Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk
puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim
bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak.
Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada
suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala
Lumpur. Acara tersebut akan turut
disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk
beberapa tokoh agama luar negara. Ia dijangka
menjadi ‘bom’ untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti.
Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah
laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara
paksa.
Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan
laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu ‘secara paksa’ telah membuatkan ramai
pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk. Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah
ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela?
Ini kerana isu di sini bukan ‘rela atau paksa’ tetapi
‘liwat atau tidak’. Sekali pandang, ayat
laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat.
Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang
sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT,
hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia
DAP. Terdapat sindrom penafian yang
hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti
Pakatan Rakyat.
Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal
dan terbuka kepada pluralisme. Ini
adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu
galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.
Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar
bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima
fahaman pluralisme dan liberalisme.
Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan
mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah
kawalannya.
Keputusan Anwar untuk bersumpah akan ‘kesucian’
dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan
amatlah meragukan. Apatah lagi apabila
desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis
dengan alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’ dan berbagai-bagai alasan
lagi. Malah laman Suara PR juga turut
mengulangi alasan ini dengan berkata “sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah
sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari
agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”
Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan
Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, ‘telah terbiasa
dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman’.
Malah, kata penulis laman tersebut lagi, ‘orang Hindu juga percaya pada
sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut
bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.
Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful
Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh
bapanya sendiri yang kini berpaling tadah.
Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan
kaabah. Tindakan Saiful benar-benar
memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.
Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa
gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu
peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka
itu.
Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua
perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang
memakan tuan.
Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih
mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi
sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom
penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.
Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas
dasar penipuan semata-mata. Sekiranya
Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang
biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan
pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi
sebuah padang sekolah sekali pun.
Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu
melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.
Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika
beliau menghentikan segala lakonan tersebut.
Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah
ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong. Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau
bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah
sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.
No comments:
Post a Comment