Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, December 10, 2012

PAS Arah Doa K.O UMNO/BN Sampai Ke Mekah #TolakPR @umbkl


Doa K.O. BN! K.O. UMNO! Puak Pas rupanya bukan setakat di Malaysia sahaja tapi diarahkan doa tu dibaca di hadapan Kaabah. Inilah dia ajaran Islam cara PAS.

Kerja tak bermoral ini dilakukan oleh sebuah Agensi Pelancongan yang bertanggungjawab menguruskan rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan umrah ke Mekah dan Madinah. Pihak Agensi Pelancongan ini meminta para jemaah untuk mendoakan keburukan UMNO dan BN dan mendoakan UMNO dan BN tumbang dalam pilihanraya yang akan datang.

Pendapat SP pihak kerajaan haruslah lebih teliti dan memantau aktiviti setiap agensi pelancongan yang menawarkan pakej Haji dan Umrah. Keadaan ini bagi memastikan hasrat dan niat setiap jemaah tersebut tidak tidak terpesong dari niat sebenar mereka. Niat jemaah, mahu mendapat keberkatan bukannya mahu menambah kebencian Allah SWT terhadap hambaNya yang mendoakan keburukan pada orang lain.


Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud;

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” ( al-Hasyr : 10).




Lihatlah siapa yang sebenarnya sesat dan siapa yang sebenarnya dah terpesong jauh dari ajaran islam. UMNO atau Pas? Alangkah baiknya jika jemaah tersebut diminta mendoakan kesejahteraan para sukarelawan Malaysia yang berada di Gaza agar mudah kerja-kerja mereka membantu penduduk di Gaza ataupun jemaah-jemaah ini diminta mendoakan umat islam di Malaysia supaya bersatu demi kekuatan Islam dan juga ummah. 



 
SP: Makin besar kopiah atas kepala puak Pas ni makin bebal dorang ni sebenarnya.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

1 comment:

Tukang Karut said...

Dulu kawan kampung aku yg ikut cara Arqam cakap berapa banyak helai janggut yg ada, itulah jumlah bidadari yg menemani dia nanti disyurga.

Skrg ni nampak gayanya bagi org PAS, berapa banyak janggut yg ada, itulah jumlah setan yg bergantung kat diri. Hanya krn terlalu tamakkan kuasa didunia.

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN