







KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk anak-anak mangsa banjir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bagi meringankan bebanan pelajar dan ibu bapa mereka selepas dilanda banjir teruk.
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah itu tentu sekali melegakan ibu bapa dan membolehkan mereka menggunakan wang yang sepatutnya dibayar kepada tabung PIBG untuk keperluan lain yang lebih mendesak selepas banjir berakhir.
"Jika yuran PIBG sekadar ditangguhkan, ibu bapa terutama mereka yang mempunyai ramai anak tetap tidak mampu untuk membayar pada bulan-bulan akan datang berikutan situasi sukar yang dihadapi dalam membina kehidupan baharu selepas kehilangan rumah dan harta benda akibat banjir.
"Puteri UMNO yakin jika cadangan itu dilaksanakan ia akan menjadi satu hadiah yang sangat bermakna untuk mangsa banjir khususnya keluarga yang terjejas teruk akibat bencana alam itu," katanya.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) baru-baru ini mencadangkan yuran persekolahan bagi anak-anak mangsa banjir ditangguhkan sehingga pertengahan atau akhir tahun ini bagi meringankan beban ibu bapa mereka.
Mas Ermieyati berkata, yuran PIBG yang kebiasaannya antara RM50 hingga RM200 untuk seorang pelajar bukan satu jumlah yang kecil bagi keluarga yang langsung tidak berkemampuan kerana mengalami kerugian yang besar apabila segala harta benda musnah akibat banjir.
Sehubungan itu jelasnya, pihak kerajaan dan PIBG sekolah wajar memberi perhatian terhadap perkara tersebut, malah, sebagai ibu beliau turut merasai tekanan dialami ibu bapa yang perlu menanggung pelbagai keperluan anak-anak dan ia melibatkan perbelanjaan yang bukannya sedikit.
Beliau berkata, prestasi PIBG setiap sekolah bukan diukur pada kemewahan jumlah tabung sebaliknya dilihat daripada aspek kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
"Pihak PIBG juga boleh membantu kerajaan dengan mengurangkan jumlah yuran tersebut untuk musim ini sahaja. PIBG bukan satu badan korporat yang perlu memikirkan keuntungan untuk tabung itu semata-mata.
''Usaha ini hanyalah sebagai salah satu langkah bagi meringankan beban mangsa banjir. Pihak lain juga harus turut sama menyumbang dan kita tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan untuk menguruskan soal pendidikan," katanya.
Beliau turut meminta syarikat-syarikat swasta supaya tampil menghulurkan bantuan alat tulis, buku dan pakaian seragam sekolah kepada pelajar yang terlibat dengan bencana banjir.
#PuteriPrihatin
#PuteriPeduli
1. Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak.
2. Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke kawasan banjir tertentu.
3. Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.
4. Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.
5. Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.
6. Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini.
Dato' Sri Mohd Najib
25 Disember 2014
Putrajaya
Akhirnya Dewan Pemuda PAS keluar daripada kepompong kebaculan demi untuk mempertahankan parti mereka daripada terus menuju ke arah kesesatan. Jika sebelum ini, banyak isu² dalaman Pakatan Rakyat yang melanda dan menjejaskan kredibiliti PAS. Lebih² lagi apabila ia melibatkan kes saman terhadap Presiden PAS oleh rakan dalam Pakatan tetapi hari ini mereka bersuara apabila digelar 'parti sesat'.
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan menyokong kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor berhubung isi ucapan beliau semasa di dalam program Multaqa Biro Agama UMNO Malaysia.
Adakah PAS tidak sesat?
Mengambil kira, Amanat Haji Hadi Awang sudah menjangkau usia puluhan tahun yang telah membawa kesesatan dan porak peranda dalam masyarakat terutama beragama Islam. Antaranya mengharamkan sembelihan hidupan, berimamkan solat oleh ahli UMNO dan pernikahan tidak sah sekiranya jurunikahnya ahli UMNO. Walhal ahli UMNO juga adalah umat Islam.
Pada tahun 1963, PAS telah mengeluarkan 'fatwa' menggelarkan UMNO sebagai kafir dan haram apabila bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam pentadbiran negara. Tetapi hari ini apabila mereka bersama² berkongsi kuasa dalam urusan pentadbiran negeri yang dimenangi dalam Pilihanraya Umum lalu, jelas menunjukkan kerjasama mereka bersama orang² bukan Islam. Bagaimana pula hukum untuk hal tersebut?
PAS sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang jelas tersimpang jauh daripada amalan yang digalakkan di dalam Islam. Sebagai contoh seruan kepimpinan parti untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah yang dikatakan zalim. Tetapi PAS gagal memahami dan memberi penerangan kepada pengikutnya apakah yang dimaksudkan dengan pemerintah yang zalim?
Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO hari ini tidak pernah bertindak zalim seperti yang dibicarakan oleh sebilangan pemimpin Pembangkang. Jika perkara itu benar, sudah tentu Kerajaan menghalang penyebaran agama Islam di sini dan yang pastinya azan tidak dapat dikumandangkan di luar Madrasah ataupun Masjid. Namun pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan² lain kepada rakyat yang memerlukan, tidak pula dilabelkan sebagai zalim.
Demi kuasa dan pangkat, hukum² Islam boleh berubah mengikut keadaan² tertentu. Begitu taksubnya PAS kepada rakan mereka dari DAP yang secara jelas menentang negara Islam tetapi wakil rakyat perempuan mereka tidak bertudung dibenarkan memberi 'tazkirah' di dalam surau.
Kemuncak kepada kesesatan PAS hari ini ialah mereka redha dengan doa kehancuran sesama umat Islam. Menurut Abu Utsman Ash-Shaabuni, beliau menyatakan secara terang dan jelas ketika menjelaskan pendirian akidah Ulama², hadis zaman berzaman sejak beribu tahun dulu.
"Doakanlah kebaikan untuk pemimpin. Kebaikan untuk pemimpin akan memberi kesan kebaikan juga untuk rakyat. Jauhilah mendoa laknat dan keburukan ke atas pemimpin kerana keburukan ke atas pemimpin akan memberi keburukan kepada rakyat".
Apakah perbuatan² PAS ini tidak cukup menyesatkan?
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Tuduhan Dangkal MP DAP dari Sibu menunjukkan kejahilan beliau tentang Sejarah Agama Islam yang menjadi Agama Rasmi di Malaysia.
Sejarah Islam menunjukkan Islam Bukan berasal dari Tanah Melayu. Islam Dianuti oleh Semua bangsa di Dunia Am dan Malaysia khususnya.
Tuduhan ini berbentuk PROVOKASI menyentuh sensitiviti Umat Islam. Perkembangan Islam dinegara Malays
ia amat mengalakkan dan Sihat.
Disini ingin saya nyatakan bahawa Islam adalah bersifat UNIVERSAL , Sesuai pada semua BANGSA dan Setiap ketika dan masa.
Firman Allah swt dalam surah Al Anbiya' 21:107
ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺭْﺳَﻠْﻨَﺎﻙَ ﺇِﻻَّ ﺭَﺣْﻤَﺔً ﻟِﻠْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Rahmat disini bukan hanya untuk Bangsa Melayu tetapi untuk semua Bangsa. Mana mana orang atau Bangsa menjadikan Islam sebagai Pegangan dan cara hidup (way of life) mereka akan dirahmati.
Jika kita lihat CARA HIDUP ISLAM yang membentuk Tamadun dunia. Di China, ramai yang Menjalani hidup sebagai Muslim (orang Islam) , Adakah mereka MELAYU? Di India tidak kurang ramai Muslim, Adakah mereka MELAYU? Dan diseluruh pelusuk dunia yang telah Menjadikan Islam itu sebagai tatacara hidup mereka, Adakah mereka juga MELAYU?
Kenyataan MP Sibu ini sebenarnya menunjukkan beliau ini seorang yang kurang cerdik, dangkal pemikiran dan meletakkan otaknya dilutut dan bukan dikepala.
Ahmad Baidzawi B Saleh Hamdi
Pengerusi Biro Agama
Pergerakan Pemuda Umno WP