Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, September 18, 2013

Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera: Punca dan Cabaran Pelaksanaan


Mengumumkan sesuatu program memanglah mudah.  Membentangkan projek tersebut di atas kertas dan persembahan 'powerpoint' juga mudah.  Membuat kira-kira mencari aggaran dan jangkaan tidaklah sesukar mana.   Justeru, sesiapa sahaja dengan kebolehan berbahasa yang baik, pengetahuan mengenai ekonomi yang cukup serta keyakinan diri yang tinggi mampu membuat pengumuman yang cukup hebat didengar.   Dalam kata lain, seorang eksekutif baru di mana-mana syarikat mahupun seorang graduan peringkat kepujian juga mampu mempersembahkan satu 'teori' yang hebat. 
 
Oleh itu, kita dapati, dalam era teknologi maklumat di mana rakyat semakin kritikal dan sinis, sebarang pengumuman tidak lagi mengujakan. Malah ia disambut dengan kritikal dan sinis juga. Mungkin ada yang bersorak gembira dengan pengumuman ini tetapi kumpulan ini amatlah terhad di kalangan mereka-mereka yang telah pun berada dalam lingkungan penerima hasil langsung dari program-program terdahulu. 
 
Mungkin tulisan ini bukanlah tulisan yang akan menggembirakan kepimpinan, namun inilah hakikat yang dapat disimpulkan setelah beberapa hari pengumuman mengenai pemerkasaan ekonomi bumiputera dibuat oleh YAB Perdana Menteri. 
 
Kesungguhan Perdana Menteri untuk mempertahankan bumiputera tidak perlulah dipertikaikan. Kita pasti bahawa program tersebut dibuat kerana beliau benar-benar prihatin dan mendengar keluh-kesah rakyat.Sama ada ia dibuat bersempena Pemilihan UMNO, ia adalah cerita lain.Yang penting, program-program yang diumumkan cukup mantap dan bertepatan dengan kedudukan kewangan negara dan bukan sekadar janji manis ala Anwar Ibrahim. 
 
Namun, kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat yang semakin bijak meneliti, menganalisa dan mengkritik sebarang pengumuman yang dibuat oleh kerajaan.  Rakyat menjadi begini setelah melihat beberapa kelemahan dan kesilapan jelas lagi ketara dalam urustadbir negara sejak pemerintahan Tun Abdullah Badawi.  Mungkin mengungkit kelemahan pentadbiran terdahulu bukanlah perkara yang baik.  Namun, jika benar kerajaan ikhlas ingin melakukan perubahan yang bermakna, maka segala kesilapan dan kelemahan wajib diakui terlebih dahulu bagi membolehkan pembaikan dan pembetulan dilakukan. 
 
Malang sekali, apa yang dikhuatiri rakyat masih tidak dapat ditangani sepenuhnya melalui program pemerkasaan ini.  Ini kerana, walaupun rakyat menghargai program baru yang cukup baik lagi hebat yang diumumkan kerajaan untuk bumiputera tetapi hakikatnya, rakyat bukan mendambakan program baru, tetapi lebih berminat  untuk melihat pembaikan atau pembetulan ke atas program yang telah tersasar. 
 
Penting untuk difahami bahawa apa yang paling menggusarkan hati bumiputera ialah apabila melihat badan-badan yang bakal terlibat dalam perlaksanaan program-program baru ini, turut berhadapan dengan kontroversi.  
 
Antaranya, GLC-GLC termasuk Petronas yang mana kedudukan bumiputera di jawatan tinggi dan tertinggi kini menjadi persoalan.  Kita musykil dengan berita bagaimana personaliti-personaliti yang dikenali sebagai nasionalis yang telah berjaya mengangkat Petronas sehingga ke puncak, telah 'terbuang' atau terpinggir secara sistematik.  Tempat mereka kemudian digantikan dengan liberalis dan bukan Melayu yang gemar memperlekehkan para nasionalis konon tidak cukup bijak.  Apa yang berlaku dalam GLC-GLC ini kemudiannya semakin mencurigakan dan prestasi sebahagiannya juga semakin lembab selepas diambil-alih oleh kumpulan yang kononnya lebih 'bijak' dari para nasionalis tersebut.Di bawah pentadbiran mereka juga, vendor-vendor bumiputera semakin terpinggir secara perlahan-lahan.   
 
Justeru, rakyat melihat rancangan kerajaan untuk meletakkan pembangunan usahawan bumiputera di bawah sayap GLC-GLC ini, sebagai sesuatu yang sinis sekali. 
 
Dalam memperkatakan tentang ekuiti bumiputera juga, rakyat melihatnya dengan penuh curiga.   Secara umumnya, inilah yang dipersoalkan rakyat: 
 
Ekuinas yang bertanggungjawab untuk membantu syarikat bumiputera tidak melakukannya secara terus, tetapi melantik syarikat CIMB Private Equity, KFH Asset Management, Navis Capital Partners, CMS Opus Private Equity Sdn Bhd, KAF Fund Management Sdn Bhd (KFM), dan RM Capital Partners Sdn Bhd sebagai pengurus dana.  Dalam kata lain, 'meng-sub-kontrakkan' kerja mereka.  Selaras dengan itu, bumiputera tertanya-tanya, berapa banyakkah syarikat bumiputera yang telah atau akan dibantu dengan menggunakan dana yang berbilion itu? Atau, mungkin lebih tepat lagi, ke manakah dana itu dilaburkan dan siapakah yang akan mendapat manfaat terbanyak dari pelaburan tersebut?  Syarikat pengurus danakah, ekuinaskah atau atau syarikat-syarikat bumiputera yang seharusnya dibantu?   Lebih menyesakkan dada ialah apabila terdedah bahawa antara pemilik syarikat pengurus dana yang dilantik mempunyai kaitan dengan Ethos Consultant iaitu syarikat yang sedia menjadi kontroversi berkenaan penglibatannya dengan kerajaan Malaysia sehingga membawa kepada kejatuhan Tun Abdullah Badawi.   
 
Selain ekuiti dan penglibatan bumiputera dalam GLC, rakyat turut 'cuak' apabila mendengar bahawa UDA Holdings bakal bertanggungjawab dalam mengatasi masalah pemilikan hartanah di bandar bagi bumiputera. 
 
Ini kerana UDA Holdings baru-baru ini telah dipersoal oleh Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) mengenai tindakannya memberi pajakan selama 75 tahun kepada syarikat bukan bumiputera iaitu Central Market Management bagi menguruskan Central Market.Central Market Management merupakan anak syarikat Kha Seng Group.

Secara automatik, apabila sesuatu itu jatuh ke tangan Cina, maka kaum lain pun akan dipinggirkan.   Peniaga bumiputera di Central Market kini menghadapi masalah 'klasik' di mana pengurusan menaikkan sewa mendadak dan tidak memberi ruang untuk sebarang tolak ansur.  Kita sedia maklum bahawa 'method' yang sama dilakukan oleh pengurusan KLCC, Alamanda, Subang Parade dan semua pusat perniagaan yang diterajui bukan Melayu untuk memberi tekanan kepada peniaga bumiputera termasuk yang berdaya maju, agar mereka tidak dapat bertahan dan akhirnya 'gulung tikar'. 
 
Ini hanyalah masalah yang melanda sebahagian dari 'bakal' badan pemantau atau perlaksana program pemerkasaan ekonomi bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri, yang telah diketahui ramai. Tiada siapa tahu dengan pasti apa yang berlaku di dalam badan-badan yang lain-lainnya walaupun desas-desus mengenainya cukup membimbangkan. 
 
Harapan rakyat ialah agar semua badan-badan perlaksana dan pemantau ini dipulihkan terlebih dahulu sebelum kerajaan meletakkan nasib bumiputera di tangan mereka. 
 
Selain itu, keterdesakan kerajaan untuk meningkatkan jumlah graduan di dalam negara bagi memperlihatkan kesungguhan dalam membantu bumiputera dari segi pendidikan diambil sebagai isyarat bahaya, bukan penyelesaian. 
 
Untuk pengetahuan kepimpinan, hampir semua rakyat setuju bahawa penambahan graduan bukanlah masalah sebenar, tetapi kualiti graduan.Dengan meletakkan matlamat untuk menambahkan kuantiti graduan, kursus dan juga kolej atau universiti maka ia dikhuatiri akan merendahkan lagi kualiti graduan yang telah sedia rendah pada masa ini.Ini tentunya akan menambahkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah. 
 
Apa yang menggumam masyarakat hari ini ialah sikap para pendidik bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti.  Ini termasuklah semua proses pembelajaran termasuk buku-buku teks yang tidak berkualiti. 
 
Suka atau tidak, kita tidak dapat menafikan bahawa guru-guru hari ini jarang sekali mempunyai pengetahuan am yang secukupnya.  Majoritinya tidak terdedah pada pembacaan yang luas serta tidak mempunyai 'passion' terhadap ilmu.  Ini menjadi punca kenapa anak-anak murid tidak mampu mengembangkan imaginasi mereka dan tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek.  Ia kemudian menjadi satu kitaran yang berterusan di mana murid-murid tadi mungkin akan menerapkan pemikiran yang sama kepada generasi selepas mereka apabila dewasa. 
 
Jika kita masih tertanya-tanya kenapa Malaysia tidak mampu melahirkan walaupun seorang pencipta, maka inilah puncanya iaitu anak-anak kita mempunyai imaginasi yang terhad dan tidak mampu melihat 'keseronokan' dalam ilmu itu sendiri. 
 
Secara dasarnya, rakyat Malaysia melihat dunia dalam konteks yang sempit dan Malaysia hari ini dipenuhi oleh anak-anak muda (dan dewasa) yang malas berfikir, ingin mencari wang mudah, sering terbawa-bawa dengan emosi serta tidak tahu ke mana hendak di arah bakat, minat dan kebolehan semulajadi mereka.  Masyarakat kita terkongkong dalam dunia yang berkisar mengenai wang, politik, glamour, status, populariti dan agama semata-mata serta tidak mampu membayangkan dunia yang lebih luas di sebalik semua ini. 
 
Contohnya, jika seorang barat mempunyai wang yang banyak, beliau akan mengembara mencari ilmu dan meneroka sejarah, tetapi seorang Melayu yang punya banyak wang hanya memikirkan tentang membeli belah dan status.  Itulah bezanya pandangan kita dengan barat mengenai 'dunia' dan 'kehidupan'.    
 
Sebenarnya, inilah punca kepada semua masalah bumiputera.  Ia juga menjadi punca kenapa badan perlaksana, pemantau dan apa saja yang dirancang untuk membantu bumiputera, sukar untuk berfungsi dengan baik dan mencapai matlamatnya. 
 
Justeru, jika kerajaan benar-benar ingin memperkasakan bumiputera, maka segala tenaga, peruntukan dan perhatian harus diberi kepada pembentukan minda yang bermula dari sekolah, atau lebih baik lagi dari maktab perguruan iaitu semua penuntut bidang pendidikan termasuklah tenaga pengajar kepada mereka.  Daripada membawa tenaga pengajar dari luar untuk mengajar anak-anak kita di sekolah, adalah lebih baik membawa tenaga pengajar dari luar untuk mengajar bakal pengajar anak-anak kita, iaitu bakal-bakal guru.  Bentukkan dahulu minda bakal-bakal guru agar mengagumi kehebatan ilmu dunia ciptaan Maha Esa.  Hanya dengan cara itu, mereka dapat mengembangkan imaginasi dan daya fikir bakal anak-anak murid mereka.    
 
Apa yang dapat dilihat, perkara asas ini tidak pun dijadikan sebagai perkara utama dalam program pemerkasaan bumiputera. Sebaliknya program-program yang bersifat 'memberi' dan 'membantu secara langsung' diberi penekanan penuh.   Maka, tidak hairanlah jika ramai yang sangsi dengan keseluruhan program ini kerana ia dilihat sebagai tidak mampu menyentuh perkara pokok, tetapi hanya membaja tumbuhan termasuk parasit dan lalang yang tidak lagi dimahukan. 
 
Lebih dari itu, bumiputera dan juga seluruh rakyat tertanya-tanya apakah projek atau program hebat yang bakal menjana kewangan negara bagi membolehkan segala program pemerkasaan ekonomi ini berjalan lancar?  Jangan nanti, bumiputera tenggelam dalam keterbukaan pasaran atas alasan mencari wang untuk menampung program ini.  Jika ini berlaku, bumiputera bukannya semakin perkasa tetapi berkemungkinan hilang di telan pasaran terbuka. 

Sent from my Samsung Galaxy Tab10.1


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, September 17, 2013

Chin Peng Dah Mati Hishamuddin Rais Bakal Ganti #SelamatHariMalaysia



Bangang Bertingkek-tingkek

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, September 5, 2013

Segambut Bahagia Banjir Lagi Tapi YB @limlipeng Tak Nampak Bayang Pun


Nampaknya hujan lebat pagi tadi telah mengakibatkan Kampung Segambut Bahagia banjir lagi. Alahai simpatinya SP dengan keadaan rakan-rakan SP di sana. Asal hujan je banjir, hujan je banjir.

YB Segambut takkan buat diam je. Buat masa sekarang ni teman SP tue mengeluh tiada nampak kelibat YB Segambut yang tersayang turun melawat kawasan kejadian.

YB Lim inilah masa you nak balas budi pengundi-pengundi you yang dah mengundi you hari tue. Jadi YB bukan setakat turun masa musim pilihanraya je. Kena berkhidmat sepanjang masa. Jangan pilih kawasan lak nak hulur bantuan. Yelah Kg Segambut Bahagian tue kan kawasan orang Melayu jangan pulak YB tak turun ye.


Pusat Khidmat Msyarakat rasanya dekat je dengan kawasan kejadian. Takkan tak nampak jugak kot atau buat-buat tak nampak.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, September 4, 2013

Semoga Nik Aziz Cepat Sembuh


SP terbaca posting dalam blog2 yang menyatakan keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru yang berada di tahap yang kurang memuaskan sehingga terpaksa dimasukkan ke wad ICU.

SP nak mengajak para pembaca blog SP untuk sama-sama mendoakan agar Tuan Guru Nik Aziz cepat sembuh.





UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, August 30, 2013

Geng 36, 04 dan 08 Paling Bahaya #Merdeka56

PUTRAJAYA 29 Ogos - Tiga pertubuhan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 dikesan sebagai kumpulan samseng paling berbahaya daripada 49 kongsi gelap di seluruh negara yang diumumkan kerajaan hari ini.

Kumpulan itu didapati menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 36 yang majoriti ahlinya daripada kaum Cina mempunyai 8,512 ahli dan bergerak aktif di sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, Geng 04 dan Geng 08 yang mempunyai jumlah ahli masing-masing 5,240 orang dan 4,423 orang serta dianggotai kaum India pula dikesan aktif melakukan jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka

“Jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap yang direkodkan ialah seramai 40,313 orang yang bergerak secara aktif dalam 49 pertubuhan kongsi gelap di seluruh negara dengan menjalankan kegiatan seperti pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.


“Selain itu, mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau dan kuku kambing," katanya dalam sidang akhbar Op Cantas Khas di pejabatnya, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Jalil Hasan dan Penyiasat Undang-undang KDN, Othman Yusof.

Menurut Abdul Rahim, daripada pecahan kaum, orang India paling banyak menyertai kongsi gelap iaitu 28,926 orang diikuti kaum Cina (8,214 orang) dan Melayu (1,923 orang).

Katanya, terdapat 21 pertubuhan kongsi gelap di Sabah dan Sarawak yang masing-masing mempunyai ahli sebanyak 329 dan 921 orang.

Abdul Rahim berkata, kebanyakan kaum Melayu menganggotai Geng Double 7, Tiga Line dan Geng 30 yang dikesan bergiat aktif di seluruh Semenanjung.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, menerusi pengisytiharan itu, mana-mana individu atau pihak lain tidak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan segala akaun, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap itu akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi sekiranya ditahan.

“Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335 sebagai contoh seksyen 6(2) dan 6(3), seksyen 42 dan seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta seksyen 142 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, tiada seorang pun yang boleh menggunakan semula tulisan, senarai anggota, panji atau tanda bagi berhubung dengan sesuatu pertubuhan kerana menyalahi undang-undang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya bersama beberapa agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, ROS dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan samseng itu.

Mengenai penglibatan ahli politik dan warga asing dalam kegiatan kongsi gelap itu, beliau berkata, tiada sebarang maklumat lanjut mengenainya dan perkara itu perlu dirujuk dan disahkan oleh pihak polis.
 
Ditanya sama ada terdapat anggota kongsi gelap itu yang berjaya ditahan dalam Op Cantas, Abdul Rahim mengesahkan terdapat kes anggota kongsi gelap berjaya ditahan.

“Ada kes kita dapati ada kaitan dengan kongsi gelap, kadang-kadang dapat dikesan menerusi uniform, logo pada badan dan sebagainya tetapi ada juga yang tidak berkaitan namun, maklumat lanjut akan disahkan oleh pihak polis.

“Kita akan sentiasa memantau perkembangan ini dan menjalankan penguatkuasaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ROS dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membanteras kumpulan ini," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Menyanggah Pemutar Belit Sejarah #Merdeka56




UNTUK mengatakan bahawa Malaya ditadbir secara demokratik di bawah pemerintahan British adalah kurang bijak.

Dan, untuk mengeluarkan dakwaan 'terbaharu' hanya lima hari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 kononnya - asas kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang lain - juga kurang cerdik.

Tiada tanah jajahan waktu sebelum era merdeka yang boleh mengharapkan tanggapan seperti ini, walaupun di negeri-negeri Kesultanan Melayu yang lebih dikenali sebagai naungan British dan bukannya tanah jajahan secara terang-terangan.

Demokrasi menjadi laungan perjuangan orang Melayu hanya selepas mereka menyedari betapa pentingnya pemerintahan sendiri melalui pengalaman semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kejayaan Sukarno dan Hatta di Indonesia yang membebaskan negara mereka daripada pemerintahan Belanda pada 1948 menjadi inspirasi sehingga UMNO berandaian, mencorakkan bendera parti mengikut susunan warna yang sama dengan Sang Saka Merah Putih Indonesia akan membawa petanda yang baik.

Kegagalan Rancangan MacMichael untuk mewujudkan Malayan Union pada 1946 mencetuskan nasionalisme Melayu yang berkobar-kobar merebak ke kawasan luar bandar. Pada 1 Mac tahun berkenaan, suatu kongres besar-besaran diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur melibatkan 38 parti Melayu, bilangan paling besar pernah dikumpulkan dengan suatu matlamat - menentang cadangan kerajaan Malayan Union yang baru.

Wakil-wakil entiti dari seluruh pelosok negara jauh dan dekat, termasuk dari Singapura dan masyarakat Kaum Darat Selangor meluahkan pandangan mereka. Cadangan Malayan Union dibahaskan dan diputuskan sebagai tidak berperlembagaan berhubungan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Perancangan itu berlawanan dengan kehendak rakyat dan juga bertentangan dengan Piagam Atlantik, dan hanya dengan mengembalikan kedaulatan Negeri-Negeri Melayu sahaja menjadi penyelesaiannya.

Semasa UMNO secara rasmi diperkenalkan oleh Tengku Mahkota Johor pada 11 Mei 1946 di perkarangan Istana Besar, hasrat pemerintahan sendiri telah mula membara dan tidak dapat dibendung lagi. Pihak berkuasa British menyedari hakikat ini dan secara beransur-ansur mula melonggarkan ikatan penjajahannya.

Rakyat Malaya waktu itu cukup maklum bahawa Malaya telah dilahirkan di dalam pemerintahan darurat dan masalah ketenteraman awam yang berpanjangan. Permasalahan Gee Hin dan Hai San dalam siri kegiatan samseng mencetuskan Enakmen Kediaman Terhad 1933 (RRE) manakala keganasan pemberontakan gerila komunis terpaksa dihadapi dengan Ordinan Darurat 1948.

Antara kejadian yang paling huru-hara semasa darurat ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 dalam serangan hendap oleh pengganas komunis berhampiran Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kematian Gurney mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan dan penjajah dan sesuatu yang drastik dilakukan dengan pengganti mendiang mewujudkan Rancangan Briggs.

Dalam Rancangan Briggs, kampung-kampung baru untuk orang Cina didirikan di beberapa bahagian Semenanjung terutama di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kampung-kampung ini dikategorikan sebagai kawasan keselamatan berisiko oleh kerajaan kolonial. Urusan keluar dan masuk tertakluk kepada pemeriksaan teliti ke atas bekalan makanan, pakaian dan senjata yang boleh disalurkan kepada pengganas.

Walaupun Rancangan Briggs terbukti berkesan dalam mengurangkan bantuan kepada pengganas, rancangan itu juga ada 'impak' yang lain dan 'terkesan' sehingga hari ini - mewujudkan polarisasi perkauman iaitu bangsa Melayu dan Cina terutamanya telah dipisahkan.

Orang Cina diletakkan di bandar-bandar, Melayu di kampung-kampung dan India di ladang-ladang getah dan kaman, iaitu berek-berek buruk untuk buruh-buruh yang sebahagian besarnya bekerja di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sehingga merdeka pada 1957, fungsi Majlis Perundangan Persekutuan banyak menumpukan kepada strategi dan tindakan terhadap 'bandits', satu istilah seni bagi menggambarkan pengganas dan penyokong mereka. 'Bandits' terus menentang pihak berkuasa British selepas berakhirnya Perang pada 1945 atas anggapan bahawa mereka adalah kesinambungan rejim penjajahan dan pencerobohan selepas rejim Jepun.

Dan menjelang 1948 apabila pemberontakan komunis di kemuncaknya, pihak British menunjukkan kesediaan mereka untuk memberi Malaya pemerintahan sendiri pada suatu masa yang sesuai.

Perjanjian Persekutuan Malaya 1948 (FMA) menjadi dokumen yang berperanan penting ke arah kemerdekaan yang pada ketika itu adalah kira-kira sembilan tahun lagi.

UMNO merupakan penggerak utama dalam jentera politik kemerdekaan ini. Orang Cina di bawah Persatuan Cina Malaya (MCA) pada 1948 dan India di bawah Kongres India Malaya (MIC) pada 1951, menyertai perjuangan bersama iaitu Malaya untuk orang-orang Malaya. Mereka bergabung membentuk Perikatan sebelum Pilihan Raya Umum Malaya pertama pada 1955.

Perkembangan yang membawa kepada pilihan raya pertama itulah yang kemudian dimenangi oleh Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan Perikatannya menjadi satu renungan menarik. Ini terutamanya pada tahun-tahun permulaan di mana Tunku dan kawan-kawan setia beliau berunding dengan pihak British dalam pelbagai aspek untuk pemerintahan sendiri.

Seorang sarjana ekspatriat terkemuka dengan jelas menggambarkan keghairahan kemerdekaan sebagai 'mengharumkan udara Kuala Lumpur dan minda penduduk untuk berhari-hari lamanya' berikutan 31 ogos 1957 dan pembentukan Kabinet Merdeka Tunku Abdul Rahman yang dinanti-nantikan pada 10 September 1957.

Tunku, masih sempat berjenaka dalam keadaan yang agak sukar ketika itu dengan mengatakan walaupun pihak British banyak mengalah kepada permintaan beliau, tetapi beliau tidak diberikan kemudahan perumahan sebagai Ketua Menteri.

Gaji bulanan seorang Ketua Menteri hanyalah sekitar 3,000 ringgit setiap bulan dan elaun keraian secara pukal sebanyak 2,500 ringgit. Sesuatu yang memeranjatkan ialah para menteri beliau juga menerima gaji bulanan yang sama.

Demikian sejarah kemerdekaan negara 1957 tertulis dengan faktanya dan tidak tergapai dengan mudah.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Saturday, August 24, 2013

Tanda Putera Hadiah Buat Kaum Cina Kiasu #tolakDAP #Merdeka56




Filem sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan.  Kita faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh.  DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan darurat.

Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP.  Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO.

Malangnya, sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman.  Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.

Roh DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Institusi Raja-raja.  Matlamat akhir mereka ialah menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain.  Kita percaya bahawa matlamat ini terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.

Oleh itu, apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya.  Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka.

Soalnya, siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa?

Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini.  Biar betapa pahitpun kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku sebagai warganegara.  Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan.  Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak ingin  berubah dan masih membawa roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja.

DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei.  Segala keresahan mereka adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan kaum.  Malah, sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia.

Dengan sifat dan perangai yang sama masih terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei.

Hujah Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Kita tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum?

Apakah Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang menyebabkan kaum Red Indian memberontak?  Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun?

Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini.

Oleh itu, ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian.   Perbuatan menghasut dan menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan.  Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei.

Sesungguhnya, keangkuhan kaum Cina tidak akan membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa.  Sudah sampai masanya kaum Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka seadanya.  Belajarlah dari kesilapan dan bukannya menafikan kesilapan.   Sebagai permulaan, tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN