Followers
Untuk Makluman
Tuesday, June 12, 2012
Kesepakatan BN Terbukti Melalui Konsep Calon Boleh Menang
Saturday, May 12, 2012
Bukit Jalil Sesak Gara-gara #BNYouthJobFair2012 #UMNO66 @TengkuAdnanReal @UMBKL
Sekarang GR berada di Karnival Sambutan Ulangtahun UMNO 66. BN Youth Job Fair di sini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan walaupun ketika ini hujan lebat di sini.
Rata-rata pengunjung yang hadir mereka berkata program ini sungguh baik untuk mereka demi mencari pekerjaan yang baru dan boleh memperbaiki masa depan mereka dengan lebih baik. Tahniah GR ucapkan kepada Pemuda BN yang sentiasa mendengar masalah anak muda dan rakyat Malaysia serta menyelesaikan masalah mereka.
Ayuh kepada pembaca budiman diluar sana, datanglah beramai-ramai ke BN YOUTH JOB FAIR di Bkt Jalil ini, banyak peluang pekerjaan di sini baik dari agensi Kerajaan dan juga swasta...Sudah lebih 10,000 ribu yang datang...
Baca Selanjutnya di GOSSIP RAKYAT
Sunday, April 22, 2012
Lautan Orang Muda membanjiri Bandar Tun Razak #BNPilihanOrangMuda






Let's pictures do the talking :-)


posted from Bloggeroid
Wednesday, April 18, 2012
#BNPilihanOrangMuda: Puteri dan Pemuda UMNO WP Bakal Gegarkan BTR @Rosnah_ARS @KhairyKJ @rizalmanmokhtar @zauyah_74 @khalidibrahim

Program ini juga akan turut dihadiri oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaludin.
Semua rakan-rakan dijemput hadir bagi membuktikan sokongan kita terhadap Barisan Nasional.
Tuesday, April 3, 2012
PRU 13: BN Ada Peluang Menang Besar @NajibRazak @MuhyiddinYassin @AnwarIbrahim

Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah. Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.
Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri. Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara keseluruhan. Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan jawatan. Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit ‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana.
Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh. Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH. Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda pemimpin-pemimpin
Pakatan Rakyat dari segenap golongan sama ada yang bukan Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz mahupun yang digelar Imam Mahadi yang mana telah benar-benar meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sesak nafas. Selain itu, isu Anwar menyokong Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala. Dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan pula lagi satu bala. Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi diri sekali gus meraih sokongan rakyat. Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato’ Seri Najib yang amat memberangsangkan selama hanya 3 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang hampir pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang. Dalam ertikata lain, BN akan menang besar.
Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas. Ini bermakna pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan Kelantan selama 22 tahun. Namun, antara 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib dengan 4 tahun mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara. Selama 4 tahun, pembangkang jangankan dapat membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga tidak mampu ditangani seperti masalah pembuangan sampah dan bekalan air. Jika yang asas juga sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi? Berbanding dengan 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib, pelan transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan juga. Rakyat juga dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M, Dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7-13 peratus dan lain-lain lagi.
Golongan veteran juga tidak dilupakan melalui imbuhan RM3000 skim JASA Veteran. Beliau juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tidak cukup dengan itu beliau juga melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin. Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum. Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato’ Seri Najib selama tiga tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat. Jika dilihat dari skop yang lebih luas, pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang panjang melalui aspirasi 1 Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam NKRA, GTP, ETP mahupun NEM.
Berdasarkan kepada semua faktor di atas, kita pasti BN tidak akan ada masalah untuk menang besar dalam pilihanraya kali ini.
BeruangBiru
Thursday, March 29, 2012
Subsidi Kerajaan Mengutamakan Rakyat @NajibRazak #BNBAGUS
2. Bagaimanakah harga barangan di tetapkan dalam ekonomi bebas?
· Secara umumnya, harga barangan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara yang mengamalkan ekonomi bebas adalah ditetapkan berteraskan pada mekanisme faktor Permintaan dan Penawaran.(Rujuk carta Model Permintaan dan Penawaran )
4. Sekiranya harga pasaran dapat dikurangkan, maka barangan keluaran negara boleh di pasarkan dalam pasaran antarabangsa.Peningkatan pengeluaran juga akan membuka peluang pekerjaan. Kedudukan ekonomi ini akan membantu meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan dikalangan rakyat. Pelaburan akan bertambah.Sumber kewangan untuk negara meningkat (tax). Suasana sedemikian akan mempercepatkan ( triggers off ) pembangunan ekonomi negara.
KELEMAHAN PENINGKATAN SUBSIDI SECARA BERTERUSAN
· Tidak akan wujud peluang pekerjaan baru (No new employment opportunities)
· Kurang hasil negara (less revenue)
· Kekurangan hasil Negara akan menimbulkan kekurangan sumber kewangan untuk membiayai program –program pembangunan sosial seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya malah KEMAMPUAN KERAJAAN TERUS MENYEDIAKAN SUBSIDI.............selanjutnya baca di REZQEEN HILL
Saturday, February 18, 2012
BR1M Parlimen Seputeh P122






