima sumbangan baranga keperluan. Program ini adalah atas inisiatif Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut.

Kami berharap semoga lebih banyak lagi keluarga dapat kami bantu dan sekalgus memberikan sinar kepada mereka untuk menyambut Ramadhan dan Syawal.








SP: Bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan.




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Menanti Lebuhraya Rakyat

Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.

Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.
Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu?

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, July 25, 2012

[Kisah Benar]Rezeki Ramadhan Utk Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan. Terima Kasih DS @NajibRazak @umbkl #BNBagus

PM umum bonus setengah bulan gaji dgn bayaran minimum RM500 kpd penjawat awam & bayaran khas RM500 utk pesara kerajaan. Sure tersenyum lebar rakan2 kita yang berkhidmat di Sektor Awam apabila dengar pengumuman tersebut.

Alhamdulilah PM sangat prihatin dan memahami keadaan penjawat awam dan pesara. Nampaknya bolehlah raya sakan ye.


SP: Terima kasih PM. We love PM!!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

@NajwanHalimi Sakit Hati Tak Dapat Jadi Duta Jenama 1Malaysia @NajibRazak @umbkl

Nilah HERO baru Anugay lahirkan selepas Rafizi Ramli. Mamat Najwan Halimi bakal glemer lepas ni dan nampak gayanya memang itu tujuan mamat ni. Cari publisiti murahan. Mungkin beliau jeles dengan populariti dan perhatian yang Anugay bagi pada Rafizi.

Tapi yang sebenarnya apa yg SP nampak adalah mamat ni sbnrnya risau dengan populariti jenama 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh PM kita kalau tidak takkanlah dia boleh keluarkan statement bangang macam ni di Twitter miliknya.

Tahniah Datuk Seri Najib Razak. Jenama 1Malaysia telah berjaya buat puak2 ni panas pungkoq dan tak lena tido malam. Semoga Datuk Seri terus dapat ilham untuk wujudkan lebih banyak lagi Jenama 1Malaysia biar puak2 ni makin tak keruan.


SP: Lidah adalah antara penyebab manusia dihumban ke neraka. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis:

وهل يكب الناس علي وجوههم في النار الا حصائد السنتهم
 
"Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan mereka. dalam neraka?"


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, July 24, 2012

Nasrudin Tantawi Bohong ke Karpal Yang Bohong ni?? @umbkl


 
Nasrudin Tantawi kata Karpal Singh akan kompromi berkenaan perlaksanaan hudud di negara ini sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya. Mula2 SP terfikir gak agaknya Si Nasrudin ni dah lama bersahabat dengan Karpal Singh sampai boleh baca fikiran Godfather DAP ni tapi rupa2nya sangkaan SP meleset bila terbaca artikel dalam akhbar The New Straits Time (sila rujuk sini)




Pada saya, Nasrudin tidak perlu berbohong begitu pada golongan muda. Kalau benar tahu bahawa PAS tidak mungkin mampu melaksanakan hudud, usahlah kata PAS mampu.

Kalau DAP tidak akan sesekali bersetuju untuk laksanakan hudud dan PAS terpaksa tunduk “kowtow” pada kehendak “boss” mereka itu, Nasrudin perlu jelaskan mengenainya di hadapan golongan muda di program debat tersebut.

Tak perlulah Nasrudin menipu anak-anak muda kerana mereka memang tahu DAP itu “boss” kepada PAS,
kan?
 
 
Lagi cerita mengenai ini boleh rujuk di sini
 

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

PAS Buang Ulama Demi Jaga Hati DAP??? @umbkl



Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.

Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.

Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.

Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'.

Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.

Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi.

Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja.

PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci.

Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan.

Bagi PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Jasa @NajibRazak di Usia 59 Tahun @umbkl



YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.  

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan.  Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato’ Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya. 

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun. 

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana.   Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah. 

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak. 

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur. 

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini. 

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran.  Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara.  Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru. 

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995.  Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka. 

Jelas, jasa-jasa Dato’ Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya. 

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja.  Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong. 

Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan.  KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.  

Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup. 

Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan.  Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa. 

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa. 

Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi. 

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya.  Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih. 

Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang.  Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib. 

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan.  Dengan itu, kita mendoakan agar Dato’ Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat. 

Selamat Ulang Tahun, Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri yang dikasihi lagi dihormati!


Beruangbiru

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN