Ikuti penerangan
eksklusif daripada Lokman Noor Bin Adam yang dituduh oleh pihak
pembangkang terlibat dalam pencerobohan askar "Kesultanan Sulu" di
Sabah:
Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.
Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.
Izinkan saya
menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan
Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.
Sabah atau
dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang
dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu
yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North
Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback.
Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk
menubuhkan North Borneo Company.
Malangnya,
bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit
menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk
melindungi mereka.
Sekitar
tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan
Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri
kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di
Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di
Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang
bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia
dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu
Restu Sabah Sertai Malaysia".
Ini bererti
Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara
yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak.
Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa
orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu
yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk
menceroboh Sabah.
Saya akui,
saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan
Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau
sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung
kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan
tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan
pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri
Syed Hamid Albar.
Ketika
pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006
menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri
Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula.
Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006
saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak
pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.
Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan
bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.
Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik
Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar
beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket
dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba
menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur
Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu,
pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera
sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.
Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013
4hb Mac, 2013
sumber: mymassa
SP: Semnoga dengan penerangan ini akan dapat membantu menjawab segala fitnah yang telah dilemparkan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Soal keselamatan negara bukanny permainan yang boleh direka-reka seperti tuduhan yang dilemparkan pembangkang.
No comments:
Post a Comment