Bajet 2013 telahpun
diumumkan Jumaat lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan
peruntukan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk
perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Tahun lalu, sebanyak RM232.8 bilion diperuntukkan iaitu RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Bertemakan ''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' Bajet 2013 bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.
Najib yang juga Menteri Kewangan menggariskan lima fokus utama iaitu :-

a). merangsang
aktiviti pelaburan;
b). memperkasa
pendidikan dan latihan; membudaya inovasi,
c). meningkatkan
produktiviti; konsolidasi fiskal
d). mempercekap
penyampaian perkhidmatan awam
e). mensejahterakan
rakyat.
Ramai
pihak yang tersenyum dengan bajet yang dibentangkan. Tak kurang jugak yang
komplen sana komplen sini pasal bajet. Pada pendapat SP bajet kali ini adalah
bajet yang mengambilkira keperluan semua peringkat masyarakat daripada golongan
pelajar hinggalah keperluan warga emas. Betapa prihatinnya kerajaan Malaysia
terhadap keperluan rakyat.
Pada
bajet 2011 kerajaan telah meluluskan sebanyak RM530 juta untuk pemberian Bantuan
Persekolahan bernilai RM100 bagi sesi persekolahan 2012. Bajet kali ini juga
memperlihatkan keprihatinan kerajaan apabila sekali lagi telah bermurah hati
untuk memberikan Bantuan Persekolahan bernilai RM100 yang memberi manfaat
kepada seramai 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira
latarbelakang ekonomi keluarga. Bermakna golongan berkemampuan atau yang
terlebih berkemampuan pun dapat juga.
Mungkin
ada yang beranggapan bantuan RM100 yang diberikan itu sedikit. Kalau rasa
sedikit dan taknak ambil pun takpe. Sedekah je kat tabung sekolah dapat jugak
pahala. Tapi sebenarnya bantuan rm100 itu amatlah besar maknanya kepada ibu
bapa yang mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai. Cuba bayangkan jika 1
keluarga ada 5 orang anak yang bersekolah dan kesemua anak-anak itu adalah
layak mendapat bantuan persekolahan rm100 bermakna 1 keluarga dah mendapat
rm500 cuma janganlah pulak nanti ibu bapa gelap mata bila dah dapat duit di
tangan. Haruslah beringat duit itu gunanya adalah untuk membiayai keperluan
persekolahan anak-anak dan bukannya untuk kegunaan peribadi ibu bapa.
Jom
layan video bawah ni
No comments:
Post a Comment