Kecoh seketika kem
penyokong PKR apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR,
Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM)
telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik.
Melihat gaya
propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid
Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya. Fitnah sebegini semacam dah jadi
darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya.
Untuk sensasikan lagi
cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya
dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan demikian dapatlah diburukkan
imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik
Zainal Abidin.
Walhal kisah
sebenarnya, Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi
membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.
Notis penutupan
sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung, kerosakan
pendawaian dan kerosakan paip air yang berlaku di masjid tersebut.
Disamping itu dalam
tempoh penutupan sementara ini, tumpuan turut diberikan untuk menyelsaikan
masalah limpahan air di sekitar kawasan masjid tatkala hujan lebat. Semua
langkah ini jelas bermaksud untuk menjamin keselesaan para jemaah di masa akan
datang.
Arahan rasmi dari
JAWI itu telahpun dikeluarkan pada 20 November 2012 dan berkuatkuasa pada 1
Disember 2012 sehinggalah jangkaan semua proses baik pulih ini akan selesai
sekitar akhir Jun 2013.
Sementara menantikan
semua kerja-kerja baik pulih diselesaikan, pihak JAWI menyarankan semua ahli
kariah dan jemaah menunaikan solat di masjid-masjid berhampiran.
Misalnya di Masjid
Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu
Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.
Pendek kata, tiada
masalah sebenarnya, sebaliknya anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu sahaja
menimbulkan polemik untuk kepentingan politik songsang parti anak beranak yang
diwakilinya.
Lebih-lebih lagi
selama ini imej Nurul Izzah hanya dekat dengan gereja sahaja, termasuklah yang
terbaru menyertai forum dalam Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Selangor yang
baru-baru ini kecoh dengan perakuan Naib Presiden PKR itu yang mahu kebebasan
agama turut merangkumi orang Melayu Islam.
Mahu tak mahu, untuk
naikkan semula saham politiknya dikalangan orang Melayu Islam maka terpaksalah
mempolemikkan isu masjid pula, hatta walau terpaksa melakukan fitnah sekalipun
demi kepentingan politik peribadi.
Akhirnya jadilah
ibarat tolong 'meruntuhkan' masjid apabila sengaja mencetuskan kesangsian
dikalangan orang ramai dengan memesongkan fakta konon Masjid Ar-Rahman akan
ditutup selamanya oleh Kerajaan Pusat.
No comments:
Post a Comment