Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk
rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan
keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam
Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga,
terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan
kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.
Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik
baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata
daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.
Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar
secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan
pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal
menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa
yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum
pencerobohan tersebut.
Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan
kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada
warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah
tersebut tercetus di Sabah.
Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau
cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara
mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman
pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media
Filipina?
Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat
bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya
berasas.
Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa
manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan
sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.
Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?
Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang
menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi
seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila
untuk berkuasa.
Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja
bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada
rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti
beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan
melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.
Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang
dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya,
lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan
pertumpahan darah di Lahad Datu?
Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja
yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.
Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian
kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.
Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu
bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin
parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu
bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan
bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam
UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.
Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang
tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia
kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi
menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa
kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat
kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan
HSBC.
Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam
wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang
besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang
jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk
melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua
pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah
seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya
tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang,
rasional, elegan dan bijak.
Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan
Nasional.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL