Baru-baru ni Nurul Izzah hantar surat cabar Dato Raja
Nong Chik berdebat. Walaupun dah banyak kali Dato Raja Nong Chik dah banyak
kali cakap dia lebih suka membantu rakyat dari buang masa berdebat dengan Nurul
Izzah, tapi Nurul Izzah tak reti-reti bahasa jugak. Dia masih lagi kemaruk nak
berdebat dengan Raja Nong Chik.
Terkini, Nurul Izzah dah siap pasang banner di seluruh
Lembah Pantai war-warkan kononnya debat dia dengan Dato Raja Nong Chik akan
diadakan pada 24 Februari ni.
Hek eleh, gila bayang ke kau Nurul? Orang dah kata tak
nak, kau pulak yang beria-ia sampai setkan tarikh sendiri.
Kau ni macam perempuan kena reject lah Nurul. Orang
lelaki dah kata tak hingin, kau pulak yang gila bayang sampaikan setkan tarikh
perkahwinan sendiri. Lepas tu kau pasang banner merata-rata ajak orang datang
kenduri, siap hantar kad jemputan kahwin lagi! Bak kata pepatah, macam perigi
cari timba. Lagi satu pepatah yang sesuai, hidung tak mancung, pipi
tersorong-sorong!
Yang kau beria-ia sangat nak berdebat ni mengapa
Nurul?
Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil berkata,
“Walaupun cabaran ini telah ditolak sebelum ini, cabaran itu dikemukakan semula
berikutan dakwaan Raja Nong Chik bahawa Nurul Izzah tidak menunaikan
tanggungjawabnya di Lembah Pantai.”
“Nurul Izzah kononnya tidak membawa apa-apa kebaikan
dan pembangunan kepada Lembah Pantai. Dakwaan ini sangat serius kerana YB Nurul
Izzah sebenarnya telah banyak berjasa kepada Lembah Pantai.”
Bila perkara ni diajukan media kepada Dato Raja Nong
Chik untuk ulasan, mudah sahaja jawapan Dato Raja Nong Chik.
“Kalau betul dia banyak berjasa untuk Lembah Pantai,
senaraikan jasa-jasa yang pernah dia buat. Kita bandingkan dengan khidmat saya
kepada penduduk Lembah Pantai. Tak perlu nak debat-debat. Biar penduduk Lembah
Pantai sendiri bandingkan sumbangan saya dan Nurul Izzah dan buat pilihan
sendiri di peti undi.”
Betul juga cakap Dato Raja Nong Chik tu. Kalau setakat
nak banding jasa, tak payah debat, senaraikan je semua jasa-jasa kau. Print
risalah dan sebarkan kat semua orang. Lepas tu penduduk boleh bandingkan
sendiri jasa kau dengan jasa Dato Raja Nong Chik.
Pasal apa kau tak nak buat macam tu Nurul? Haaaa,
jawapannya mudah je, sebab dia memang tak pernah buat jasa di Lembah Pantai.
Apa yang dia tahu buat ialah lempar fitnah, curi kredit dari usaha Dato Raja
Nong Chik dan cuba halang usaha baik yang di bawa oleh Dato Raja Nong Chik.
Tak percaya? Boleh baca sendiri macam mana Nurul Izzah cuba halang
pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi dan juga macam
mana Nurul cuba curi kredit dari
usaha Dato Raja Nong Chik di Pantai Permai. Ni baru sikit
je aku senaraikan.
Aku pun hairan juga bila Nurul Izzah merengek kononnya
tak dapat liputan media untuk menjawab dakwaan Dato Raja Nong Chik. Habis tu
media pro-pembangkang kan banyak yang suka buat liputan pasal kau, tiap-tiap
hari ada berita pasal Nurul Izzah dalam Malaysiakini, Malaysian Insider,
Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today dan macam-macam lagi!
Tu belum ambil kira media parti pembangkang macam Harakah, Suara Keadilan,
Selangor Times dan Roketkini. Blogger Pakatan pun ramai. Dalam akhbar Sinar
Harian pun kau ada ruangan tetap. Tak cukup liputan lagi ke?
Jadi bila kau merengek kononnya tak dapat liputan
media, nampak sangat kau ni kaki temberang.
Nasihat aku kat kau Nurul, dari buang masa merengek
nak berdebat, baik kau gunakan masa yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat.
Contohilah Dato Raja Nong Chik. Sampai PRU nanti rakyat sendiri akan nilai kau
ni memang berjasa atau cuma pandai cakap tapi tak tahu buat kerja!
No comments:
Post a Comment