Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, June 26, 2013

Peniaga Cina akan uji larangan KM Melaka Jumaat ini


Pada setiap malam Jumaat , Sabtu dan Ahad, Jonker Walk di Melaka ditutup untuk sebarang lalu lintas. Ini memboleh para peniaga melakukan urusan perniagaan.Malangnya perniagaan disekitar Jonker Walk dimonopoli 100% oleh peniaga cina. Tiada ruang langsung diberikan kepada peniaga Melayu.

Penutupan Jonker Walk juga menyebabkan berlakunya kesesakan yang teruk di bandar Melaka sehingga ke Ayer Keroh. Rungutan rakyat yang mahu Jonker Walk tidak ditutup kepada lalu lintas telah mendapat perhatian KM Melaka, dan atas alasan itu beliau mengarahkan penutupan sementara Jonker Walk selama sebulan sebelum keputusan rasmi dibuat setelah kajian trafik dilakukan di dalam tempoh tersebut.

Penutupan Jonker Walk telah menimbulkan kemarahan para peniaga cina. Hampir 100 peniaga cina telah melakukan demonstrasi HARAM bagi membantah penutupan Jonker Walk. DAP melakukan provokasi rasis kononnya KM Melaka membuat keputusan balas dendam terhadap pengundi cina yang hampir  97% menyokong parti mereka pada pru yang lepas. Hari ini dilaporkan oleh akhbar Sin Chew , bahawa larangan berniaga di Jonker Walk oleh KM Melaka ini akan dicabar , pada Jumaat ini. 

Mereka akan berkeras berniaga seperti biasa dan mencabar larangan kerajaan negeri.Kita lihat, apa tindakan kerajaan negeri terhadap mereka yang terang-terangan cuba melanggar undang-undnag negeri.

Jika kerajaan Cina DAP biole meruntuh premis perniagaan milik Melayu sesuka hati. Menutup bazar ramdahan yang rata-ratanya dijalankan oleh peniaga Melayu sesuka hati, berlandaskan kepada undnag-undang, mengapa tidak kerajaan negeri Melaka?Adakah undang-undang hanya terpakai terhadap kaum Melayu, tidak terhadap kaum Cina? 

Sumber: JDTNews
http://www.jdtnews.com/index.php/umum/88-peniaga-cina-akan-uji-larangan-km-melaka-jumaat-ini


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN