Akhbar tiga hari lepas melaporkan bagaimana
Firma guaman Zain & Co telah bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan
kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi. Rakan kongsi firma
tersebut, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui SUARAM sebagai
pertubuhan yang sah bagi meyakinkan peguam-peguam Perancis untuk mewakili
pertubuhan tersebut dalam isu scorpene yang sebenarnya bukan isu.
Apa yang mengejutkan ialah firma ini mendapat
banyak kontrak guaman dengan kerajaan Malaysia. Justeru, apa yang dilakukan oleh firma ini
bukan setakat mengkhianati negara tetapi juga pelanggan mereka, sekali gus
mengingkari peranan mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan, iaitu
institusi yang sepatutnya memegang amanah tertinggi.
Bagi seseorang yang tidak mengambil tahu hal
politik, tentulah melihat tiada apa-apa yang salah dengan tajuk yang penulis
pilih di atas, berdasarkan laporan akhbar tersebut.
Namun, bagi yang cukup arif dengan perjalanan
politik Malaysia tajuk yang penulis pilih itu amatlah melucukan. Ini kerana, bagaimana kita menuntut Majlis
Peguam mengambil tindakan ke atas Zain & Co. kerana bersekongkol dengan
SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sedangkan Majlis Peguam sendiri merupakan
sebahagian dari keseluruhan perancangan yang sama?
Tiada siapa boleh menafikan bahawa Majlis
Peguam sering mengambil tindakan berat sebelah dan tidak professional dalam
isu-isu yang membabitkan kerajaan Malaysia.
Contohnya, dalam isu demonstrasi BERSIH, beberapa pemerhati telah
mendedahkan bagaimana Majlis Peguam telah memutuskan bahawa polis telah
bertindak ganas dengan hanya berdasarkan bukti yang memberi kelebihan kepada
pihak pembangkang. Manakala bukti yang
dikemukakan oleh polis langsung tidak diberi perhatian.
Sikap Majlis Peguam ini secara tidak
langsung, membenarkan tuduhan pembangkang bahawa pendokong undang-undang
Malaysia adalah korup dan tidak berintegriti.
Tetapi, yang peliknya, pihak yang tidak berintegriti dan korup itu
semuanya memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.
Lebih buruk lagi, Majlis Peguam tidak pula
menunjukkan minat untuk menangani isu membabitkan ahli-ahli mereka yang
bermasalah seperti menipu pelanggan, lembab dan terlibat dalam kes jenayah
iaitu isu yang benar-benar melibatkan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai
pendokong undang-undang dan keadilan.
Sikap Majlis Peguam ini tidak lebih seperti
politikus jalanan yang suka mencari publisiti murah semata-mata untuk
memburukkan kerajaan.
Hakikatnya, kesalahan yang didakwa dilakukan
oleh Zain & Co. bukanlah kecil. Jika
tindakan gagal dikenakan ke atas mereka, akan dengan sendirinya membuktikan
bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem, seseorang, sesuatu pihak yang
bertanggungjawab dalam undang-undang negara ini.
Di masa yang sama, adalah lucu jika kita
menyuruh Majlis Peguam yang mengambil
tindakan terhadap firma tersebut kerana harapan sebegitu samalah seperti
menyuruh seorang ketua perompak mengambil tindakan terhadap anak buahnya, dalam
rompakan yang dilakukan bersama.
No comments:
Post a Comment