Followers
Untuk Makluman
Sunday, February 8, 2015
Puteri UMNO Ajak Rara Kempen #TurunHargaBarang
Thursday, February 5, 2015
Bila Parti Perjuang Rasis, Semua Perkara Dilihat Secara Rasis
Wednesday, January 7, 2015
Dulu Bela Nasib Rakyat Gesa Kerajaan Turun Harga Minyak Tapi Sekarang @Rafiziramli Bela Tokey Stesen Minyak Pulak




Tuesday, January 6, 2015
KENYATAAN AKHBAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN MENGENAI BANTUAN YURAN PIBG KEPADA KELUARGA MANGSA BANJIR #puteriprihatin #puteripeduli
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk anak-anak mangsa banjir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bagi meringankan bebanan pelajar dan ibu bapa mereka selepas dilanda banjir teruk.
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah itu tentu sekali melegakan ibu bapa dan membolehkan mereka menggunakan wang yang sepatutnya dibayar kepada tabung PIBG untuk keperluan lain yang lebih mendesak selepas banjir berakhir.
"Jika yuran PIBG sekadar ditangguhkan, ibu bapa terutama mereka yang mempunyai ramai anak tetap tidak mampu untuk membayar pada bulan-bulan akan datang berikutan situasi sukar yang dihadapi dalam membina kehidupan baharu selepas kehilangan rumah dan harta benda akibat banjir.
"Puteri UMNO yakin jika cadangan itu dilaksanakan ia akan menjadi satu hadiah yang sangat bermakna untuk mangsa banjir khususnya keluarga yang terjejas teruk akibat bencana alam itu," katanya.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) baru-baru ini mencadangkan yuran persekolahan bagi anak-anak mangsa banjir ditangguhkan sehingga pertengahan atau akhir tahun ini bagi meringankan beban ibu bapa mereka.
Mas Ermieyati berkata, yuran PIBG yang kebiasaannya antara RM50 hingga RM200 untuk seorang pelajar bukan satu jumlah yang kecil bagi keluarga yang langsung tidak berkemampuan kerana mengalami kerugian yang besar apabila segala harta benda musnah akibat banjir.
Sehubungan itu jelasnya, pihak kerajaan dan PIBG sekolah wajar memberi perhatian terhadap perkara tersebut, malah, sebagai ibu beliau turut merasai tekanan dialami ibu bapa yang perlu menanggung pelbagai keperluan anak-anak dan ia melibatkan perbelanjaan yang bukannya sedikit.
Beliau berkata, prestasi PIBG setiap sekolah bukan diukur pada kemewahan jumlah tabung sebaliknya dilihat daripada aspek kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
"Pihak PIBG juga boleh membantu kerajaan dengan mengurangkan jumlah yuran tersebut untuk musim ini sahaja. PIBG bukan satu badan korporat yang perlu memikirkan keuntungan untuk tabung itu semata-mata.
''Usaha ini hanyalah sebagai salah satu langkah bagi meringankan beban mangsa banjir. Pihak lain juga harus turut sama menyumbang dan kita tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan untuk menguruskan soal pendidikan," katanya.
Beliau turut meminta syarikat-syarikat swasta supaya tampil menghulurkan bantuan alat tulis, buku dan pakaian seragam sekolah kepada pelajar yang terlibat dengan bencana banjir.
#PuteriPrihatin
#PuteriPeduli
Wednesday, December 31, 2014
Perutusan Tahun Baru YB Ketua Puteri UMNO Malaysia @emysasudin @mediasosialpu3
Thursday, December 25, 2014
Kenyataan Media Perdana Menteri berhubung isu banjir #PuteriPrihatin
1. Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak.
2. Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke kawasan banjir tertentu.
3. Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.
4. Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.
5. Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.
6. Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini.
Dato' Sri Mohd Najib
25 Disember 2014
Putrajaya










