Ramai yang tersenyum
sendirian bila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan
dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri.
Menurut Tun Dr.
Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya
turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua
Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Sindiran pedas ini
tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini
sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri
yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang
dalam gabungan PR.
Isu jawatan PM mula
menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat
untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM, dengan alasan ketokohan dan
kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.
Apa sahaja alasannya,
cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin
tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM
seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13.
Namun demikian, ramai
juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan, sedikit
sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal
dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR.
Bagaimanapun tak
semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM, terutama
bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa
melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR.
DAP pula melalui
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang
usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM, sebaliknya menyeru pemimpin dan
penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian
Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM.
Polemik ini tambah
menarik lagi apabila kenyataan Guan Eng itu disokong pula oleh Naib Presiden
PAS, Mahfuz Omar dan turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang
mahu pencalonan Anwar sebagai PM kekal milik Anwar.
Namun begitu,
disebalik polemik dan kekalutan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk
mempertahankan calon pilihan masing-masing, ia sebenarnya memperlihatkan betapa
kemaruknya parti pembangkang mahu mengejar kuasa.
Rakyat di serata
pelusuk negara tidak buta untuk melihat hakikat ini, belum pun diberi peluang
mentadbir Kerajaan Pusat tapi pemimpin pembangkang sudah berebut-rebut jawatan,
nampak gayanya kalau betul mendapat kuasa kelak mahunya bercakaran siang dan
malam.
Silap percaturannya,
tatakala PAS dan PKR sibuk bertegang leher berebut sakan untuk menentukan
antara Hadi dan Anwar mana satu yang patut menjadi PM, alih-alih Karpal Singh ataupun
Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang.
No comments:
Post a Comment