Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, November 5, 2014

PAS Tak Perlu Melatah Dengan Kenyataan Tengku Adnan @Razlanrafii

Akhirnya Dewan Pemuda PAS keluar daripada kepompong kebaculan demi untuk mempertahankan parti mereka daripada terus menuju ke arah kesesatan. Jika sebelum ini, banyak isu² dalaman Pakatan Rakyat yang melanda dan menjejaskan kredibiliti PAS. Lebih² lagi apabila ia melibatkan kes saman terhadap Presiden PAS oleh rakan dalam Pakatan tetapi hari ini mereka bersuara apabila digelar 'parti sesat'.

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan menyokong kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor berhubung isi ucapan beliau semasa di dalam program Multaqa Biro Agama UMNO Malaysia.

Adakah PAS tidak sesat?

Mengambil kira, Amanat Haji Hadi Awang sudah menjangkau usia puluhan tahun yang telah membawa kesesatan dan porak peranda dalam masyarakat terutama beragama Islam. Antaranya mengharamkan sembelihan hidupan, berimamkan solat oleh ahli UMNO dan pernikahan tidak sah sekiranya jurunikahnya ahli UMNO. Walhal ahli UMNO juga adalah umat Islam.

Pada tahun 1963, PAS telah mengeluarkan 'fatwa' menggelarkan UMNO sebagai kafir dan haram apabila bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam pentadbiran negara. Tetapi hari ini apabila mereka bersama² berkongsi kuasa dalam urusan pentadbiran negeri yang dimenangi dalam Pilihanraya Umum lalu, jelas menunjukkan kerjasama mereka bersama orang² bukan Islam. Bagaimana pula hukum untuk hal tersebut?

PAS sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang jelas tersimpang jauh daripada amalan yang digalakkan di dalam Islam. Sebagai contoh seruan kepimpinan parti untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah yang dikatakan zalim. Tetapi PAS gagal memahami dan memberi penerangan kepada pengikutnya apakah yang dimaksudkan dengan pemerintah yang zalim?

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO hari ini tidak pernah bertindak zalim seperti yang dibicarakan oleh sebilangan pemimpin Pembangkang. Jika perkara itu benar, sudah tentu Kerajaan menghalang penyebaran agama Islam di sini dan yang pastinya azan tidak dapat dikumandangkan di luar Madrasah ataupun Masjid. Namun pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan² lain kepada rakyat yang memerlukan, tidak pula dilabelkan sebagai zalim.

Demi kuasa dan pangkat, hukum² Islam boleh berubah mengikut keadaan² tertentu. Begitu taksubnya PAS kepada rakan mereka dari DAP yang secara jelas menentang negara Islam tetapi wakil rakyat perempuan mereka tidak bertudung dibenarkan memberi 'tazkirah' di dalam surau.

Kemuncak kepada kesesatan PAS hari ini ialah mereka redha dengan doa kehancuran sesama umat Islam. Menurut Abu Utsman Ash-Shaabuni, beliau menyatakan secara terang dan jelas ketika menjelaskan pendirian akidah Ulama², hadis zaman berzaman sejak beribu tahun dulu.

"Doakanlah kebaikan untuk pemimpin. Kebaikan untuk pemimpin akan memberi kesan kebaikan juga untuk rakyat. Jauhilah mendoa laknat dan keburukan ke atas pemimpin kerana keburukan ke atas pemimpin akan memberi keburukan kepada rakyat".

Apakah perbuatan² PAS ini tidak cukup menyesatkan?

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN