Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, September 20, 2012

Perhimpunan Bantah Filem Innocence of Muslim Esok

 Pergerakan Pemuda UMNO bersama lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponen Barisan Nasional (BN) akan berkumpul secara aman membantah filem 'Innocence of Muslims' dan kartun dari Perancis di pekarangan Masjid Kampung Baru, esok.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang dijangka hadir pada perhimpunan itu. 

 
"Perhimpunan ini akan bermula selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Khairy berkata, perhimpunan aman itu jelas menggambarkan bahawa umat Islam bersama-sama rakyat pelbagai kaum di negara ini membantah sebarang usaha untuk menghina mana-mana agama.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan perhimpunan itu kepada polis.





Baca selanjutnya di REZQEENHILL 
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN