Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin
ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap
kerajaan negeri pimpinan Pas. Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang
melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang
telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.
Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30
tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap
‘ulama’ bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak
penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.
Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah
diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa
sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak
milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan
Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran
premiumnya 10 tahun lalu.
Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas
Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan
meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun
lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.
Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan
pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh ‘ulama’ tidak menghalang mereka dari
bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh
Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi mekah itu?
Yang menjadi persoalanya ialah, bagaimanakah kerajaan
negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik
tanah tersebut kepada syarikat asing? Sedangkan mengikut logik akal mereka yang
telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar
dipertimbangkan terlebih dahulu.
Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas
Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi
rakyat miskin??? Kalau itulah pendekatkan yang diguna pakai, maka dakwaan yang
mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat
Kelantan telah dipimpin oleh ‘Ular Dalam Semak’ yang hanya menunggu dan ketika
yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.
Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang
mengangap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata
cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik
sebagai jaminan masa depan.
Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan
selari dengan perumpamaan Melayu ‘kera dihutan disusukan, anak dirumah mati
kelaparan’. Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan “Padey doh
mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh” namun ia seharusnya dijadikan
pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya.
Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar
pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan ‘Tok Guru’ pernah memajakkan tanah
seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum
ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah
seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.
Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan
hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan
kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di
negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!
No comments:
Post a Comment