Deepak
Jaikinshan dilihat semakin tersepit dengan serangan blogger blogger pro
kerajaan sejak seminggu lalu. Turut cemas adalah Anwar Ibrahim yang
mana kita telah mengetahui bahawa serangan rekayasa Fitnah jahat Deepak
telah diarahkan oleh Anwar Ibrahim melalui R.Sivarasa peguam Deepak.
Pendedahan
video rakaman sulit tempoh hari berkenaan kenyataan Deepak yang mana
menyatakan dengan jelas Anwar Ibrahim dalang disebalik serangan fitnah
ke atas Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor cuba dinafikan Deepak
semalam melalui portal fitnah utama PAS iaitu harakdaily.
Gomo semalam lagi sudah mendapat maklumat bahawa Deepak
dibawa ke pejabat Harakah untuk ditemubual yang mana jelas menunjukkan
Konspirasi telah diatur oleh PAS bagi meneruskan rekayasa fitnah jahat
ke atas pimpinan negara.
Gomo sebenarnya geli hati apabila membaca satu kenyataan Deepak yang mana menyatakan:
“I did not say that I met Anwar,” he said. “What I said and what was written (in the blog) are two different things.” He challenged the person who recorded the video to release the entire footage and the transcript of what he had said".
Deepak marah benar dengan Papa Gomo? Kau Spin apa ni Deepak “What I said and what was written (in the blog) are two different things.” Ataupun Deepak sebenarnya nak menyerlahkan lagi kebodohan beliau kepada masyarakat?
Gomo
bukanlah jenis yang gelojoh mahupun semberono dalam mengeluarkan bahan
bahan yang penting. Apatahlagi dengan rakaman lain tentang apa yang
Deepak katakan berhubung pengakuan beliau diarahkan Anwar Ibrahim dalam
menfitnah Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Namun demikian Gomo
lebih suka ataupun berminat untuk mengulas apa yang Deepak katakan
tentang Bala.
Deepak menyatakan kepada portal pembangkang (Skrip Anwar Ibrahim) :
"Buku
itu katanya akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta
oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun
(SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan
beberapa portal berita hari ini." - Msiakini, Harakah
Itu
pengakuan Deepak sepertimana yang dilaporkan oleh portal berita
pembangkang semalam. Mungkin ada yang percaya dengan apa yang Deepak
sampaikan tetapi Gomo ada pekara yang lebih besar untuk seluruh rakyat
melihat sendiri apa yang Deepak katakan sebelum ini. Jom layan video
dibawah ini.
Jelas didalam video diatas Deepak mengakui beliau tidak terlibat langsung dengan segala keterangan P. Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya. Malah Deepak sendiri megakui siatan SPRM ke atas beliau berjalan dengan telus tampa prejudis.
Ok
lah mungkin ada yang masih menyatakan Deepak betu, Najib dan Rosmah
terlibat dalam segala fitnah yang dilemparkan pembangkang. Jika demikian
apakata anda menilai sendiri muka Deepak ni dengan teliti dan renungkan
kenyataan beliau berhubung temubual yang dilakukan portal pembangkang
Malaysiakini pada 6 April tahun 2011 yang lalu.
Jika
2011 Deepak menyatakan beliau tidak terlibat dan tidak ada kena mengena
malah menafikan segala galanya jadi bagaimana pula sekarang tahun 2012
yang semakin hampir Pilihanraya Deepak pusing 360 darjah dan menyerang
Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor? Apakah Deepak seorang yang
boleh dipercayai keterangan beliau?
Apa yang jelas disini jelas menunjukkan Konspirasi terancang yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Segala fitnah ke atas Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor sebelum
ini telah gagal jadi untuk mewujudkan fitnah terbaru maka Deepak
dijadikan alat untuk membuat persepsi baru menfitnah Najib Tun Abdul
Razak dan Rosmah Mansor.
Pengakuan
Deepak sebelum ini yang menyatakan berjumpa dengan Anwar Ibrahim dan
diarahkan oleh Sivarasa untuk menyebut nama Najib Tun Abdul Razak dan
Rosmah Mansor didalam mahkamah dikukuhkan lagi dengan fakta tentang
sidang media yang diaturkan oleh pihak Harakah semalah. Apakah tidak ada
perancangan jahat apabila Harakah membawa Deepak ke pejabat mereka
untuk ditemubual?
Konspirasi Made By Anwar Ibrahim
Rakyat
begitu mudah disogok dengan penipuan dan rekayasa jahat Pakatan
pembangkang, jadi Gomo minta rakyat yang mempunyai akal dan minda yang
sihat untuk menilai segala yang Gomo katakan. Jangan mudah kita percaya
kepada plot cerita Deepak kerana yang pasti dan nyata Skrip telah
digarap oleh Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Isteri
sepertimana fitnah fitnah yang dilakukan mereka sebelum ini.
Deepak Jaikinshan sendiri mengakui Anwar Ibrahim pelakon Porno video China Doll, so lu orang nak kata apa pasal Deepak ni?
Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.
sumber: Papagomo
2 comments:
salam.. mohon pautkan blog saya ke blog ni..ini link blog saya http://sangkakalajari9.blogspot.com
blog saudara telah dipautkan ke blog saya. mohon blog saya juga dipautkan ke blog saudara. terima kasih
Post a Comment