Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, March 18, 2013

Manifesto Pembangkang Pincang? #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13 #TolakPakatan #BNBagus


Apakah Pakatan Rakyat sebenarnya merancang tawaran manifesto ini dengan rapi atau tergesa-gesa untuk mengumumkannya semata-mata untuk mendahului BN?

Bahagian 1

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat berjaya mengumumkan manifestonya lebih awal daripada Barisan Nasional (BN). Dari segi strategi politiknya ini mungkin satu langkah ke hadapan, kerana jika BN umumkan dahulu manifesto dan seandainya ada persamaan tawaran manifesto, BN mungkin akan memainkan isu Pakatan Rakyat meniru manifesto BN.

Kini tekanan pada BN untuk mengumumkan tawaran manifestonya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti tetapi mestilah ada kelainan dan perbezaan aspek tawaran itu sendiri. Jika tidak BN pula akan dicop meniru manifesto Pakatan Rakyat.

Tetapi apakah Pakatan Rakyat sebenarnya merancang tawaran manifesto ini dengan rapi atau tergesa-gesa untuk mengumumkannya semata-mata untuk mendahului BN?

Kelantan, Terengganu dan Pahang terlepas pandang?

Kepincangan pertama terserlah apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) dalam laporan sebuah portal berita tempatan, yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa dasar dan manifesto Pakatan Rakyat yang merangka manifesto tersebut mengaku bahawa Pakatan Rakyat terlepas pandang  dalam tawaran menaikkan bayaran dari lima peratus kepada 20 peratus royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak.

Di mana di dalam buku manifesto yang diedarkan, malah ketika manifesto dikemukakan di dalam Shah Alam Convention Center, tawaran kenaikan bayaran royalti petroleum ini tidak menyebut negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Bagaimanapun mengikut laporan portal itu,  Dr Dzulkefly menjelaskan kesilapan itu telah dikenalpasti lebih awal dan pihaknya telah memaklumkan kepada pencetak buku manifesto tersebut. Tetapi entah macam mana ianya terlepas pandang ketika cetakan terakhir.

Agak menarik jika benar kesilapan berlaku ketika cetakan buku Manifesto mengapa ‘softcopy’ ‘slideshow’ ketika pembentangan Manifesto turut tidak menyebut Kelantan, Terengganu dan Pahang?

Mengapa ketika pembentangan manifesto dibuat, nama Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak disebut oleh beliau atau Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli atau Naib Presiden DAP, M Kulasegaran?

Bagaimana kesilapan itu terlebih dahulu berlaku sedangkan exco kanan kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang lantang menuntut royalti petroleum dibayar kepada Kerajaan Kelantan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa dasar dan manifesto Pakatan Rakyat.

Husam juga harus menjelaskan bagaimana tawaran bayaran royalti petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang dari lima peratus kepada 20 peratus tidak disebut ketika pembentangan manifesto Pakatan Rakyat.

Apakah isu kritikal peneroka Felda juga terlepas pandang?

Jika tawaran kenaikan royalti petroleum lima peratus kepada  20 peratus untuk Kelantan, Terengganu dan Pahang diberi alasan kerana kesilapan cetakan atau terlepas pandang, apakah alasan kepimpinan Pakatan Rakyat yang turut ‘terlepas pandang’ isu-isu kritikal yang berkaitan dengan peneroka Felda?

Manifesto Pakatan Rakyat tidak menawarkan apa-apa harapan untuk peneroka Felda dan generasi kedua Felda (anak peneroka Felda) berhubung tuntutan perumahan untuk generasi kedua, pemansuhan Felda Plantations, menyerahkan caruman wang tanam semula kepada peneroka yang mengusahakan sendiri ladang getah dan kelapa sawit tanpa syarat, mengkaji semula hutang tanam semula dan meminda Akta GSA 1960 yang berat sebelah.

Tawaran Pakatan Rakyat dalam manifesto secara spesifik hanya menyatakan mahu merombak pegangan Felda Global Ventures (FGV)  dengan matlamat kembalikan operasi dan pemilikan tanah Felda ke tangan peneroka dan kakitangan serta menyemak semula kadar perahan gred (KPG) yang merupakan salah satu tuntutan kritikal peneroka Felda dan generasi kedua Felda.

Manifesto tidak banyak tumpu pada wanita

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan semalam, Ketua Wanita PKR dan ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin melahirkan rasa terkilan beliau kerana pembentangan manifesto tidak banyak beri tumpuan kepada peranan wanita.

“Kita tahu kaum wanita adalah pengundi penting dalam pilihan raya. Sebelum ini, memang kita sudah mengadakan perbincangan mengenai agenda wanita yang akan dimasukkan dalam manifesto, tetapi mungkin perlu dikembangkan lagi.

“Sehubungan itu, satu konvensyen Wanita Pakatan Rakyat akan diadakan dalam masa terdekat untuk memantapkan pengisian manifesto,” Zuraida dipetik berkata demikian dalam akhbar harian tersebut.

Justeru itu persoalan yang bermain ialah apakah manifesto Pakatan Rakyat di deraf tanpa mengambil kira ‘input’ dari semua pemimpin yang berkaitan?

Apakah cadangan pemimpin wanita Pakatan Rakyat dan pemimpin biro Felda (PKR) serta lajnah tanah (PAS) tidak diambil kira atau ditolak kerana barangkali mereka yang memuktamadkan manifesto itu merasakan ianya tidak perlu dan bukan satu agenda yang penting untuk rakyat dalam ketegori tertentu?

Kenyataan Zuraida yang Wanita Pakatan Rakyat akan mengadakan satu Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat  dalam masa terdekat untuk memantapkan pengisian manifesto menimbulkan tanda tanya, apakah satu lagi versi manifesto Pakatan Rakyat akan dilancarkan?

Kenyataan Zuraida memberi bayangan bahawa banyak agenda untuk wanita tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Jika agenda wanita dititik beratkan oleh  jawatankuasa dasar dan manifesto Pakatan Rakyat, sudah tentu Wanita Pakatan Rakyat tidak perlu mengadakan satu konvensyen khas untuk membincangkan semula perkara tersebut.

Nampak sangat pembentangan manifesto Pakatan Rakyat ini mencipta suasana kelam kabut.

Di kala majoriti kandungan manifesto Pakatan Rakyat sudah ‘cantik’, tetapi disebabkan ketidakpekaan orang-orang yang duduk dalam jawatankuasa dasar dan manifesto Pakatan Rakyat , maka terserlahlah kepincangan dalam manifesto Pakatan Rakyat.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN