Demonstrasi Duduk Bantah Tuntut Kerakyatan yang
dianjurkan oleh pakatan pembangkang pada 12 Disember 2012 yang lepas di
Putrajaya bolehlah dianggap sebagai antara siri demonstrasi yang paling kelakar
dalam sejarah tanahair.
Mana tidak kelakarnya bila hanya sekitar 200 hingga
300 orang sahaja yang menyertainya, satu angka yang seribu kali ganda lebih
rendah berbanding dakwaan propaganda mereka sebelum ini yang mengatakan ada
300,000 orang dari kalangan masyarakat India yang tiada kad pengenalan.
Berminggu-minggu para pemimpin Pakatan Rakyat (PR)
menggembar-gemburkan angka tersebut dalam usaha mereka membangkitkan sentimen
perkauman dikalangan masyarakat India, alih-alih bila diminta tunjukkan bukti
satu apa pun tiada.
Bila tiba hari berdemo, yang datang sudahlah kecil
sahaja jumlahnya, ramai pula dari kalangan peserta diumpan dengan sogokan wang
ringgit dan diangkut pula dengan bas demi untuk meramaikan orang.
Ahli dan penyokong PKR dari keturunan India yang
sememangnya rakyat Malaysia dan memiliki kad pengenalan juga dikerah sama
hadir, manakala anggota Unit Amal PAS yang sekian lama terkenal sebagai balaci
pula turut menjadi tukang nasi tambah.
Lebih mengharu-birukan lagi, ada diantara peserta
demonstrasi itu pula adalah warganegara India yang terpedaya dengan janji
pemimpin-pemimpin PKR kononnya dengan menyertai demonstrasi itu mereka akan
mendapat taraf kerakyatan Malaysia.
Hakikatnya dakwaan pembangkang hanyalah temberang
sahaja. Tidak wujud pun masalah kerakyatan melibatkan 300,000 orang rakyat
negara ini yang berketurunan India.
Sebaliknya hanya kira-kira 9,000 orang sahaja yang
menghadapi masalah berhubung status kerakyatan dan ketiadaan kad pengenalan.
Sebahagian besar kes tersebut telahpun diselesaikan.
Majoriti kaum India sedar tika ini PR khususnya PKR
sedang berusaha pelbagai cara untuk menarik semula sokongan pengundi dari kaum
itu selepas berlakunya kemerosotan yang mendadak sejak lebih dua tahun lalu.
Peristiwa kezaliman pemerintahan DAP-PR di Penang terhadap
penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala serta kegagalan Ketua Umum PKR,
Anwar Ibrahim menunaikan janji membantu penduduk teraniaya itu sehingga
sekarang kekal dalam ingatan masyarakat India.
Demikian juga tindakan zalim tidak bertamadun Kerajaan
PKR Selangor merobohkan sekurang-kurangnya 7 buah kuil serta beberapa altar
penganut Hindu tanpa melalui saluran yang betul juga semakin menambah kebencian
kaum India terhadap PR.
Berbanding di zaman BN sebelum ini, kerja-kerja
perobohan kuil hanya dilakukan selepas mendapat perintah mahkamah kemudian
diganti pula dengan tapak yang baru. Namun bila tiba zaman PR memerintah,
segala kuil dan altar Hindu dirobohkan bukan sahaja tanpa melalui langkah
perundangan malah tapak gantian juga tidak disediakan.
Dan isu kad pengenalan yang dicetuskan oleh Naib
Presiden PKR, N. Surendran beserta angka 300,000 yang dipropagandakan itu
realitinya hanyalah salah satu daripada usaha jahat pembangkang untuk
memesongkan pandangan masyarakat India.
PR mungkin merasakan dengan adanya demonstrasi ini
bakal menaikkan semula imejnya dikalangan pengundi kaum India, namun hakikatnya
majoriti masyarakat itu tidak pun termakan dengan propaganda sedemikian,
sebaliknya tindakan PR itu lebih dilihat seperti cuba membaruakan masyarakat
kaum itu sahaja.
SP: PR memang keji. Sanggup peralatkan rakyat demi memenuhi nafsu serakah dan keinginan mereka untuk berkuasa.
No comments:
Post a Comment