Kumpulan Himpunan
Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran
Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka
tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013.
Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang
yang tiba di ‘tempat kejadian’.
Sebelum itu, kita
harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga
kerana mereka tidak sanggup mati dalam ‘perjuangan’ ini.
Acara kemuncak
mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka
akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah PAS di
Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas PAS Chegar Mendang di Bentong
sebelum menuju ke Gebeng.
Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi
memeriahkan lagi protes tersebut.
Mengikut laporan
hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini
telah ‘membanjiri’ Dataran Merdeka setakat ini. Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang
sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang
digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa,
atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.
Selain itu,
terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan
enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli.
Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal
PAS.
Jika diambil kira
S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang
sahaja.
Walaupun jumlah ini
dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu
‘setback’ atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih
tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga
demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.
Protes secara mogok
lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda,
iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur. Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan
yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk
memberi semangat kepada mereka.
Namun, seperti
laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga
kelihatan agak menggelikan hati.
Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang
diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti
secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia
mahupun alam sekitar.
Hakikatnya, selain
dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang
mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas,
yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes
mereka.
Mereka dilihat
terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif. Seperti juga hujah ketua mereka yang
dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas
melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah
juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal
lagi.
Kerana itulah kita
melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang
dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.
Jelas, mereka telah
diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan
Lynas sebagai isu politik. Mereka juga
telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang. Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan
oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan
Lynas ditutup. Inikah puak yang
merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai ‘regime
change’?
Dari satu sudut
lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli
perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar
diketepikan. Oleh itu, nisbah kaum dalam
Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu
diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda
sebenar penentangan terhadap Lynas.
Apapun, permulaan
protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu
demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang
dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga.
Ini kerana pemimpin
yang bijak tidak akan ‘menyiksa’ rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar
berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai
masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya. Sebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga
kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk
memastikan rakyat mengundi mereka.
Nampaknya, dalam
usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah
pun hancur terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment