Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, October 28, 2010

Car Boot Sales Anggerik Mall

Biro Usahawan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menjemput ahli-ahli Puteri yang berminat untuk menyertai CAR BOOT SALE ANGGERIK MALL (1st come 1st serve basis) bertempat di tapak car boot / parking Anggerik Mall Shah Alam.

Program bermula daripada 29/10 hingga 27/11/2010 (selama sebulan) setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 am hingga 1.00 tengahari.

Kepada rakan-rakan yang berminat bolehlah hubungi Pengurus Operasi INNO ELEGAN SDN BHD Encik Iskandar di 012 2367779 atau 019 3510617 atau 03 55108848.

Terima kasih.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, October 18, 2010

INFO

KLINIK USAHAWAN JARINGAN PUTERI anjuran Biro Pembangunan Usahawan dan Pemantapan Ekonomi Puteri UMNO Malaysia akan di adakan pada 20hb Oktober hingga 22 Oktober 2010 bertempat di Ruang Legar Aras 2, PWTC dari pukul 10.00 am hingga 5.00 pm.

Semua puteri dijemput hadir.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Belasungkawa

Belasungkawa buat AJK Puteri UMNO Bahagian Segambut merangkap Ketua Puteri Cawangan Kg Sg Jerneh, NoorAsharana Abd Malik di atas pemergian bonda yg tercinta pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka2 yg beriman dan beramal soleh. Seluruh Keluarga Puteri UMNOBAhagian Segambut turut berdukacita di atas pemergian beliau.


Al-fatihah.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Sunday, September 19, 2010

Puteri Menyusur Akar - Shopping Raya


Alhamdullilah dengan izin Allah SWT tahun ini buat kali 4 berturut-turut Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut telah dapat membawa anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan untuk membeli-belah dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, tahun ini kami telah membawa mereka membelah-belah di Metrojaya Mid Valley.

Seramai 40 orang anak yatim dan kurang berkemampuan di sekitar Segambut telah dibawa membeli-belah di sini. Program kali ini istimewa berbanding program-program yang telah lepas kerana YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi telah sudi untuk membeli-belah bersama-sama dengan penerima sumbangan. Selain daripada itu, Epul dari rancangan realiti MyStarz LG juga telah turut serta membantu adik-adik remaja lelaki memilih pakain untuk hari raya.


Setiap penerima bantuan diberi RM200 setiap seorang untuk membeli barang-barang keperluan hari raya dan juga duit raya. Selepas itu mereka telah dibawa berbuka puasa di La Manila Mid Valley.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan serta kakitangan METROJAYA MID VALLEY serta MID VALLEY MEGAMALL kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada pihak Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut.











UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, August 4, 2010

PERUTUSAN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE SEMBILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Adik-adik dan Rakan Seperjuangan Puteri sekalian,

Pada hari ini, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan Menyambut Ulang Tahun ke 9 penubuhannya. Dalam usia sebegini, begitu banyak cabaran yang terpaksa di hadapi dan begitu banyak pengalaman yang telah dikutip. Namun, semua cabaran-cabaran ini mematangkan Puteri dalam menghadapi pelbagai ranjau realiti dunia politik. Puteri haruslah menjadi sayap yang kental, cekal dan tabah menghadapi bukan sahaja cabaran politik semasa malah adakalanya masalah perpecahan dalaman sendiri.

Dalam usia kematangan ini, saya tidak segan atau malu untuk menyentuh mengenai perpaduan di kalangan ahli-ahli Puteri. Perpaduan ini adalah asas kepada kekuatan dan kesatuan ahli yang menjadi satu tiang penting untuk menongkat bumbung kesetiaan. Perpaduan juga adalah antara agenda penting untuk menggerakkan parti ke hadapan dalam merencanakan aktiviti dan program yang bersesuaian dan selari dengan agenda parti. Seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi, perpaduan haruslah datang dari semua pihak. Saya tahu bukan mudah untuk kita memperkasakan agenda perpaduan ini, tapi saya yakin perpaduan di dalam Puteri UMNO Malaysia telah dicapai dengan baik bersandarkan kepada kejayaan pelaksanaan dasar, program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang 9 tahun ini.

Namun begitu, di kesempatan ini juga, saya juga ingin menyeru kepada semua ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia samaada di peringkat cawangan, bahagian, Negeri malah di semua peringkat agar melupakan agenda peribadi yang boleh merosakkan Puteri. Agenda-agenda peribadi yang tidak membawa untung malah membawa rebah kepada Puteri perlulah ditolak ke tepi. Dalam pada kita hendak menarik golongan muda dan menumpukan kepada usaha untuk Pilihanraya Umum ke-13, mereka yang mempunyai kepentingan diri sendiri, gemar mewujudkan percakaran dalaman parti dan yang hanya merosakkan dan mencemar nama baik parti perlulah kita abaikan. Puteri haruslah bijak dalam membuat penilaian dan janganlah mudah terikut dengan semua paparan di media apatah lagi di media-media alternatif atau akhbar-akhbar pojok yang tidak menjana minda. Saya amat menggalakkan Puteri untuk menimba ilmu dan mendapatkan informasi melalui saluran yang betul dan rasmi. Ini adalah penting kerana, dengan informasi yang betul kita dapat menyiapkan diri dengan lebih baik dan lebih mantap.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang selama ini setia pada perjuangan parti dan Puteri. Terima kasih juga di atas sokongan dan penglibatan di dalam semua siri aktiviti yang telah dianjurkan Puteri. Saya amat berharap program-program seperti, Voluntary Group for Everyone (VOGUE), Program Banteras Ragut & Rogol (B2R), Skuad Gempur Pilihanraya, Cari Seramai Ahli (CSI) dan Kembara Daftar Pemilih, Life is Presious : 1Jiwa 1Cinta 1Malaysia (LIPs), Program Sinar Kasih, Majlis Dialog Bersama NGO dan Profesional Muda dan Program Bual Bicara Tokoh Politik serta program-program lain yang dianjurkan akan terus disemarakkan di semua peringkat. Saya amat berharap adik-adik Puteri akan terus bergerak mendampingi rakyat agar kita sentiasa dekat di hati mereka. Anggaplah ini satu amanah yang perlu kita laksanakan dengan baik. Tidak perlulah jawatan dan pengiktirafan yang pelbagai jika agenda pemerkasaan bangsa kita masih di takuk yang lama.

Untuk itu, akhir kata, saya ingin melahirkan rasa syukur di atas nikmat dan kesihatan baik yang Allah berikan kepada saya, seluruh keluarga saya, pasukan yang bekerja bersama-sama saya untuk terus berada di medan perjuangan ini.

Terima kasih juga kepada seluruh ahli-ahli Puteri yang mendoakan kesejahteraan Puteri untuk terus kekal relevan dan utuh sebagai satu sayap yang membawa agenda Generasi Wanita Prihatin.

Teruskanlah kecemerlangan!

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, June 14, 2010

Undangan Perkahwinan


AJK Puteri UMNO Bahagian Segambut dijemput ke Majlis Perkahwinan anak Encik Daut Baba (AJK UMNO Bahagian Segambut) & Puan Nurma Md Jam (AJK Wanita UMNO Bahagian Segambut) pada 27hb Jun 2010 bertempat di PPR Beringin.

Sekian. Terima kasih.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, June 3, 2010

PERUTUSAN RAJA SEHARI


Undangan ke Majlis Persandingan Raja Sehari, Pemeriksa Kira-kira Puteri UMNO Bahagian Segambut, Cik Mas Intan Shahida Mohamad dan pasangannya Encik Asmawi Abu Hassan pada 27hb Jun bertempat di Dewan Sivik Flat Taman Sejahtera Segambut.

Semua Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut dan Ketua Puteri UMNO Cawangan-cawangan di dalam Bahagian Segambut di jemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sekian. Terima kasih.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, June 1, 2010

ISRAEL LAKNATULLAH....

Seluruh warga Puteri UMNO Bahagian Segambut berdoa agar 11 sukarelawan Malaysia yang masih tidak diketahui status mereka selepas serangan oleh pihak Israel semalam sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH SWT.

Kami juga mengutuk tindakan dan kekejaman pihak tentera Israel yang menyerang kapal membawa bantuan ke Gaza. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya kita umat Islam seluruh dunia bersama-sama mendoakan agar mereka semua selamat.

Semoga mereka yang di tawan dilindungi oleh ALLAH SWT dari segala kesulitan dan kerumitan dan skami juga mengharapkan keluarga mereka yang terlibat agar tabah untuk menghadapi dugaan ini.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, March 30, 2010

JOM GEGAR SEGAMBUT

Jom ramai ramai kita GEGAR SEGAMBUT sempena program Juara Rakyat Bulan Agensi Kerajaan pada 4hb April 2010 bertempat di Dewan Sivik Flat Taman Sejahtera Segambut.

Pelbagai acara manerik menanti anda di antaranya Pertandingan Burger Juara Rakyat khusus untuk peniaga-peniaga kecil burger di sekitar Parlimen Segambut, Pertandingan Shuffle Juara Rakyat bagi memberi peluang kepada shuffler-shuffler di sekitar Segambut bagi menunjukkan bakal serta kelincahan mereka, Pertandingan Bercerita Juara Rakyat mempelawa adik-adik kecil untuk bercerita tentang apa saja hikayat, cerita rakyat dan sebagainya dan Mini Konsert Juara Rakyat di mana anda akan dihiburkan oleh artis-artis muda tanahair seperti RIZ AF6, SABBHIE SADDI dan EPUL MYSTARZ LG.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan info-info terkini dan juga perhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan antaranya JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, Pemeriksaan PAP SMEAR secara percuma serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh JABATAN KESIHATAN, BOMBA, POLIS DIRAJA MALAYSIA, CYBER SECURITY dan lain-lain lagi.

So....tunggu apa lagi??? Pastikan anda melapangkan masa anda pada 4 April 2010...........


JUMPA DI SANAAAAAAA.........


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, February 24, 2010

SEGAMBUT PRINCESS NOW ON TWITTER

Hi Guys!

Just wanna inform Segambut Princess is now on Twitter. Pls visit twitter.com/segambutprinces and be part of our team.

See yaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

BELASUNGKAWA UNTUK KELUARGA ALLAHYARHAMAH HAZLINDA ZERAIN & SELURUH KELUARGA PUTERI UMNO AMPANG


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Hazlinda Zerain & juga seluruh ahli keluarga Puteri UMNO Bahagian Ampang di atas pemergian allahyarhamah Hazlinda Zeraian ke rahmatullah.



Kami mendoakan semoga roh allahyarhamah ditempatkan dikalangan insan insan yang solehah dan dicucuri rahmat.





Al-Fatihah.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, February 23, 2010

JUARA RAKYAT


Assalamualaikum Wbrt dan Selamat Sejahtera kepada semua warga Puteri UMNO Bahagian Segambut.

Bagi pihak UMNO Bahagian Segambut, saya mengundang semua Ahli Puteri UMNO Bahagian Segambut untuk hadir beramai-ramai ke program JUARA RAKYAT BULAN KEBAJIKAN pada butiran seperti berikut;

Tarikh : 27hb Februari 2010
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Medan Letak Kereta, Masjid Abdul Aziz, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.


Aturcara program adalah seperti berikut:


8.30 pagi - Ketibaan para tetamu dan hadirin

9.00 pagi - Ketibaan tetamu kehormat dan majlis perasmian dimulakan
i) Lagu Negaraku dan 1 Malaysia
ii) Bacaan doa
iii) Ucapan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
iv) Ucapan Ketua UMNO Bahagian Segambut
v) Ucapan tetamu kehormat

10.00 pagi - Tetamu kehormat menyampaikan bantuan untuk warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya.

- Aktiviti gotong-royong, pameran, demonstrasi dimulakan.

10.30 pagi - Tetamu kehormat di bawa ke melawat 5 buah rumah warga emas dan OKU di Kampung Sungai Penchala.

11.00 pagi - Tetamu kehormat di bawa melawat program gotong-royong.

12.00 tengahari - Aktiviti pentas dan pameran oleh Jabatan Kerajaan, parti komponen Barisan Nasional Segambut dan NGO

1.00 petang - Upacara penutup dan bersurai


Kepada semua Ketua ketua Puteri Cawangan diharap akan dapat menyalurkan maklumat tentang program ini kepada ahli-ahli puteri di cawangan masing-masing.

Terima kasih.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, February 19, 2010

MUHASABAH DIRI


Pertengkaran timbulkan cemuhan, permusuhan

BERTENGKAR, hingga merah muka, asalnya mencari mana yang salah dan mana yang benar. Akhirnya berganti menjadi merendahkan orang lain dan tidak menghargai pendapatnya.


Perkataan sudah keluar, kemarahan timbul, kebenaran hilang. Persahabatan berganti jadi permusuhan. Renggang hati kedua belah pihak.

Bagi yang mencemuh, tidak ada pendapat berharga, tidak ada buah fikiran yang benar. Kerjanya hanya mencari mana yang salah, di mana cacat dan celanya. Budi begini sangat rendah, tidak boleh dibawa ke tengah. Pekerjaan mencela mudah. Tidak ada yang semudah mencela di dunia ini.

Penyakit bertengkar dan mencemuh ini menular. Mulanya dua tiga orang, setelah itu satu pergaulan. Lama-lama menjadi penyakit masyarakat umum. Sehingga boleh disebut penduduk negeri itu suka bertengkar. Orang di kampung itu suka mencemuh. Akhirnya nama negeri itu diberi 'Negeri PC' (negeri perkumpulan cemuh).

Buat golongan ini, anak kecil dengan orang dewasa sama saja. Kawan pergaulan dan yang sebaya umur tidak ada perbezaan. Mukanya keruh, perbuatannya busuk. Sesuatu pekerjaan yang patut diurus dengan sempurna, mereka tidak boleh kerjakan.

Kalangan mereka ini, mudah sekali hina menghina, jatuh menjatuhkan, dengki mendengki dan dekat sekali kepada pertumpahan darah. Semuanya menghilangkan kasih sayang, memutuskan persahabatan, menghilangkan kepercayaan dan menghilangkan rasa malu.





Sumber : Berita Harian Online

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, February 17, 2010

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN