Tindakan
Tan Sri yang seolah² cuba membuat bodoh akan pertanyaan tersebut telah
mengundang rasa marah rakyat Selangor khususnya yang merasakan ada
sesuatu perkara yang tidak kena dengan milikan status bas ini.
Cuba kita tengok gambar di bawah
ini.
Saya
merasakan jika Khalid Ibrahim ingin terus menerajui kepimpinan negeri
Selangor, maka sikap ketelusan mengenai sesuatu perkara perlu
diperjelaskan secara baik dan terperinci. Lihat bagaimana kerajaan
Persekutuan hari ini memperjelaskan kepada rakyat mengenai sesuatu
perkara yang sengaja dilontarkan dengan niat memburukkan reputasi
Barisan
Nasional (BN).
Berbalik kepada isu pemilik bas tersebut.
Dalam
kenyataan yang disiarkan dalam akhbar SelangorKini (31 Ogos 2012 - 7
Sept 2012), Khalid menjelaskan bas ini disewa khas olehnya untuk
kegunaan PR menjelang Pilihanraya Umum 13 akan datang. Khalid juga turut
menegaskan membayar sewa bas tersebut menggunakan duit poketnya
sendiri.
Baca di bawah ini.
Persoalan
yang mudah untuk dilontarkan kepada Khalid Ibrahim. Mengapa keterangan
dalam akhbar tidak sama seperti yang terdapat pada geran bas tersebut.
Saya
mengandaikan jika seseorang ingin menyewa sesuatu kenderaan, sudah
tentu namanya tidak akan ditukar pada geran kenderaan tersebut kerana ia
sudah menyerupai seperti memiliki kenderaan itu atau dalam bahasa
sekolahnya, membeli /
memiliki kenderaan tersebut secara mutlak.
So
seperti yang ditegaskan oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, beliau
menggesa Menteri Besarnya supaya kelihatan lebih telus dan rakyat yakin
dengan kerajaan Selangor.
Rakyat
Selangor berhak membuat penilaian dengan kerajaan ketelusan Selangor
hari ini. Mereka memperjuangkan kerajaan yang transparent tapi hakikat
sebenarnya mereka sedang mengorek kekayaan negeri dan disumbatkan ke
dalam poket kroni².
Sumber: REZQEEN HILL
No comments:
Post a Comment