Dengan tempoh kempen yang berbaki lagi 3 hari, Pas dilihat agak
tertekan dengan pendekatan calon BN/Umno yang dilihat semakin berjaya menembusi
beberapa kubu kuat / hitam milik parti itu. Risau dengan perkembangan terdesak,
Pas terdesak dengan perkembangan tersebut, jentera Pas mula menyerang dan
mempertikaikan cara pemakaian calon BN, yang kononnya meniru parti itu dengan
memakai kopiah.
Pelik sungguh puak-puak Pas! Isu kopiah pun boleh dijadikan modal
kempen seolah-olah pendekatan memakai kopiah / ketayap putih adalah merupakan
hak milik mutlak parti itu. Sekiranya isu tersebut dibangkitkan oleh blog
pencacai pakatan pembangkang mungkin ia boleh diterima, kerana sudah menjadi
resam pencacai untuk menyerang BN/Umno.
Namun apabila akhbar yang merupakan lidah rasmi parti itu turut
menggunakan isu tersebut, nampak sangat betapa rendahnya tahap pemikiran sidang
editorial yang sebelum ini mendakwa mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi.
Paling menarik, apabila mereka turut mendakwa kononnya kopiah
adalah merupakan budaya dalam Pas. Namun tanpa mereka sedari ada di kalangan
pemimpin tertinggi mereka sendiri yang tidak menggunakan kopiah sebagai pakaian
harian.
Contohnya seperti Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Mahfuz
Omar yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Setiausaha Pas Pusat,
Datuk Mustafa Ali, dan banyak lagi. Jadi secara prinsipnya ia bukan merupakan
pakaian rasmi parti itu.
Semua sedar, sekarang adalah masa untuk berkempen namun gunalah
pendekatan yang lebih sihat bagi menarik sokongan pengundi. Bukankah itu yang
cuba diperjuangkan oleh Pas sebelum ini?
Cuba tonjolkan peribadi calon Pas, dasar dan perjuangan yang akan
dibawa sekiranya dipilih oleh rakyat. Atau setidak-tidaknya misi atau visi yang
ingin dibawakan untuk kesejahteraan pengundi di Sungai Limau. Bukannya mencari
salah dan silap sehingga menggunakan isu kopiah dan sebagainya.
Itu belum lagi diambil kira pendekatan petugas parti itu yang bertidak
liar dengan merosakkan poster dan membakar bendera BN. Malah ada yang cuba
bertindak keterlaluan dengan mengugut para penceramah agama untuk membaling
telor sekiranya mereka hadir atas tiket Umno. Malah dalam beberapa kejadian,
petugas parti itu juga dilaporkan menghalang jentera Wanita dan Puteri untuk
berjumpa dengan pengundi atas alasan ia adalah kawasan kubu kuat mereka.
Tambahan pula, Pas selama ini begitu mengaku sebagai sebuah parti
yang ingin memperjuangkan Islam. Jadi ada baiknya mereka menjaga adap dan
susila bagi mengelakkan Islam disalahkan atas setiap tindakan melampau dan
ekstrem yang dilakukan oleh jentera parti.
Apa gunanya Islam digunakan sebagai dasar parti, namun di masa
yang sama kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan ahli mereka jela
bertentangan dengan ajaran dan tuntutan yang ditetapkan oleh agama.
Kesimpulannya, mungkin sudah sampai masanya kerajaan menetapkan
bagi menghalang mana-mana parti politik dari menggunakan Islam atau agama
sebagai modal mencari sokongan. Atau dalam bahasa mudah, menggesa parti itu
menggugurkan nama Islam dari partinya.
Ia bagi mengelakkan Islam sebagai agama yang suci
dan dijamin haknya dalam perlembagaan persekutuan tercemar dari sebarang unsur
negatif dari segelintir penyokong mereka yang ekstrem.
SP: Kopiah tue bukan hak milik mutlak PAS. Jangan tunjuk sangat kebebalan tu...buat malu je...
No comments:
Post a Comment