Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, March 26, 2012

Himpunan Wanita PR Berebut Padang dengan Kanak-kanak???


Pertengkaran mulut beberapa orang pemimpin PR yang menyertai himpunan Wanita tempohari dengan seorang jurulatih sukan sebuah sekolah membuktikan sikap angkuh & ego semakin beraja dalam sanubari ramai pemimpin PR. Walaupun telah berlalu buat beberapa ketika, tapi isu ini masih lagi menjadi bualan hangat di laman-laman sosial seperti Facebook dan Youtube dimana rakaman video kejadian tersebut disebarkan.
 
Perhimpunan tersebut yang asalnya mahu menuntut perubahan sebaliknya menjadi medan menonjolkan wajah sebenar pemimpin PR yang tidak segan untuk menindas hak orang lain demi kepentingan sendiri. Tian Chua, Latheefa Koya, Tony Pua, Maria Chin, Lim Lip Eng dan Ambiga yang turut hadir menyokong perarakan jalanan NGO Wanita Suara Perubahan (WSP) itu sepatutnya berasa malu kerana gagal menonjolkan sikap kepimpinan yang baik malah bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri, walaupun dengan kanak-kanak sekolah.

Malah sehingga hari ini masih tidak mahu mengaku kesilapan tersebut atau meminta maaf kepada guru dan murid-murid terbabit. Jika hak kanak-kanak untuk menggunakan padang bagi latihan sukan sanggup dinafikan demi menjayakan agenda sendiri, tidak sukar untuk kita bayangkan bagamana nanti rupa wajah pemimpin PR sekiranya di beri peluang mentadbir negara.

Sejak hampir seminggu lalu telah banyak kedengaran suara-suara bantahan daripada ibubapa & guru yang menuntut PR tampil ke depan menjernihkan keadaan dan memohon maaf di atas sikap tidak cermat beberapa pemimpin PR & peserta di himpunan wanita tersebut.



Ini baru merasa secebis kuasa saja, itupun dah berani menafikan hak orang lain. Padang yang luas terbentang di depan mata, kawasan latihan sukan juga yang di pilihnya untuk berarak. Entah apa jenis hati budi yang bersarang dalam jiwa manusia yang bergelar pemimpin & penyokong PR. Patutlah ramai orang kata siapa saja memimpin atau menyokong PR, automatik jadi bangang by default. Cerdik tak boleh di ajar, bodoh menyusahkan orang.




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN