Wawancara
Tun Daim Zainduddin yang tersiar dalam Berita Harian dan The New Straits Times
pada Ahad dan Isnin lalu sekadar mengesahkan lagi tanggapan ramai orang
terhadap kebolehan dan kemampuan Anwar Ibrahim untuk menjadi pemimpin nombor
satu negara.
Sungguhpun
Daim menyatakan bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid, merupakan
individu yang lebih mengenali Anwar Ibrahim, namun sesungguhnya Daim merupakan
orang yang sangat akrab dengan Anwar dalam politik. Sebab itu, apabila Anwar
dipecat, Daim mengambil langkah yang sangat berbeza daripada ahli politik lain.
Beliau
tidak membuat banyak kenyataan terbuka mengenai Anwar Ibrahim, apatah lagi
memburukkannya di khalayak awam. Namun Daim tidaklah sediam yang disangkakan.
Apabila Anwar dipecat, Daim banyak mengadakan perjumpaan tertutup dan
menerangkan pandangan beliau terhadap Anwar dan sokongannya kepada Dr.
Mahathir. Penulis antara kumpulan mahasiswa yang dipanggil secara “diam” oleh
Daim untuk menerangkan sisi pandangannya mengenai Anwar.
Selepas
hampir 15 tahun, Daim tidak lagi diam. Beliau muncul secara terbuka menyatakan
pandangannya terhadap Anwar. Bagi beliau, masa Anwar untuk menjadi Perdana
Menteri telah berakhir. Kata Daim, “Anwar telah mendapat peluangnya dan ia
telah berakhir. Sekarang masa untuk memberi peluang kepada Mohd Najib
membuktikan kemampuannya.”
Daim
antara orang yang rapat dengan Anwar. Mereka seumpama belangkas dalam politik.
Daim melalui kekuatan kewangan dan restu Dr. Mahathir telah melaksanakan agenda
menaikkan Anwar Ibrahim hingga hampir ke persada kepimpinan UMNO dan Negara.
Anwar tanpa bantuan Daim dan Mahathir tidak mungkin menjadi bintang politik
sekelip mata meningkat naik tanpa melalui jalan susah dan payah seperti mana
pemimpin lain.
Justeru
tiada orang lain yang boleh membicarakan kemampuan Anwar sebagai ahli politik,
ahli kabinet dan calon Perdana Menteri kecuali Daim Zainuddin. Berbanding Dr.
Mahathir dan Sanusi Junid yang berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar
Ibrahim, Daim memilih jalan yang sederhana.
Beliau
tidak mempunyai perasaan dendam mahu pun marah terhadap Anwar. Anwar tidak
menjejaskan apa-apa kehidupannya, Anwar juga tidak memberi apa-apa keuntungan
pada dirinya. Daim tidak memerlukan apa-apa dari Mohd Najib mahu pun Anwar
Ibrahim. Daim juga tidak akan terjejas jika siapa pun menang pilihan raya. Pada
usia melebihi 70 tahun dan kekuatan empayar perniagaannya, Daim tidak
tersangkut pada apa-apa beban untuk memihak kepada sesiapa pun.
Sebagai
anggota kabinet yang berpengalaman, rakan Anwar dan mengenali Mohd Najib, Daim
ibarat jauhari yang mengenal manikam dalam pilihan raya umum kali ini.
Daim
secara berterus terang berpendapat bahawa rakyat Malaysia perlu memberi peluang
kepada Mohd Najib melakukan transformasi dan perubahan dalam penggal akan
datang.
Sesiapa
yang mengikuti perjalanan politik Anwar Ibrahim pasti akan bersetuju dengan
kenyataan Daim yang berikut,
“Itu
adalah apa yang beliau katakan, iaitu beliau adalah adiwira yang memerangi
jenayah dan rasuah dan perlu ditumpaskan. Jika anda tahu perkara mengenai
beliau yang saya tahu, bahawa dakwaannya adalah kelakar, dan paling berani
ialah menyatakan ia adalah menegakkan kebenaran.”
Sebab
itu saya sentiasa tegaskan bahayanya Anwar ialah beliau lebih Sukarno daripada
perkara lain. Semua ucapan berapi-apinya siap dengan kenyataan ekonomi,
sebenarnya penghasut yang hebat.
Jika
kita boleh meletakkan kepercayaan kepada Daim Zainuddin sebanyak dua kali untuk
menyelamatkan ekonomi negara apakah kita tidak boleh memberi kepercayaan kali
ketiga kepada beliau denganmemberi kepercayaan kepada Mohd Najib selama
sepenggal ini?
Daim
telah memberi satu rumusan terbaik kepada rakyat Malaysia,
Jika
anda bertanya kepada saya, di antara Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib.
Saya akan memberikan Najib peluang. Berikan beliau mandat dan lihat jika adakah
mampu memenuhi kehendak kerana Anwar sudah mempunyai peluang, tetapi dia
mensia-siakannya. Saya mahu Najib menang kerana saya tidak fikir Anwar adalah
calon tepat untuk menjadi perdana menteri. Saya percaya beliau (Anwar) akan
mengacau-bilaukan negara dengan mendapatkan nasihat daripada Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan (Paul) Wolfowitz (bekas Presiden Bank
Dunia).
Percayalah,
Daim ada kelemahan, kekurangan dan kecacatan, namun untuk seorang manusia
Melayu yang telah dua kali menyelamatkan negara ini dari bencana ekonomi, Daim
adalah Jauhari dalam politik negara hari ini.
sumber: MY KMU
No comments:
Post a Comment