Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, June 26, 2014

Tiada Kenaikan Kadar Cukai Pintu DBKL 2014 @TengkuAdnanReal




Keputusan penilaian semula cukai taksiran dan nilai hartanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akhirnya memberi kelebihan kepada pemilik hartanah kediaman kos rendah dan sederhana.

Ia berikutan tiada kenaikan bayaran yang dikenakan terhadap 74,439 unit kediaman itu meskipun nilai hartanah meningkat bagi tahun ini.

Perkara berkenaan diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ketika sesi ‘Town Hall’ mengenai penilaian semula hartanah di WPKL, di ibu negara, semalam.

Malah menurut Tengku Adnan, daripada jumlah itu, 57,978 mengalami pengurangan kepada jumlah cukai yang perlu dibayar berikutan penurunan kadar cukai daripada 6 peratus kepada empat dan dua peratus.

“Sejumlah 16,461 unit rumah lagi pula sepatutnya mengalami kenaikan, namun kerajaan telah bersetuju, bagi tahun ini mereka hanya dikenakan bayaran sama seperti tahun lalu, bermakna tiada perbezaan yang perlu dibayar,” katanya.

Keputusan berkenaan berdasarkan penurunan kadar yang pernah diumumkan beliau pada Disember lalu, sebelum sesi pendengaran bantahan dibuat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, 91,775 daripada 293,016 unit hartanah rumah kos tinggi juga mengalami pengurangan jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar dan toada perubahan bayaran untuk tiga unit.

“Manakala bagi 201,238 unit rumah kos tinggi lagi mengalami kenaikan jumlah taksiran yang perlu dibayar, namun bagi tahun ini kenaikan cuma dihadkan kepada 10 peratus sahaja daripada jumlah bayaran pada tahun lalu,” katanya.

Berbeza bagi hartanah komersil, majoriti unit meliputi bangunan dan tanah lot, berdepan kenaikan bayaran cukai taksiran yang perlu dibayar.

Tengku Adnan berkata, ia membabitkan sejumlah 81,272 unit bangunan dan 1,277 lot tanah komersil, namun bagi tahun ini kerajaan bersetuju mengehadkan kenaikan kepada 25 peratus.

“Bagi 543 unit bangunan dan empat lot tanah komersil lagi bagaimanapun mengalami pengurangan kadar jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar,” katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, keputusan-keputusan berkenaan hanya untuk diguna pakai bagi penilaian tahun ini dan bergantung kepada keadaan serta kaedah yang ditentukan sekiranya memerlukan kenaikan atau penurunan untuk tahun-tahun akan datang.

Insentif kepada tiga golongan.

Satu kelebihan buat pemilik harta kediaman yang terdiri daripada OKU, pesara dan pemilik yang menduduki sendiri kediaman mereka apabila pengurangan sebanyak 10 peratus daripada jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar, akan diberikan.

Sehingga tarikh akhir permohonan iaitu pada 31 Mac 2014 sejumlah 17,444 permohonan telah diterima.

Menurut Tengku Adnan, berdasarkan keputusan yang dinyatakan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memperolehi tambahan hasil dari cukai taksiran sebanyak 15 peratus sahaja.

Ujar beliau, ini bermakna DBKL masih memerlukan dana tambahan lain bagi menampung kos operasi mereka.

“DBKL menjangkakan penambahan hasil sebanyak RM130 juta bagi tahun ini, daripada keseluruhan hasil tahun lalu iaitu sebanyak RM800 juta,” katanya.




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

1 comment:

Anonymous said...

TIADA KENAIKAN CUKAI MEMANG SANGAT SANGAT KAMI ALU ALUKAN.. ...1% cukai yang dikenakan memang kami sangat setuju...tahu kah adik adik PUTRI UMNO sekelian VALUE atau ANGGARAN TAKSIRAN setiap rumah kampong atau seekar tanah yang di taksirkan amat tinggi...ini tidak masuk akal dan amat zalim kepada penduduk segambut dalam. terutama di segambut masjid ... apa yang kami dapat dari cukai taksiran value yang tinggi ...,umpamanya taksiran value rumah yang kami dudukki di segambut masjid satu ekar lebeh kurang 59000.00 .satu peratus dari 59000 = RM 5900.00 setahun.cukai pintu kena bayar ...pelik bin ajaib ..TIADA NAMA LORONG ATAU JALAN ..no rumah tak ada,peti surat tak ada SEMUA LONGGOK KAT KEDAI ...longkang dari rumah kelongkang besar tak ada ...apa tugas DBKL kutip cukai buta ...pembangunan yang ada rumah condo mewah di sekitar kami bukan kemahuan penduduk......rumah kami rumah papan sahaja .diharap perkara ini dapat di bawa kepada pengetahuan Datuk Kamaruddin Ambok dalam mesyuarat bahagian..tiada siapa sebenarnya yang memperjuangkan hak kami..masa untuk pendengaran tempoh hari didewan majalara..peratus cukai sahaja yang diturunkan ...value taksiran rumah untuk dikurangkan langsung tak di sentuh..sebab yang datang pegawai DBKL tahap rendah yang tak boleh buat keputusan...bukan Tengku Adnan...kami rasa tertipu dan dipermaikan...tunggulah PRU14 nanti kalau begini berterusan..sokong UMNO PUN TAK GUNA..BY EMRAN HASBULLAH

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN