Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat
ketika mengulas isu kekecohan yang berlaku di Gombak menyifatkan kejadian
tersebut sebagai bukti adanya pihak yang akan menimbulkan kekecohan sekiranya
PRU 13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR).
Maksud Nik Aziz, sekiranya PR berjaya
memenangi PRU 13 maka pihak lawan seperti UMNO dan BN akan menimbulkan huru
hara.
Nampak sangat Menteri Besar Kelantan itu
tidak memahami hujung pangkal isu yang timbul di Gombak semasa siri Jelajah
Merdeka Rakyat yang disertai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beberapa malam
lepas.
Jika Nik Aziz yang terkenal dengan gelaran
Mulut Berus itu tahu bahawa punca kekalutan dimulakan oleh puak penyokong PR
yang membaling batu, botol air dan lain-lain objek keras ke arah penyokong UMNO
dan orang ramai, tentunya dia akan malu sendiri dengan kenyataan gopohnya itu.
Seandainya Nik Aziz tahu kedatangan Anwar
dibantah oleh ramai penduduk tempatan kerana majlis anjuran PKR itu diadakan
berhampiran kediaman mereka pastinya Nik Aziz tidak berani buka mulut
mempertahankan budaya samseng yang dirintis oleh gerombolan penyangak PR.
Namun kita faham, salah satu kelebihan utama
Nik Aziz terletak pada keupayaan lidahnya yang pandai memutar belitkan cerita
dan memusingkan fakta supaya yang jahat dari PR dapat ditukar supaya kelihatan
baik manakala kebaikan dari UMNO pula digambarkan sebagai buruk dan jahat.
Hakikatnya sejarah tidak boleh dibohongi,
sudah terlampau banyak peristiwa genting dan kekecohan yang mengganggu
ketenteraman awam seringkali dimulakan oleh penyangak-penyangkak dari
pembangkang.
Lihat sajalah kejadian di Memali, Baling yang
pernah kecoh suatu ketika dulu. Disebabkan sikap taksub penyokong PAS berpegang
pada hasutan pemimpinnya, mereka sanggup melancarkan kempen keganasan dengan
menentang pihak berkuasa konon atas alasan untuk menegakkan negara Islam ala
PAS.
Berbulan-bulan sebelum itu telah berlaku
peristiwa tragis Lubuk Merbau yang menyaksikan keganasan penyokong-penyokong
PAS yang datang dari luar kawasan atas nama Pemuda Jihad dengan bersenjatakan
berpuluh bilah parang sengaja memulakan kekecohan sehingga akhirnya beberapa
nyawa melayang.
Sebetulnya, baik ketika UMNO dan BN menang
mahupun ketika tewas di Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor ataupun Perak
tidak timbul pun sebarang isu huru hara, keganasan atau kekecohan.
Orang UMNO dan majoriti rakyat jarang sangat
terjerut dengan emosi menggila, jauh berbeza dengan tingkah laku liar yang
sudah sinonim dengan penyokong pembangkang.
Yang meroyan sakan termasuklah baring atas
jalan sewaktu kejatuhan Kerajaan DAP PAS di Perak bukannya orang UMNO, tapi
orang PAS yang akalnya terencat. Yang sibuk menghasut penyokong berhimpun di
tengah bandaraya KL bukannya penyokong BN tapi penyokong PKR, DAP dan PKR.
Hatta yang memulakan kekecohan sehingga
menimbulkan kemarahan penduduk setempat semasa pilihanraya kecil di Bagan
Pinang kemudian berlakon cedera parah ditetak dengan pedang samurai pun bukan
penyokong BN sebaliknya adalah penyokong PR.
Namun seperti mana biasa, bila kekecohan
berlaku dan ada yang cedera atau jiwa melayang, maka pihak PAS akan segera
menuding jari mengatakan semua itu salah UMNO atau Kerajaan. Tak cukup dengan
tipu daya itu, diusung pula penyokong atau ahlinya yang terlibat dalam sesuatu
kejadian untuk berceramah sambil mengutip derma untuk poket parti dan pemimpin.
Itu tabie semulajadi pembangkang khususnya
PAS yang sudah sinonim dengan budaya samseng dan ganas. Lantaran itu Nik Aziz
sewajarnya mencerminkan diri dahulu sebelum membuat andaian buruk pada pihak
lain.
Biasa-biasakan diri melihat kain kapan
sendiri yang sudah sekian lama koyak sebelum sibuk nak mempertikaikan kain
orang lain.
No comments:
Post a Comment