sumber : Utusan Malaysia
"Salam abah, mak doakan orang (saya) selamat".
Begitu khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang dihantar Prebet
Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
kepada bapanya, Ismail Husin, 55, sehari sebelum Allahyarham ditugaskan
untuk menyertai Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 7 Mac lalu.
Ismail berkata, Ahmad Hurairah yang merancang membawa kekasih hatinya
berasal dari Bachok untuk berjumpa dengan keluarganya selepas tamat
operasi itu, turut berpesan supaya menjaga diri baik-baik semasa
ketiadaannya.
Ujarnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu adalah semasa
sambutan Hari Raya Aidilfitri, dua tahun lalu dan selepas itu
Allahyarham tidak lagi dapat berkesempatan pulang ke kampung.
No comments:
Post a Comment