Manifesto\ bukanlah satu perjanjian, demikian kata-kata
keramat yang terpancul keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim
pada 29 Ogos 2012 yang lepas ketika mengulas tuntutan rakyat Selangor yang mahu
tunggakan air percuma berjumlah RM300 juta dilangsaikan oleh Kerajaan PKR
Selangor.
Maksud pemimpin PR itu ialah apa sahaja yang termaktub
dalam manifesto yang dicanangkan oleh PR bukanlah satu bentuk perjanjian yang
wajib dipenuhi sebaliknya ia hanya satu umpan politik semata-mata untuk
mengaburi mata pengundi.
Jika sekalipun ia sebenarnya adalah satu janji, namun
ia sekadar untuk ditaburi, boleh sahaja bila-bila masa diingkari dan bukannya
satu kemestian untuk dipatuhi.
Mungkin menyedari sebahagian besar rakyat masih
mengingati kata-kata keramat pemimpin PKR itulah agaknya maka semasa pakatan
pembangkang menghimpunkan penyokong mereka di Dataran Rakyat, Kompleks Pas
Pahang, Kerdau sehari dua lepas perkataan MANIFESTO dan JANJI diganti dengan
perkataan TAWARAN MEGA.
(Diulangi sekali lagi, TAWARAN MEGA dan bukannya JAM
OMEGA. Harap baca betul-betul).
Dalam perhimpunan politik penuh retorik yang dihadiri
sekitar 7,000 orang penyokong PR itu (media propaganda PR dakwa 20,000 dan
30,000 yang hadir), Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Tawaran
Mega 3+6 meliputi peringkat pusat dan negeri.
Antara kandungan tawaran mega peringkat pusat itu
termasuklah melibatkan penempatan generasi kedua Felda, pembayaran royalti 20%
dan isu prasarana kemudahan perhubungan.
Diikuti enam tawaran peringkat negeri membabitkan
penyediaan lot rumah dan penstrukturan kampung baru, permohonan tanah, isu
tanah Orang Asli, penurunan cukai pintu dan sistem tender terbuka.
Melihat pada respon sesetengah penyokong PR yang
terlopong mendengar segala tawaran itu sambil bertepuk tangan, mudah untuk kita
fahami itu tandanya mereka mudah tertipu dengan retorik terbaru Anwar dan
gerombolannya.
Namun bila diperhatikan ramai juga penyokong PR yang
lain hanya sekadar tersengih sinis semacam mendengar penjual ubat di jalanan
menjual temberang, itu maknanya dah ramai juga penyokong PR yang semakin
menyedari tipu daya pemimpin mereka.
Sama ada ia satu manifesto, janji politik atau tawaran
mega itu dan ini, maksudnya tetap sama, bunyinya saja berlainan. Hakikatnya
reputasi Anwar dan gerombolan pemimpin PR dalam bab menabur janji sana sini
sudah terkenal seantero dunia.
Di Selangor, Kedah, Pulau Pinang mahupun Kelantan
sehingga kini tiada satupun pendidikan percuma hatta untuk anak-anak yang
bersekolah di tadika pun masih perlu membayar yuran bulanan dan yuran
pendaftaran tahunan.
IPT kelolaan Kerajaan PKR Selangor yang hanya dua buah
itu pun tak termampu untuk diberi pendidikan percuma malah Kedah yang memiliki
sebuah IPT pun tak tertanggung yuran pengajiannya oleh Kerajaan PAS Kedah, ada
hati lagi nak kelentong orang ramai dengan janji baru yang ditaburi.
Ibu tunggal yang dijanjikan elaun bulanan sampai
sekarang tertanya mana perginya janji yang ditaburi. Gaji minima RM1100 yang
diwar-warkan sampai sekarang tak terlaksana di Selangor, Kedah, Penang ataupun
Kelantan.
Ini semua realiti dan hakiki bila kita membicarakan
janji PR. Bagi mereka segala janji manis sama ada yang termaktub dalam
manifesto, pengisytiharan di pentas politik mahupun janji yang ditaburi di
media-media, semuanya sekadar untuk mengaburi mata khalayak sahaja.
No comments:
Post a Comment