Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Saturday, July 13, 2013

Untunglah Jadi YB Pas. Sub Aje Kerja Dekat Macai Untuk Buat #PRKDUNKUALABESUT #PilihBN



SETAHU penulis, rakyat memilih seorang pemimpin sebagai wakil rakyat mereka bagi membolehkan pemimpin berkenaan berkhidmat dan rakyat juga ada tempat nak dituju untuk mengadukan masalah mereka.

Melainkan wakil rakyat berkenaan sakit, ada urusan rasmi yang lain atau sebagainya, dimana seorang pegawai diamanahkan untuk menjalankan tugas tersebut bagi pihaknya, wakil rakyat berkenaan perlu berkhidmat sendiri kerana yang dipilih dalam pilihanraya adalah dia, bukan pegawai yang dia lantik.

Jadi apa cerita sekarang dengan calon PAS untuk PRK Kuala Besut Azlan Endut@Che Long yang awal-awal lagi sudah umum bahawa kalau dia menang dalam PRK kali ini, dia akan upah orang lain untuk menjalankan tugasnya sebagai ADUN.

Tambah pening kepala, Azlan menyerahkan bulat-bulat tugas berkenaan kepada orang lain, bukan sebab urusan rasmi sebagai ADUN, tapi demi untuk menjaga kepentingan perniagaannya yang sedia ada sekarang.

Untuk makluman, Azlan adalah kontraktor kelas A yang mempunyai banyak kepentingan perniagaan di Kelantan.

Jadi persoalannya disini sekarang, apa motif PAS meletakkan orang ini sebagai calon bila mana dia sudah awal-awal lagi memberi komitmen untuk 'tidak berkhidmat' kepada rakyat?  Nampak jelas dia hanya berminat menjadi ADUN untuk mencari projek saja, bukan nak berkhidmat!!

Kata PAS ini parti rakyat, utamakan rakyat, tidak ada yang dibuat PAS melainkan untuk rakyat, tapi letak calon yang berharap untuk menang semata-mata sebab kukuhkan lagi perniagaannya dan dalam masa yang sama, serah orang lain untuk bantu rakyat.

Baik PAS calonkan saja pegawai tersebut dalam pilihanraya kecil yang ini, biarkan saja si Azlan ini dengan perniagaannya.

Lagipun, masuk akal ke kontraktor kelas A yang kaya raya sanggup tinggalkan semua kemewahan tersebut untuk menjadi ADUN yang sekadar terima gaji antara RM 4,000 - RM 5,000 sebulan saja ni.

Kadang-kadang, penulis pun tak faham apa kriteria yang PAS guna untuk penentuan calon parti tersebut.  Harap duit saja banyak, tapi taknak berkhidmat kepada rakyat pun.
 
 
Baca selanjutnya di SINI

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN