Wednesday, October 31, 2012
BR1M Vol 2: Perlu Pendaftaran Semula @umbkl
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini Selasa berkata mereka yang terlibat serta pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka 1 Nov nanti.
Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula.
Menurut kenyataan itu, borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.
Kenyataan itu turut menerangkan kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan RM500 iaitu ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah.
Ia merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.
Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.
Bantuan tunai RM250 pula layak dipohon individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya), tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.
Pengumuman pusingan kedua BR1M dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept lepas.
-- BERNAMA
Monday, October 29, 2012
Van Skuad Sayang Wanita BTR Di conteng oleh Babi @shahrizatJalil @umbkl #BN4WP
"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.
Adik Kecil Ini Memerlukan Bantuan Untuk Tampung Kos Perubatan
Sedih hati ini apabila mendengar keluh resah anak ketiga rakan Ritz yang sedang mengidap penyakit jantung berlubang dan kini memerlukan bantuan segera bagi menampung kos pembedahan. Kelewatan menjalani pembedahan akan menyebabkan pernafasannya terganggu.
“Mana saya hendak mencari wang RM40,000 untuk menampung pembedahan Muhammad Nursyamir Iqbal, sedangkan pendapatan kami seisi keluarga yang bekerja sebagai Operator kilang tidak begitu besar.”Demikian luahan seorang ibu, (Suzaidah Binti Silaiman 36), mengenangkan nasib yang menimpa anaknya.Kini keluarga ini merayu simpati orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pembedahan anaknya itu yang berusia setahun. Semoga dengan bantuan dari masyarakat yang perihatin dapat meringankan beban kewangan keluarga ini.
Sumbangan boleh disalurkan melalui :-
Maybank
Suzaidah Binti Sulaiman
112026735224
Atau untuk mendapat pengesahan anda boleh menghubungi Suzaidah Binti Sulaiman (ibu) ditalian 0133394531
P/S : Harap anda semua dapat share info ini ke FB masing2, bagi membantu keluarga ini, bantuan anda amatlah dihargai . Terima Kasih Ritz ucapkan.
Masalah ini terjadi sekiranya dinding yang memisahkan atrium kiri dan atrium kanan tidak bercantum ketika lahir. Akhirlnya, akan wujud satu lubang di mana darah boleh mengalir daripada bahagian kiri jantung yang lebih tinggi tekanannya ke bahagian kanan jantung. Lubang yang lebih besar akan menyebabkan lebih banyak pengaliran darah dari bahagian kiri ke kanan. Akibatnya bahagian kanan jantung akan menjadi bengkak dan tekanan di dalam salur darah pulmonari atau paru-paru akan menjadi tinggi.
Simptom ini akan berlaku lebih awal jika saiz lubang ASD itu lebih besar. Jika saiznya kecil (kurang dari satu sentimeter (sm padu), masalah ini biasanya dikesan secara kebetulan ketika pemeriksaan kesihatan kerana seseorang itu tidak akan merasa gejala seperti sukar bernafas dan lain-lain yang disebut di atas.
Korban Perdana UMNO Bahagian Segambut #BN4WP @umbkl
Saturday, October 27, 2012
PEMBANGKANG TIN KOSONG PENUH RETORIK SAHAJA
Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.
Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.
Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.
Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.
Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.
Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.
Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.
Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.
PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.
Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.
Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.
Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.
Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.
Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.
Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.
Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.
Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.
Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.
Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.
Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.
Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.
Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.
Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.
Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.
Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.
Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.
Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, October 25, 2012
Di mana Janji Manismu YB @N_Izzah? @umbkl
Perkara itu didedahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga pesaing Nurul Izzah bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008.
Shahrizat berkata, perkara itu antara perkara utama yang dijanjikan ketika kempen dibuat.
Menurutnya, beliau masih ingat ia antara yang ditanya pengundi adakah BN juga dapat menjanjikan hal sama.
“Ketika saya melawat rumah ke rumah, wanita dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu yang mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan, dan mereka tanya adakah saya boleh janjikan hal sama. Saja kata saya tidak mampu untuk berjanji kerana ia mustahil.
“Sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan. Janji untuk menjual unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, selaku Pengerusi BN Lembah Pantai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Jentera Wanita Umno Lembah Pantai, bersama Raja Nong Chik, di sini, kelmarin.
Pertemuan antara Shahrizat dan Raja Nong Chik pada majlis tersebut sekali gus menolak dakwaan berhubung kekeruhan hubungan antara mereka yang didakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan perebutan calon bagi Lembah Pantai.
Malah pada pertemuan tersebut, Shahrizat turut menyatakan sokongannya terhadap Raja Nong Chik sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU13.
“Beliau bersama-sama saya di Lembah Pantai sepanjang tiga penggal saya menjadi Ahli Parlimen di sini (Lembah Pantai).
“Saya bersama jentera Wanita akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau sebagai calon Parlimen Lembah Pantai seterusnya merampas kembali kerusi tersebut,” katanya.
Raja Nong Chik dalam pada itu berkata, beliau tidak terkejut dengan sokongan yang dinyatakan Shahrizat kerana telah sedia maklum sejak awal lagi.
Katanya, hubungan mereka tidak seperti digambarkan pihak pembangkang yang sememangnya menginginkan perpecahan dalam Umno.
“Semasa dalam Kabinet, saya duduk sebelah Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan beliau,” katanya.
Wednesday, October 24, 2012
Lihatlah Betapa Pentingnya AES @PDRMsia @umbkl
Timbul pelbagai isu tentang Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas,
apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan
menjadikannya persis sebuah sarkas.
Kenapa kita begitu kuat
mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya
setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna
jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?
Memandu melebihi had laju,
melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua
selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang
sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.
Adakah kita ini semata-mata sebuah
negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa
sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah
sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua?
Pertama sekali, AES telah pun
dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti
Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih
daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem
elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan.
Kita ambil contoh Perancis di mana
jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus
dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar
kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman
pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi
peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah
pengawasan AES.
Sejak fasa pertama pelancarannya
di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah
dipasang di kawasan-kawasan "blackspot" di Perak, Selangor, Kuala
Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558
kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.
Perangkaan ini seharusnya
mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik, bukannya untuk
kita menimbulkan satu bentuk perbalahan yang menuduh pihak kerajaan sedang
cuba untuk merompak kita semua! Dan tahukah anda bahawa jumlah pemandu yang
didapati melakukan kesalahan-kesalahan trafik telah berkurangan lebih
daripada separuh sejak minggu lepas?
Pengguna-pengguna jalanraya kini
bertambah berwaspada dan lebih mematuhi undang-undang trafik kerana mereka
tidak mahu ditangkap melakukan kesalahan oleh kamera berkuasa tinggi yang
diletakkan di tepi jalanraya-jalanraya kita. Kenapa ini dianggap sebagai
sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia?
|
|
Kelebihan-Kelebihan AES
Kita perlu diingatkan sekali lagi
tentang tujuan dan kelebihan-kelebihan sistem ini.
AES membawa banyak
kelebihan-kelebihan, selain daripada objektif utamanya untuk memastikan keselamatan
setiap pengguna-pengguna jalanraya. Eloklah kita diingatkan bahawa AES
bukanlah sebuah sistem di mana kamera-kamera tersembunyi digunakan oleh
pegawai-pegawai polis trafik yang terpaksa bersembunyi di celah semak samun
sepanjang lebuhraya-lebuhraya kita. Papan-papan tanda amaran diletakkan
berdekatan lokasi-lokasi AES untuk mengingatkan kita agar mematuhi
undang-undang. Gambar-gambar kenderaan serta nombor plet pesalah-pesalah akan
diproses di pusat kawalan AES dan akan diserahkan kepada JPJ untuk
pengeluaran denda atau saman.
Apa yang membingungkan lagi adalah
sikap sesetengah anggota masyarakat yang menolak AES sedangkan ianya adalah
sebuah sistem yang mengurangkan kebergantungan terhadap pihak polis dalam
pengeluaran saman, ini bermakna kita dapat mengurangkan atau menghapuskan
rasuah dalam kalangan anggota polis trafik. Bukankah ini apa yang kita
aspirasikan bersama? Kita kerap menyelar pihak polis dan menuduh mereka
mengamalkan rasuah, dan dengan tiba-tiba, kita menolak pula sebuah sistem yang
mampu mengurangkan atau menghapuskan amalan rasuah. Kita menentang amalan
rasuah namun pada masa yang sama kita tidak berasa bersalah apabila kita
melanggar undang-undang jalanraya?
Satu lagi aspek yang bagus tentang
AES adalah ianya membantu mengurangkan jumlah kakitangan yang melaksanakan
tugas-tugas ini secara manual sebelum ini, sebagai contoh pegawai-pegawai
polis yang bersembunyi di celah semak-samun. Mereka boleh ditugaskan untuk
melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang lebih membawa nilai tambahan
sebagai contoh membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar
bandaraya. Memang kita tidak suka diperhatikan sewaktu kita memandu, kita
juga perlu tahu bahawa pegawai-pegawai polis itu pun tidak suka bersembunyi
untuk menangkap anda. Mereka juga ada tugas-tugas lain.
AES mempertingkatkan keberkesanan
penguatkuasaan trafik melalui sebuah sistem yang berfungsi 24 jam, di bawah
setiap jenis cuaca atau keadaan. Ia juga tidak mendiskriminasi, kerana tidak
wujud sebarang interaksi peribadi di antara sistem ini dan pesalah-pesalah,
dan ia juga tidak mendiskriminasi antara kenderaan-kenderaan persendirian,
komersil mahukan awam.
AES juga mensasar untuk
meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) dalam kalangan
pengguna-pengguna jalanraya Malaysia demi mengurangkan kadar kemalangan
jalanraya. Biasanya, kadar POBC dalam kalangan pengguna jalanraya tempatan
adalah 25 peratus pada hari-hari biasa dan 50 peratus pada musim-musim
perayaan apabila kempen-kempen keselamatan jalanraya seperti Ops Sikap
dijalankan.
Di negara-negara maju di mana
pengguna-pengguna jalanraya lebih berdisiplin dan berpengetahuan, kadar POBC
mereka adalah di antara 80-90 peratus. Kita masih lagi jauh di belakang,
namun kita sedang berada di landasan yang betul. Kita tunggu dan lihat saja
apa akan berlaku apabila lebih banyak kamera lagi dipasang di kesemua 817
kawasan-kawasan "blackspot" di seluruh negara.
|
|
Kenapa perlu kecoh?
Sesetengah orang mula memanggil
AES sebagai "rompakan lebuhraya" dan ada juga yang mahu nama sistem
ini ditukar kepada "Saman 1-Malaysia." Ketua Menteri Pulau Pinang
menyifatkan AES sebagai satu alat untuk memeras rakyat demi keuntungan dan
bukannya berfungsi sebagai satu usaha pencegahan kesalahan-kesalahan trafik.
Setiap perniagaan perlu
mendapatkan keuntungan, begitu juga dengan syarikat-syarikat yang telah
mendapat kontrak pembekalan dan pengoperasian AES ini. Menurut Kementerian
Pengangkutan, pihak kerajaan tidak mengeluarkan walau satu sen pun untuk AES
dan syarikat-syarikat tersebut perlu menanggung segala kosnya.
Sekiranya ini benar, maka pihak
syarikat perlu mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan untuk
membeli kamera-kamera serta teknologi ini, dan sama seperti perniagaan lain,
syarikat-syarikat ini perlu mendapatkan pulangan dari pelaburan mereka.
Tiada siapa yang membuat kecoh
apabila MyeG Berhad mengenakan sedikit bayaran pemprosesan untuk memproses
permohonan-permohonan online seperti saman trafik dan pembaharuan lesen cukai
jalan, jadi kenapa segelintir masyarakat menyuarakan kemarahan mereka
terhadap kerajaan dan dua buah syarikat ini sedangkan mereka sedang
menjalankan model perniagaan yang serupa?
Tidak perlu ada sebarang
perbalahan tentang AES sekiranya kita mahu menjadi sebuah masyarakat yang
bertamadun, berbudaya dan matang. Kita berharap dengan penuh keyakinan agar
dalam jangka panjang, AES akan berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan
maut, seperti mana yang terbukti di banyak negara-negara lain di seluruh
dunia.
Kini ada kira-kira 20 juta
kenderaan berdaftar di negara kita dan kadar kemalangan jalanraya dan
kematian akibatnya semakin berkembang setiap tahun.
Memang tidak dapat kita nafikan
bahawa pengeluaran saman-saman ini tidak mungkin akan dapat membenteras
pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab dari mendatangkan bahaya kepada orang
lain, namun sebarang usaha yang bertujuan untuk memastikan jalanraya kita
selamat digunakan haruslah sentiasa kita sokong.
|