Keluarga Saiful
Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalu
selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.
Bapa Saiful
juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan
wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang
dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli
Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar
Ibrahim.
Dan tidak
hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful
Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan
konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti
berikut:
"Saya Azlan
Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah
dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawa termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.
"Mereka
inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan
terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada
sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman
Melati, Gombak, pagi ini.
Rakyat pasti
peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim
kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri.
Dalam keadaan
bapa Saiful Azlan Mohd Lazim mengalami masalah Johari Abdul berjaya
menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat
adalah konspirasi sahaja....selesai masalah.
Semalam Ng Lum
Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan SUARAM membayar
kepada pemberontak Sulu supaya membuat kekecohan demi untuk menggugatkan
ketenteraman awam.
Rakyat perlu
tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu
adalah konspirasi Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung
Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan.
Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.
Saiful Bukhari
ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah
dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran.
Saiful mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga
sehingga keluar dari mulut Azlan, aku akan musnahkan "UMNO dan kau
sekali" dan beliau terus keluar.
Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas.
Sumber: KL CHRONICLE
SP: Anwar cuba mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada isu Lahad Datu yang mengaitkan penglibatan beliau dengan pengganas Sulu seperti yang didedahkan oleh badan perisik Filipina. Nampaknya PR dah mula menggunakan dana yang mereka ada untuk mencipta pelbagai kejutan yang luar biasa. Kita tengok dan lihat sajalah akan ada banyak lagi pengakuan yang akan berubah 180 darjah kerana duit.
No comments:
Post a Comment